Review Penaja Contest – Contengconteng.Com

Tentu masih ramai yang berkira-kira untuk menyertai pertandingan Snap, Upload dan Komen 2012 yang sedang dianjurkan SS pada saat ini bukan? Hadiah yang ditawarkan pada pertandingan kali ini berupa  3 buah buku nota (setiap satu untuk pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga) berserta sebuah buku berilustrasi Contengconteng Edisi 1 (untuk pemenang tempat pertama). Buku nota yang unik ini pada hemat aku amat sesuai dijadikan “contengan” untuk food log atau exercise log anda; sekiranya anda sudah memiliki buku food log, mungkin anda boleh gunakan ia untuk contengan lain atau beri pada anak-anak anda yang mungkin memerlukannya.

Kenapa Contengconteng.Com dipilih sebagai penaja untuk pertandingan kali ini? Mengapa tidak nama-nama besar seperti Nestle, Appeton, Gardenia, Optimum Nutrition atau lain-lain? Pertama sekali bagi aku, pertandingan ini hanya merupakan pertandingan “indie” untuk sesuatu yang bertemakan Wellness dan hemat aku tidak perlulah memerlukan barisan penaja yang bombastik. Kedua adalah disebabkan aku percaya jenama “Conteng-conteng” itu sendiri mempunyai kekuatan sebagai “revolter” dalam kepompong blog bertemakan seni kreatif dan bakat. Blog-blog seperti ini jarang mendapat perhatian suatu ketika dahulu kerana pembaca lebih gemarkan blog-blog bercorak gosip, pengetahuan am akan benda yang pelik-pelik, dan info gajet masa kini.

Walaubagaimanapun, Conteng2 berjaya merubah persepsi tersebut dengan menghasilkan sesuatu yang “orang kita suka”. Jika anda berkunjung ke blog Conteng2 itu sendiri, anda pasti berkata, “ini yang pertama seumpamanya di Malaysia”. Siapa lagi yang pernah melukis komik di atas kepingan-kepingan “stickies”, scan hasil contengan tersebut sebelum memuat-naiknya ke dalam blog? Belum pernah bukan? Dari situ kita sudah menyedari bahawa penulis blog ini, En. Fad merupakan seorang yang kreatif dalam menonjolkan bakat. Kartun-kartun yang dilukis beliau juga penuh dengan mesej, mengimbau kenangan lama (ketika kecil), dan terkadang itu mempunyai mesej yang sinis (untuk menegur), namun secara keseluruhannya memang menghiburkan.

Antara banyak-banyak karya beliau, aku suka entri yang bertajuk “Gelung”. Mungkin ada di antara yang tertanya, gelung apa pula yang cuba diterangkan di sini, adakah ia merupakan gelung “Hula Hoop” yang sering dimomok-momokkan kepada anak kecil gendut ketika dibangku sekolah dahulu?

Entri ini bukan sahaja kelihatan simple dan comel, tetapi ia mengingatkan aku pada zaman kecil aku, sekitar awal 90-an.

Jika anda berminat dengan hasil kerja blogger conteng-conteng yang lain, maka sila kunjungi kedai mini beliau di Koleksi.contengconteng.com. Banyak hasil kerja yang kreatif lagi comel akan dihasilkan selepas ini, dan buku berilustrasi beliau ala-ala ‘diary of a wimpy kid‘ juga bakal berada di kedai-kedai buku berdekatan anda tidak lama lagi (diterbitkan oleh PTS). Jangan lupa membaca entri-entri di blog beliau, berhibur sambil mengimbau kenangan ketika kecil, hanya di blog beliau, Contengconteng.com!

Dan akhir sekali, jangan lupa juga untuk menyertai pertandingan “Snap, Upload, dan KOMEN 2012”, mudah dan menarik, siapa tahu rezeki kali ini berpihak pada anda bukan?

KLIK SINI UNTUK MENYERTAINYA!!

Comments

  1. By noor

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *