Sembang Hujung Minggu SS – Masa untuk Sushi!

Disebabkan mimpi ngeri yang dialami 2-3 malam sebelumnya yang masih belum reda (rujuk entri ini), maka hujung minggu sudah aku dan my other half bercadang untuk menikmati sesuatu yang berkualiti tetapi memberikan seribu kepuasan diri. Aku tahu pembaca-pembaca yang lain juga mesti tension dan panas hati melihatkan apa yang berlaku, tambah-tambah RM9 yang digunakan untuk membeli nasi goreng tersebut melayang begitu sahaja. Maka untuk mengurangkan rasa tension yang ada di kalangan kita semua, aku persembahkan beberapa snapshot menarik khas untuk mencuci kembali mata kita yang telah rosak melihat sesuatu yang tidak sihat seperti itu. Nak tahu apa yang aku maksudkan?

Masa untuk Sushi dan Subway, dan… sebotol air mineral 600ml yang mahal dari Subway.

2 ketul California Roll (bawah, kanan) mempunyai kalori sebanyak 40kcal (4.8g karbohidrat, 0.9g lemak, 1.2g protein) setiap satu. Yang lain-lain juga mempunyai kalori sekitar 40-50kcal setiap satu. Oh ya, isi ikan salmon (atas, kiri) itu nampak delicious dan tangible!

Telur ikan yang sudah direndam dalam kicap, rasanya sedikit masin. Ini kali pertama membeli dan merasanya, baru tahu ianya masin. Lain kali kena elakkan sebab aku ni mudah kena darah tinggi, penyakit keturunan lah katakan.

Nampak sayur yang seakan-akan ada gigi (atas, kanan)? Itulah rumpai laut, superfood orang timur! Jangan anda tak tahu, dengan kehadiran rumpai lautlah, maka sushi ini nampak seakan-akan menu yang seimbang, lengkap dari segi karbohidrat, protein, lemak, alkaline dan serat. Nori yang digunakan untuk membungkus sushi juga diperbuat dari rumpai laut. Memang tak dinafikan rasanya sangat kenyal-kenyal-rangup dan lazat. Agaknya mana dapat cari yang masih segar di pasaraya di semenanjung ini ya? Kalau ada, pasti aku akan borong habis-habisan!

Perut sudah berkeroncong, menandakan ia perlu diisi dengan sumber bahan bakar sekitar 500kcal, maka apa yang ditunggu lagi? Itadakimasu!!! (gambar sekadar lakonan semata-mata kerana aku sebenarnya tak reti nak guna chopstick pun, jangan marah…)

Comments

  1. By aziah

    Reply

  2. By Noie

    Reply

  3. By Fazreen

    Reply

  4. By nssh

    Reply

    • Reply

  5. By noreen

    Reply

    • Reply

  6. By saky

    Reply

  7. By labu sayong

    Reply

  8. By Fiffy

    Reply

    • By arfa

      Reply

  9. By Mak nom

    Reply

  10. By rd73

    Reply

  11. By relax

    Reply

  12. By Dani

    Reply

    • Reply

  13. By ctra

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *