Rumpai Laut – Superfood Orang Timur!

Rumpai laut mungkin sesuatu yang masih asing di Malaysia, tetapi di negara kepulauan seperti Jepun, ia merupakan sejenis sayur yang popular. Ia tergolong dalam kumpulan algae, iaitu sejenis kelas tumbuhan yang menghasilkan “makanannya” sendiri tetapi bersifat ringkas kerana tisu-tisunya tidak membentuk sebarang organ yang jelas (seperti daun, bunga, buah, majoritinya terdapat pada tumbuhan darat).

Rumpai Laut yang dibiarkan terdedah kering secara langsung.

Rumpai laut terkenal sebagai salah satu “superfood orang timur” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga mengandungi kandungan protein yang tinggi disamping beberapa mikronutrien penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti bayam.

Secara amnya, rumpai laut ada berbagai jenis  dan species (dipecahkan kepada 3  jenis iaitu algae hijau, algae perang, dan algae merah). Ia tumbuh di kawasan air masin (laut) dan tertumpu pada kawasan yang cetek agar dapat menerima cahaya matahari yang cukup untuk menjalani proses fotosintesis. Memandangkan ia kekurangan sifat seperti tumbuhan yang lengkap (bersifat ringkas), ia memerlukan “sokongan” struktur untuk berpaut dan tumbuh. Itulah sebabnya Rumpai Laut seringkali dilihat tumbuh di kawasan laut yang cetek dan berbatu.

Antara khasiat dan fakta menarik berkenaan Rumpai Laut yang perlu anda tahu:

  1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
  2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
  3. Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
  4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
  5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
  6. Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
  7. Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
  8. Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
  9. Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.
  10. Rumpai Laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas Hidrogen Sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit.

Aplikasi konsep alkaline-acidic dalam Onigiri dan Sushi. Konsep mudah ini ada pada makanan yang sihat/seimbang termasuklah Nasi putih/lauk dan Nan/Ayam tandoori/.

Kebanyakkan rumpai laut yang dijual di pasaran Malaysia sebenarnya telah diproses (diimport dari luar), manakala ada sesetengahnya juga yang dipasarkan dalam bentuk supplemen. Tidak seperti di Jepun atau di Thailand, agak sukar sebenarnya untuk mencari Rumpai Laut yang segar di sini memandangkan popularitinya di negara kita masih ‘tak berapa popular’. Jika tidak berkunjung ke Sushi King, atau kaunter makanan Jepun di Jusco, memang kita tidak akan berjumpa Superfood ini dalam makanan hidangan tengahari atau malam.

Rumpai Laut segar, siap untuk dijual di pasar basah…

Mungkin selepas membaca entri aku sebelum ini berkenaan bahaya pengawet makanan, akan timbul sedikit syak atau ragu-ragu berkenaan rumpai laut yang diproses yang terdapat dijual di pasaraya-pasaraya. Walaubagaimanapun, seperti yang aku beritahu sebelum ini, kita tidak dapat mengelak bahan-bahan kimia “bukan nutrien” ini pada hari ini kerana secara praktikalnya, lebih 90% produk yang dijual di pasaraya-pasaraya mengandungi bahan-bahan ini. Mereka ada di mana-mana. Apa yang mampu kita buat kini adalah bersedia, dan cuba meminimakannya sehabis boleh. Bersedia yang bagaimana itu?

Antaranya adalah dengan membaca label dahulu sebelum membeli. Bukan sekadar mencari di mana terletaknya logo halal bagi yang Muslim, tetapi beleklah sama maklumat nutrisi yang terpampang di paket makanan tersebut. Dalam kes Rumpai Laut yang sudah diproses, kebanyakkannya mungkin rendah kandungan sodium atau MSG, tetapi perlu diingatkan untuk baca juga bahan-bahan lain, terutamanya jenis kicap yang digunakan untuk menyedapkannya, ini harus dilakukan agar anda tidak silap membeli. (Kicap = Seasoning sauce)

Diharapkan selepas SS mengeluarkan entri seperti ini, akan timbul pula permintaan rakyat terhadap Rumpai Laut, dan penjualan Rumpai Laut segar akan mula dijual di pasar-pasar basah di Malaysia. Tidak sabar untuk menanti tibanya saat itu, kerana aku kini sedang mula dilamun cinta dengan Rumpai Laut.

Komen SS: Boleh dijadikan snek ketika menonton TV. Ia sering dibungkus kecil-kecil, kalori pun rendah, sesuai buat mereka yang suka mengunyah.

Comments

  1. By relax

    Reply

  2. By posh76

    Reply

  3. By Rud Van

    Reply

    • By shewrote

      Reply

  4. By annyyzz

    Reply

  5. By emus

    Reply

    • Reply

  6. By Anis

    Reply

  7. By zozo

    Reply

  8. By daus

    Reply

    • Reply

  9. By shaheeda

    Reply

  10. By khadijah bt Abdullah

    Reply

  11. By Abdullah

    Reply

    • Reply

      • By Abdullah

        Reply

  12. By izan

    Reply

  13. By adza

    Reply

  14. By haslina

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>