Selepas 10 bulan…

Entri penghargaan, kongsi kegembiraan…

Hari ini, genaplah 10 bulan projek Diari Diet (DD) bertapak di alam maya. Terima kasih ke hadrat ilahi atas kudrat yang dipinjamkan, terima kasih kepada mereka yang telah membantu menjayakan projek ini secara langsung mahupun tidak langsung. Dan terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger dan laman sosial, dan seterusnya anda, pembaca sekalian yang menyokong dengan membeli produk hasil projek ‘indie’ 2 blogger tempatan ini.

mr.ss-maskot

Seperti yang dijanjikan, sebahagian dari hasil jualan projek DD ini telah saya infaqkan kepada mereka yang memerlukan (tak perlulah rasanya saya beritahu secara terperinci), dan selebihnya pula akan digunakan untuk menampung kos domain dan hosting blog sususejat.com yang semestinya bukanlah sesuatu yang murah; tak lama lagi kuota bandwidth nya juga bakal di “upgrade” demi menampung pertambahan pelawat blog dari tahun ke tahun. Justeru kos operasi blog ini secara tidak langsung telah meningkat dari semasa ke semasa.

Tambahan pula blog ini tidak meletakkan sebarang iklan luar dan tidak ditaja mana-mana pihak, pengorbanan yang mana saya lakukan demi keselesaan pembaca ketika membaca info-info yang ada di dalam blog ini (saya percaya majoriti pasti tak suka apabila satu-satu blog itu terlalu padat dengan iklan, atau terlalu dihujani pop-up pop-up murahan). Blog ini adalah “self-sustained“, berdikari atas inisiatif penulisnya sendiri, justeru hasil dapatan dari jualan projek seperti ini adalah amat kritikal untuk memastikan blog ini terus bertapak di alam maya.

Di sini, sukacita ingin saya kongsikan beberapa maklumbalas manis berhubung projek DD yang sempat saya “print screen” dan muat naik kan dalam entri ini.

feedback-1

Eryza_Ilyas_1

Eryza_Ilyas_2

zuliza1

zuliza2

zuliza3

random

Buat masa ini, salinan DD yang tinggal pada saya sudah tidak banyak. Pada mereka yang belum sempat memilikinya, untuk kegunaan peribadi mahupun sekadar untuk koleksi kenangan peribadi bersama blog susu sejat, atau dijadikan sebagai hadiah pada teman dan insan tersayang, anda boleh memilikinya dengan melakukan tempahan seperti yang telah digariskan dalam entri ini, atau rujuk pada bahagian “Planner Diet Harian” di sebelah kanan blog.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan yang telah diberikan. Inshaa Allah, projek DD ini akan melabuhkan tirainya tak lama lagi tika saat salinan terakhir DD ini dijual (boleh berlaku bila-bila masa sahaja kerana salinan yang tinggal pada saya sudah tak banyak). Selepas itu, tiada lagi ulang cetak akan dilakukan kerana sudah tiba masanya saya dan sususejat.com bergerak melangkah ke satu fasa yang baru, dengan perancangan dan halatuju yang baru. Siapa tahu, mungkin akan ada buah tangan yang segar dari kami di masa akan datang. Doakan segalanya dipermudahkan oleh-Nya.

“Sebelum melakukan satu-satu perkara, carilah ILMU. Banyakkan membaca, banyakkan berguru dengan mereka Ikhlas dalam menyampaikan ilmu, Inshaa Allah, anda tidak akan tersimpang terlalu jauh dari matlamat yang anda cari”

Comments

  1. By Bearcat

    Reply

  2. By Latifah

    Reply

  3. By ct dkota

    Reply

  4. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *