Sembang Hujung Minggu SS – Kisah di Pusat Membeli Belah..

Promoter: Encik, saya rasa encik ni macam overweight sikit la. Kalau turunkan lagi 2-3kg mesti lagi hensem. Encik tak nak cuba program diet kami? Produk kami XXXX bukan saja mampu membuatkan encik dapat bentuk badan yang cantik, tapi mampu buat encik kelihatan lebih sihat dan CERGAS

Saya: Dulu saya obese, lepas tu bila dah buang 40kg, dah kurus, orang kata saya tak cukup makan, hisap dadahlah, tak kurang juga yang cakap saya sakit, tapi sekarang bila saya dah naikkan berat saya sikit (10kg+), orang kata saya ‘chubby’ pula, tak apalah, saya selesa dengan rupa fizikal saya sekarang (sambil senyum mesra)

Promoter: Oh ye ke, hebatnya dapat turun banyak tu. Encik pakai produk apa?

Saya: Saya tak guna apa-apa produk, jaga pengambilan kalori, bersenam.

Promoter: Macam tu ke. Tak apalah kalau encik tak mahu kurus lagi, tapi encik tak mahu kekal sihat, cergas dan bertenaga? Produk kami bukan saja untuk mereka yang nak kawal berat badan, tapi yang nak tingkatkan kesihatan pun boleh. Dah terbukti dari testimoni kami, lepas je ambil produk ni, yang tak larat pun boleh jadi larat. Ada seorang akak ni, dulu berjalan sikit pun punyalah mengah, tapi lepas cuba produk kami, naik tangga sampai tingkat 8 tu pun dah tak jadi masalah

Saya: Ye ke, tipulah!

Promoter: Betul encik, produk kami bukan saja mampu meningkatkan metabolisma, tapi dalam masa yang sama mampu meningkatkan kecergasan. Selagi ikut plan yang kami cadangkan, insyaAllah tiada apa yang mustahil. Di dunia ni ada banyak penawar, semua penyakit ada penawarnya, sekarang semuanya terpulang kepada kita, nak ke tak nak.

Saya: Saya dengar dari tadi dok ulang CERGAS-CERGAS-CERGAS, Define me word “kecergasan”?

Promoter: Kecergasan tu cergas ler, macam kes akak tadi, dia dari tak cergas dah jadi cergas, sebab tu dia mampu buat macam-macam kerja sekarang yang dulu dia sendiri pun tak sangka dapat buat.

Saya: Boleh saya tahu berapa kadar denyutan nadi awak sekarang?

Promoter: Errrr, saya tak ingatlah encik..

Saya: Kiralah sekarang (sambil senyum)

Promoter: Kenapa encik nak tahu kadar denyutan nadi saya? (tukar topik)

Saya: Saja jer, kata ada banyak testimoni kan, hehe

Promoter: Saya tak ingat lah encik, rasanya dalam 80 lebih kot. Nak kira sekarang alat pun tak ada.

Saya: Tak apalah kalau macam tu dik. Nanti cuba adik kira balik denyutan nadi tu ok. Apa-apa pun, saya tak berminat dengan program diet ni (sambil senyum), terima kasih ya? By the way, denyutan nadi saya (dari tadi dah pegang pergelangan tangan sebenarnya) dalam lingkungan 70, itu pun sebab saya dok berjalan dari tadi, shopping dengan adik-adik, dengan bawa banyak barang ni lagi kan. The last time I checked my resting heart rate which was few days ago was 48 bpm, which is about 25% of my maximum heart rate, so i believe my fitness level is normal.

(senyum, dan berlalu pergi)

*Nota: Fitness (B.I) = Kecergasan (B. Melayu))

Disember 2009 (3 tahun lalu), 68kg, ada nampak macam orang sakit ke??

Comments

  1. By mieja

    Reply

  2. By Kaio

    Reply

  3. By awien

    Reply

  4. By Hafiza

    Reply

  5. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *