Sel Lemak Perang, Haba, dan Mitos “asal nak kurus”

Entri ini merupakan kesinambungan dari entri “Teori Sel Lemak” sebelum ini.

Tahukah anda, bayi yang baru lahir mempunyai lebih banyak sel lemak perang berbanding sel lemak putih? Hal ini kerana bayi sudah biasa dikelilingi oleh “haba” sepanjang ia berada di dalam rahim, justeru apabila saat ia keluar dari rahim, sel lemak perang yang banyak amatlah perlu dalam memastikan bayi sentiasa ‘panas’ (warm).

Sel lemak perang = guna tenaga (hasilkan haba)
Sel lemak putih = simpan tenaga (dalam bentuk lemak)

Sepanjang bayi membesar menjadi toddlers, kanak-kanak, remaja, dan seterusnya dewasa, badan akan berupaya untuk beradaptasi meregulasikan habanya sendiri justeru bilangan sel lemak perang akan berkurangan dari setiap peringkat ke setiap peringkat, dan ia digantikan pula dengan sel lemak putih.

fat

Di mana terletaknya sel lemak perang ketika dewasa? Saintis telah menjalankan beberapa siri eksperimen dalam mengenal pasti di mana lokasi sel lemak perang ini. Seperti ditunjukkan dalam rajah, sel lemak perang jelas kelihatan menerusi PET-CT Scan hanya apabila badan manusia didedahkan dengan keadaan sekeliling SEJUK. Ini bermaksud, sel lemak perang sedang giat menjana haba / membakar kalori supaya haba tubuh yang hilang dek cuaca sejuk sekeliling sentiasa dapat di ‘top up’ semula. (yang tompok-tompok hitam itu adalah aktiviti sel-sel lemak perang, kawasan paling tinggi haba)

Selepas dah faham hujah-hujah ini, adalah moleknya kita lihat pula beberapa dakwaan kurang tepat yang sering berlegar dalam masyarakat kita…

Salah anggap #1: Sauna membakar lemak. Peluh-peluh dari hasil sauna = bakar lemak.

Hmmm. Ada beza antara haba yang datang dari luar (exogenous) dan membuatkan anda berpeluh, berbanding haba yang datang dari badan anda sendiri (endogenous), yang turut membuatkan anda berpeluh. Contoh

Exogenous = bersauna, berjemur bawah terik panas
Endogenous = energy metabolism (physical activity, stimulasi oleh sel lemak perang)

Sebab itu saya antara orang yang senyum sinis bila ada golongan yang berani mengatakan bersauna mampu bakar kalori yang sama tara dengan orang berjogging berkilo-kilo meter. Statement ini ternyata amat bombastik dan mampu ‘turn off’ orang supaya ‘tak perlu bersenam’.

Peluh yang terhasil menerusi kedua-dua contoh Exo dan Endo di atas merupakan respon badan untuk menyingkirkan HABA yang berlebihan dalam tubuh badan. Tapi dari mana asalnya/origin HABA yang terhasil? Adakah haba itu datang dari luar, atau dari dalam badan anda sendiri? Itulah perbezaan paling besar antara berpeluh ketika bersauna, dan berpeluh ketika bersenam. Haba yang terhasil dari badan itu bermaksud ‘sesuatu’ dalam badan anda sedang dibakar. Kalau tidak mana datangnya haba tu, betul tak?

Salah anggap #2: Gym tak di pasang air-cond, atau seseorang mengenakan suit yang super tebal dan kalis haba, dengan alasan nak peluh lebih banyak. Contoh amalan, pakai wind breaker dalam gym sambil tutup semua air cond dan kipas.

Hmmm. Ketika bersenam, badan akan menjana tenaga lebih banyak berbanding fasa rehat, kerana aktiviti yang dilakukan adalah lebih berintensiti berbanding ketika berehat, oleh itu kadar penghasilan haba juga akan menjadi lebih cepat berbanding fasa rehat.

Biasanya respon peluh terhasil untuk memudahkan proses penyingkiran haba yang terhasil, namun suasana persekitaran yang sejuk (seperti bersenam dalam gym ber air-cond) akan memudahkan lagi proses penyingkiran haba. Lebih selesa dan ‘mesra’ kulit anda juga.

cold

Sampai satu tahap, seandainya ruang terlalu sejuk, badan akan menghantar signal kepada sel lemak perang untuk menghasilkan haba tambahan (kes yang jarang berlaku di negara kita, melainkan anda berkardio di musim sejuk yang bersuhu 0 darjah celcius, atau di bawah paras beku). Janaan tenaga dari tubuh pastinya adalah 2x lebih banyak dari biasa, betul? Jadi yang mana lebih menguntungkan, berkelubung dalam bilik panas sambil bersenam dengan harapan peluh keluar lagi banyak (kononnya bakar lemak lebih banyak), atau bersenam dalam ruang yang sejuk dan nyaman? Situasi mana yang lebih banyak membakar kalori?

Sebab itu kita kena faham fisiologi badan terutamanya sel lemak, bila dah faham, dah ada ilmu, barulah matlamat kita untuk membakar lemak akan menjadi lebih konsisten, lebih mudah dan kurang menyeksakan. Berminat nak tahu lebih lagi? Anda haruslah datang ke seminar “Mudahnya Kurussss…” yang akan dianjurkan di Seremban Sabtu ini (18 Oktober), Taiping dan Penang (6 & 7 Disember ini).

Call/SMS/Whatsapp 013-727 7007 (En Muhamad) untuk maklumat lanjut.

“Lebih CEPAT, Lebih BERKESAN, Lebih KURUSSSSSS!!!!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *