Selepas 1 Bulan CSS…

Hari ini genap sebulan buku Celoteh Susu Sejat (CSS) dijual secara rasmi. Jujur saya katakan, sebelum buku ini diterbitkan, saya tak lari dengan perasaan takut dan risau. Takut buku ini tak berjaya menarik minat pembaca masa kini. Takut penerimaan buku ni nanti “krik.. krik..”.

Namun selepas sebulan dipasarkan, maklumbalas yang diterima cukup mengejutkan saya. Tak sangka ramai yang suka kandungan dan konsep buku ni.

Malah ada yang dah tak sabar nak tunggu buku edisi ketiga yang dijangka keluar April 2018 nanti. Jujur tak dinafikan, komen-komen yang diterima telah memberi saya sedikit semangat untuk teruskan dengan penerbitan buku CSS Edisi 3: Diet dan Nutrisi.

Walaupun jujur saya katakan kos untuk hasilkan buku-buku ni bukannya sedikit (dan kini pun saya ada sedikit masalah dana), namun saya kena positif yang jika kita betul-betul berusaha, dan niat kita pun untuk mendidik masyarakat, Inshaa Allah akan dipermudahkan segala urusan. Kan?

Entri ni pun saya karang khusus untuk kumpulkan semua maklum balas yang diterima dari pembaca terpilih untuk rujukan saya di masa akan datang. Terima kasih korang for the feedback!

(Chop! Pada yang tak tahu apa itu Siri Buku “Celoteh Susu Sejat”, serta apa yang terkandung dalamnya sampai ramai yang cakap best tu, boleh klik sini dulu)

.

.

.

.

Suka dengan Kandungan

Ramai yang beritahu saya yang mereka suka dengan konsep yang diketengahkan siri buku CSS ni. Walaupun ia merupakan buku ilmiah, tapi cara penyampaian yang amat santai membuatkan pembaca mudah faham topik yang hendak disampaikan.

Ya lah, kata kompilasi ‘best of the best‘ penulisan di FB kan.. lebih penting, setiap posting telah disusun cantik-cantik ikut tema / bab, itu yang membuatkan pembaca mudah faham dah boleh ikut flow tema yang dibawa.

.

Diari Diet

.

.

.

Tak sabar nak tunggu buku 3

Tak kurang juga yang beritahu saya yang mereka dah tak sabar nak tunggu buku edisi 3 keluar. Saya masih ingat, baru je beberapa hari buku edisi 1 dan 2 tu keluar, ada seorang pembaca tu whatsapp kami dan beritahu dia dah habis baca, terus tanya bila buku edisi 3 nak keluar!

Ni juga antara mereka yang dah tak sabar nak tunggu keluarnya buku CSS edisi 3. So maksudnya buku edisi 1 & 2 ni okay lah kan?

.

.

Terima kasih yang tak terhingga pada yang dah support beli buku-buku ni! Korang yang belum dapatkan buku ni, meh la support kami (serius perlukan dana ni untuk terbitkan buku no.3, hehe). Kalau nak dapatkan buku ni, terus whatsapp nombor ni untuk menempah ya –> 013-4824902 (Cik Farah).

Kalau ada komen penambahbaikan pun, jangan segan-segan untuk maklumkan. Manalah tahu boleh dipertimbangkan untuk buku CSS edisi 3 nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *