Sembang Hujung Minggu SS – Buku Pendidikan Jasmani yang “Klasik”

Entri Santai!

Sepanjang hari ini aku cuma mengemas bilik dan menyusun kembali semua dokumen-dokumen yang mula nampak tak tersusun. Bilik aku memang nampak serabut sikit sejak akhir-akhir ini. Biasalah, bebanan tugas yang “seketul” tiba sebelum bermulanya Ramadhan. Nak jenguk FB dan Blog pun payah, inikan pula nak ambil masa lihat komen-komen (tapi akan diusahakan juga untuk layan komen-komen tu nanti, jangan risau ye!). Semua pun nak diselesaikan segera supaya ketika bulan puasa nanti tak lah teruk sangat bekerja.

Sedang aku ralit mengemas-ngemas buku, tiba-tiba aku terjumpa buku ini. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan Peralihan. Bila aku perhati lama-lama buku ni, hati aku terus berkata, “Legend buku ni, memang klasik!”

Apa isi kandungan buku ini? Secara ringkasnya buku ini mengenengahkan prinsip-prinsip asas sains kesihatan terutamanya berkaitan penjagaan diri, kebersihan persekitaran/alam sekitar, asas bersenam dan permainan olahraga. Kalau ada masa, nanti aku kongsikan secara ringkas ilmu yang ada dalam buku ini.

Buku ini diterbitkan ketika awal-awal pengenalan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) suatu ketika dahulu, dan tak lama lagi KBSM bakal dirombak sekali lagi oleh kerajaan dan sistem pembelajaran peringkat menengah akan mengalami perubahan besar. Mungkin juga buku seperti ini (dan isinya) tidak akan diperkenalkan lagi, sekaligus membuatkan buku ini dan zaman ia diperkenalkan adalah suatu era yang harus dihargai.

Teringat zaman baru mengenal akil baligh dulu. Bila masuk je alam sekolah menengah, buku dan subjek yang menjadi perhatian pelajar lelaki adalah Buku Sains dan Buku PJ. Sebab apa? Dalam Kedua-dua buku ini, ada bab “Manusia, pembiakan, dan tumbesaran”. Dalam bahasa Inggerisnya, “Sex Education”. Yang bosan dan mengantuk pasti bersemangat belajar, kena pula cikgu yang mengajar tu cikgu lelaki, seronok mempelajari jasmaniah jantina yang satu lagi. LOL!

Ok, gambar dari dalam buku ini. Memang Klasik bak hang cara depa dressing!

Cuba teka tahun penerbitan buku ini? Siapa dapat teka dengan betul akan mendapat….

Comments

  1. By awien

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *