Rokok yang ‘melazatkan’


Mungkin ramai yang dah tahu akan kewujudan video ni menerusi laman Youtube, mahupun Facebook. Video yang mula dimuat naik di internet sejak penghujung tahun 2007 ini menceritakan sebuah uji kaji bebas yang dijalankan terhadap kandungan tar yang terdapat dalam 2 karton rokok (selalunya perokok tegar mampu menghabiskan 2 karton rokok ini tidak sampai 2 minggu).

Memandangkan setiap karton mengandungi 10 pek kecil kotak rokok, dan setiap pek mengandungi 20 batang rokok, maka jumlah rokok yang digunakan dalam eksperimen ini ialah

20 x 10 x 2 = 400 batang rokok

Kemudian, setiap batang rokok tersebut dinyalakan, dan asap yang terhasil disedut dan ditapis dengan sebekas air. Secara teorinya, tar dan bahan kimia yang lain akan larut dan terkumpul bersama air yang bertindak sebagai penapis ini.

Apabila hampir kesemua 400 batang rokok digunakan, air yang pada asalnya jernih telah bertukar menjadi kehitaman seperti air kopi. Air tersebut kemudiannya dididihkan sehingga kering, dan siapa sangka, saki baki yang tinggal itu merupakan… (tonton video berikut untuk lebih lanjut)

Sebatang rokok mengandungi 18mg tar, maka 2 karton rokok (400 batang rokok) mengandungi kira-kira 400 x 18mg = 7200mg = 7.2g tar! Lazat bukan rokok-rokok ni?

Comments

  1. By abu sarah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *