Sanggup keluar negara untuk pembedahan?

Seorang lelaki dengan berat 317kg dari Wales telah menceritakan bagaimana beliau sanggup ke India untuk pembedahan bertujuan menurunkan berat badan selepas gagal diterima NHS atas alasan ‘beliau tidak memenuhi kriteria yang diperlukan’. Zac Smith, 37, dari Rhoose, Vale of Glamorgan, meminjam tabungan keluarga untuk rawatan mengurangkan kapasiti perutnya sebanyak 80%!

“Saya marah kerana mereka menolak pernohonan saya,” kata individu yang memiliki BMI 72.6 ini kepada rancangan Wales’ Biggest Slimmer, yang menyoroti nasib orang-orang gendut seperti Smith dan melihat pembedahan sebagai satu-satunya jalan untuk menurunkan berat badan.

Permohonan Smith ditolak berikutan beliau tidak memenuhi syarat-syarat untuk menjalani pembedahan di NHS yang meletakkan syarat individu yang mahu menjalani pembedahan ini haruslah memiliki penyakit kronik berkaitan obesiti seperti diabetes atau hipertensi.

Smith menambah lagi, “Anda tidak boleh memberikan seseorang yang sedang berjuang sepanjang hidup mereka dengan masalah kegemukan sekadar senarai diet atau senaman, sambil menepuk bahu mereka dan berkata ‘selamat berjaya’. Itu tidak akan berlaku,” katanya.

Komen SS: Apa komen anda tentang kes seperti Zac Smith ini? Adakah pembedahan ‘gastric bypass’ adalah jawapan kepada individu yang menghadapi masalah obesiti, meskipun individu tersebut belum memiliki penyakit kronik akibat obesiti? Mungkin entri ngeri ini akan membuatkan anda berfikir 2 kali adakah pembedahan (tanpa saranan doktor) jalan terbaik untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

Comments

  1. By eliza

    Reply

  2. By lola

    Reply

  3. Reply

  4. By mAr

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *