Sampul Duit Raya SS 2015 (edisi TERHAD!)
Projek Sulung 2015!
Setelah sekian lama menanti, setelah 2 kali Syawal berlalu, akhirnya impian saya untuk menghasilkan dan mengguna sampul duit raya “custom” dengan tip-tip diet (sebagai satu usaha ‘awareness‘ untuk rakyat Malaysia mengawal kalori ketika di Hari Raya) menjadi kenyataan.
Awareness di Hari Raya, dan Saya gembira!
Saya juga ingin berkongsikan kegembiraan ini bersama dengan anda yang turut sedia untuk menyokong usaha kempen awareness ini!
Justeru itu, untuk mereka yang berminat menggunakan sampul duit raya ini ketika memberikan duit raya kepada anak-anak buah, anak-anak jiran, anak-anak kawan pejabat, anak-anak ikan, saya memberikan peluang kepada anda untuk mula menempah mulai malam ini, 1 Jun 2015. :)
1 pek (30 pcs) = RM25* sahaja
( *harga istimewa RM22 pada mereka yang beli sebelum 10 Julai )
Pos Laju – RM8 (semenanjung), RM11 (Sabah dan Sarawak)
Setiap pek akan mengandungi 30 sampul duit raya dengan 3 tip kawal kalori yang berbeza (10 pcs untuk setiap tip)
Jika berminat untuk menempah (pre-order), hantarkan butiran
Nama Penuh:
Alamat Pos:
No tel:
Bil Pek:
ke PM inbox Facebook Sususejat atau emel terus sususejat [at] gmail.com.
Sebab ini sampul versi “custom”, jadi bilangannya adalah terhad untuk 100 pek sahaja. First come, first served.
Sampul dijangka siap dicetak 1 atau 2 Ramadhan ini dan pengeposan akan dilakukan terus sejurus stok sampul diterima. Jadi cepat-cepat tempah naa…
Terima kasih kepada team Axpic Photography untuk design yang comel lote ini!
Nota: Pos percuma untuk tempahan 5 pek dan ke atas.
salam ss,
jika bulan puasa ni…, waktu sahur dan sebelum berbuka boleh ke akak melakukan senaman?
biasanya selepas solat, sahur minum susu , roti, kurma dan air putih. 30 minute lepas tu akak senaman…biasanya buat aerobics dvd. ( Leslie Sanone, Ellen Barret )
sebelum buka puasa akak brisk walking di taman rekreasi.
adakah metobolisma akak akan rendah?
W’salam akak. Metabolisma akak takkan menurun malah akan increase ketika sesi senaman dilakukan. Seeloknya fokus pada low intensiti aktiviti, tak perlu intense.
all the best!