Selamat tinggal Blogger, Selamat datang WordPress!


Perubahan membawa maksud menerima sesuatu yang baru, sama ada dengan paksa rela atau pun dengan hati yang terbuka. Dalam Islam, perubahan (Hijrah) membawa maksud berubah dari sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang lebih baik.

Tiada siapa yang sukakan perubahan terutamanya jika ia melibatkan ucapan “Selamat Tinggal”. Pembaca-pembaca baru mungkin tidak nampak hal ini, tetapi buat mereka yang bersama aku semenjak 5 Mei 2010 pasti akan berasa sedikit sedih kerana meninggalkan beberapa perkara lama di blog terdahulu (anda boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen).

Kenapa mesti WordPress?

Salah satu sebab utama mengapa aku memilih platform ini ialah kerana ia membenarkan aku untuk mempunyai web hosting sendiri. Mengapa perlu ada web hosting sendiri? Bila ada web hosting sendiri, kita akan lebih bebas, yakni tidak lagi terikat dengan terma dan syarat syarikat yang membekalkan platform blog tersebut kepada kita (sekiranya guna platform Blogger/Blogspot, kita terikat dengan batasan yang telah ditetapkan oleh Google).

  1. Tiada lagi had kuota untuk gambar atau media
  2. Blogger tidak membenarkan penggunanya memuat naik media selain gambar (mp3, video, flash)
  3. Berupaya untuk menyimpan data Java Script sendiri
  4. Data-data disimpan di Malaysia. Kalau ada apa-apa masalah, syarikat hosting mudah untuk dihubungi.
  5. Format WordPress itu sendiri lebih kemas dan tampak professional.

Itu antara 5 daripada seribu sebab mengapa aku pilih WordPress/hosting sendiri. Bila dah pakai hosting sendiri, faham-fahamlah, setiap tahun dah kena bayar paling kurang RM200 untuk domain dan hosting. Mana nak cari duit kan?

Minimalis

Susu Sejat dot com masih mengekalkan konsep minimalis dalam memilih template untuk website. Tak perlu tambah ciri-ciri yang berbagai-bagai, tak perlu meletakkan banner/gambar latar yang berat dan melambatkan pageloads, tak perlu menambah pop up dan kelap kelip sini sana, kerana perkara-perkara itu hanya akan menyusahkan pembaca sendiri. Kesenangan pembaca itu yang kita kena jaga. Betul tak?

Jika anda melayari Susu Sejat dot Com menerusi iPhone atau mobil web yang lain..

Comments

  1. By Fadhli

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *