Nak tengok rupa MOYANG buah-buahan yang ada pada hari ini..?

Ramai sebenarnya masih tak tahu, majoriti sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam dan dijual pada hari ini sebenarnya mempunyai rupa dan rasa yang berbeza suatu ketika dahulu.

Hal ini saya ketahui apabila hampir 90% pelajar-pelajar saya dalam Kelas Online Sains Nutrisi (KOSAN) mengatakan mereka tak pernah tahu pun rupa dan rasa asal buah-buahan/ sayur-sayuran yang mereka masak dan makan pada hari ini sebenarnya tak sama seperti yang ada pada hari ini.

Untuk pengetahuan semua, sayur-sayuran/ buah-buahan domestik (maksudnya ditanam dalam skala besar dan hidup bersama dalam komuniti manusia) pada hari ini asalnya hidup secara “liar” (wild).

Namun menerusi proses kacukan atau selective breeding, manusia sejak zaman dahulu telah mengubah rupa dan rasa sayur-sayuran/ buah-buahan ini agar menjadi lebih sedap, boleh dimakan selain boleh ditanam.

Selama beberapa abad lamanya, sayur-sayuran/ buah-buahan ini terus dikacuk bagi memastikan kualiti nutrisi dan rasanya sentiasa diperbaiki.

Setiap kali manusia menjumpai baka yang lebih baik (selepas dikacuk), benih pokok tersebut akan terus ditanam manakala sayur-sayuran/ buah-buahan tersebut telah dijadikan barang dagangan dan dibawa ke negara lain, membuatkan sayur-sayuran/ buah-buahan ini diedar di serata dunia.

Hal ini secara tidak langsung telah memisahkan sayur-sayuran/ buah-buahan ditanam ini daripada rupa asal mereka a.k.a nenek moyang mereka yang hidup secara liar.

Jadi macam mana sebenarnya rupa sayur-sayuran dan buah-buahan ini suatu ketika dahulu?

Salah satu contoh adalah seperti dalam gambar di atas. Gambar ini merupakan lukisan yang dilukis di kota Rom pada kurun ke-17 (circa 1645-1672) oleh Giovanni Stanchi, seperti yang dinyatakan di laman Christies.com.

Buah ini mungkin kelihatan pelik. Namun korang tahu tak ini merupakan rupa asal buah tembikai sebelum ‘evolusi’ nya kepada bentuk dan rasa yang ada pada hari ini?

Pada asalnya, bahagian yang berwarna putih pada isi buah tembikai adalah lebih banyak berbanding yang berwarna merah dan rasanya pula adalah sedikit tawar.

Namun hasil daripada teknik kacukan, buah tembikai telah menjadi lebih berair dan berasa manis seperti yang ada pada hari ini.

Ok, kalau moyang tembikai masih belum memeranjatkan. Mungkin contoh berikut pastinya membuatkan korang melakukan sedikit carian Google untuk memastikan korang tidak bermimpi atau tidak ditipu Susu Sejat… he he he

Saya percaya ramai dalam kalangan kita yang suka makan jagung. Pada hari ada bermacam-macam jenis jagung yang dijual di pasaran. Contoh seperti Jagung Manis Taiwan (Sweet Corn).

Selain menjadi makanan ruji bagi beberapa negara, ia juga merupakan snek diet yang sedap dimakan jika anda menyasarkan pengawalan Kalori. Asalkan korang tahu tekniknya…

Tapi pernah tak korang terfikir, bagaimana rupa sebenar jagung ni suatu ketika dahulu?

Majoriti ahli sejarawan bersetuju Jagung “moden” mula ditanam di Lembah Tehuacán, Mexico kira-kira 9,000 tahun yang lalu. Tanaman ini kemudiannya berkembang ke Colombia dan seterusnya ke seluruh benua Amerika selepas beberapa kurun.

Ilustrasi pada kurun ke-16 menunjukkan bagaimana benih jagung disemai dan dituai oleh masyarakat purba di Mexico.

Namun sebelum jagung mula dikacuk dan ditanam dalam skala besar seperti di Lembah Tehuacán tadi, rupa asal jagung “moden” sebenarnya adalah seperti di bawah.

Jagung “liar” ini masih wujud pada hari ini dan dikenali dengan nama “teosinte“. Evolusi Jagung “liar” kepada jagung “moden” yang ada pada hari ini diringkaskan dalam gambar di bawah.

Amacam, terkejut tak dapat tengok rupa moyang buah tembikai dan jagung? Itu baru 2 contoh tanaman domestik hari ini yang terhasil menerusi pengetahuan manusia berkenaan kacukan (selective breeding).

Jom tengok  beberapa lagi jenis sayur/buah yang mana rupa moyang mereka langsung tak serupa dengan rupa mereka yang ada pada hari ini.

Melon “Liar” – saiz lebih kecil

Melon “Moden” – saiz lebih besar, isi lebih tebal berbanding kulit dan rasanya lebih manis

.

Pisang “Liar” – banyak biji, rasa sedikit kelat

Pisang “Moden” – kurang biji dan rasa lebih manis

.

Terung “Liar”

Terung “Moden”

.

Epal “Liar”

Epal “Moden”

.

Kentang “Liar”

Kentang “Moden”

.

Lobak Merah “Liar” vs Lobak Merah “Moden”

.

Mangga “Liar” vs Mangga “Moden”

…..

Mesti korang pelik macam mana buah-buahan / sayur-sayuran ni dah berubah rupa dan rasa (lebih sedap/ manis) seperti yang ada pada hari ini? Jawapannya terletak pada kaedah penanaman yang dikenali sebagai selective breeding (kacukan). Kaedah ini amat popular dan mudah dilakukan hatta pada hari ini sekali pun bagi mendapat baka pokok buah yang lebih baik dan sedap.

Selama berabad-abad lamanya, buah-buahan ini telah dikacuk oleh manusia pada zaman dahulu untuk mendapatkan ciri-ciri pokok/ buah yang lebih baik, dari segi rupa, warna, bau dan rasa.

Namun proses kacukan ini perlu dilakukan beberapa kali oleh beberapa generasi kerana bukan semua kacukan menjamin penghasilan baka yang baik. Teknik ini lebih kepada try and error.

Kalau korang bernasib baik, dapatlah baka yang lebih baik.

Tapi kalau korang tak bernasib baik, belum tentu korang dapat menuai hasil baka baik tersebut kerana nak tunggu pokok buah menjadi matang saja memakan masa berpuluh-puluh tahun (bergantung pada jenis pokok dan buah).

Silap hari bulan, baka yang baik tu hanya boleh dirasa oleh generasi cucu-cucu korang.

Tapi proses kacukan ni juga bukanlah berlaku sekali atau dua. Proses ini berlaku beratus-ratus kali dan sebab itu apabila dilihat kembali kepada sejarah, buah ini mengambil masa beberapa kurun untuk ‘dievolusikan’ supaya menjadi buah-buahan ‘terbaik’ yang ada di pasaran pada hari ini. Pendek kata, buah-buahan ‘terbaik’ ini adalah harta warisan dan hasil peninggalan nenek moyang kita berkurun-kurun dahulu.

Namun masalah ini (iaitu masa yang lama untuk mendapatkan baka terbaik) telah pun diatasi apabila manusia sudah mula menguasai pengetahuan berkenaan genetik secara molekular.

Manusia sudah tahu bagaimana untuk mengubahsuai DNA serta mengasingkan gen (maklumat genetik) khusus untuk ciri-ciri tertentu. Hasilnya baka tumbuhan/ sayuran/ buah-buahan yang dicari dapat dihasilkan dalam tempoh yang jauh lebih singkat – mungkin sesingkat 2-3 tahun sahaja berbanding selama 2-3 generasi manusia jika menggunakan kaedah klasik (kacukan). Hasilnya wujudlah terma “GM” atau Genetically Modified.

Contoh kejayaan teknologi ini adalah GM Tomato. Tomato adalah sejenis sayur yang cepat rosak. Boleh kata sekiranya anda petik buah tomato pada hari ini, esok ia akan mula rosak (kulitnya akan mula berkedut berbanding yang baru dipetik).

Namun dengan teknologi berasakan pengubahsuaian genetik ini, maklumat gen antisense telah dimasukkan ke dalam DNA buah tomato. Hasilnya, tomato boleh bertahan lebih lama selepas dipetik.

Kemudian wujud pula terma GMO yang merujuk kepada benda hidup (sel haiwan/ tumbuhan/ bakteria/ virus) yang diubahsuai genetiknya.

Namun bukan semua teknologi pengubahsuaian genetik ini diterima masyarakat pada hari ini. Terdapat beberapa isu yang akan mempengaruhi penerimaan seseorang terhadap makanan yang diubahsuai maklumat genetiknya dan salah satunya adalah isu etika.

Ringkasan kepada penerangan saya di atas boleh rujuk video yang saya sediakan seperti di bawah. Alang-alang tu, jangan lupa subscribe Youtube Channel Susu Sejat yang baru saya cipta untuk lebih video berkaitan sains nutrisi, diet dan fitness di masa akan datang!

Part 1: Bagaimana Baka Tumbuhan Di Tambah Baik? (Cara Klasik)

Part 2: Bagaimana Baka Tumbuhan Di Tambah Baik? (Kejuruteraan Genetik)

==========

Suka dengan penulisan saya? Jom Pra-Tempah Buku “PLATEAU: MERUNGKAI SAINS PENURUNAN BERAT BADAN” sekarang.  Ya.. Buku yang ditunggu-tunggu oleh ramai coaches dan pengamal kecergasan di luar sana bakal diterbitkan tak lama lagi! Untuk pra-tempah, klik sini (Whatsapp) atau sini (Facebook).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *