Sembang Hujung Minggu SS – Masa untuk Sushi!
Disebabkan mimpi ngeri yang dialami 2-3 malam sebelumnya yang masih belum reda (rujuk entri ini), maka hujung minggu sudah aku dan my other half bercadang untuk menikmati sesuatu yang berkualiti tetapi memberikan seribu kepuasan diri. Aku tahu pembaca-pembaca yang lain juga mesti tension dan panas hati melihatkan apa yang berlaku, tambah-tambah RM9 yang digunakan untuk membeli nasi goreng tersebut melayang begitu sahaja. Maka untuk mengurangkan rasa tension yang ada di kalangan kita semua, aku persembahkan beberapa snapshot menarik khas untuk mencuci kembali mata kita yang telah rosak melihat sesuatu yang tidak sihat seperti itu. Nak tahu apa yang aku maksudkan?
Masa untuk Sushi dan Subway, dan… sebotol air mineral 600ml yang mahal dari Subway.
2 ketul California Roll (bawah, kanan) mempunyai kalori sebanyak 40kcal (4.8g karbohidrat, 0.9g lemak, 1.2g protein) setiap satu. Yang lain-lain juga mempunyai kalori sekitar 40-50kcal setiap satu. Oh ya, isi ikan salmon (atas, kiri) itu nampak delicious dan tangible!
Telur ikan yang sudah direndam dalam kicap, rasanya sedikit masin. Ini kali pertama membeli dan merasanya, baru tahu ianya masin. Lain kali kena elakkan sebab aku ni mudah kena darah tinggi, penyakit keturunan lah katakan.
Nampak sayur yang seakan-akan ada gigi (atas, kanan)? Itulah rumpai laut, superfood orang timur! Jangan anda tak tahu, dengan kehadiran rumpai lautlah, maka sushi ini nampak seakan-akan menu yang seimbang, lengkap dari segi karbohidrat, protein, lemak, alkaline dan serat. Nori yang digunakan untuk membungkus sushi juga diperbuat dari rumpai laut. Memang tak dinafikan rasanya sangat kenyal-kenyal-rangup dan lazat. Agaknya mana dapat cari yang masih segar di pasaraya di semenanjung ini ya? Kalau ada, pasti aku akan borong habis-habisan!
Perut sudah berkeroncong, menandakan ia perlu diisi dengan sumber bahan bakar sekitar 500kcal, maka apa yang ditunggu lagi? Itadakimasu!!! (gambar sekadar lakonan semata-mata kerana aku sebenarnya tak reti nak guna chopstick pun, jangan marah…)
oo camtu rupanya rumpai laut segar. ingat hiasan org tak makan
Wah…. ada sudah ‘the other half’… share share lah SS. Makin handsome lah… hehehe… i love sushi. SS tau di mana nak dapat lide calories japanesse food? Aku ni suka makan kat sana.
Saya tak reti nak makan sushi ni. Pernah sekali orang bawa gi sushi king tak tau nak makan apa. Rasanya makan boleh keluar balik.
mmm sushi ni kureng …lebih gemarkan pulut cawan n ikan tongkol kukus..sushi pantai timo!agak2 brp kalori SS??..pulut u ade kelapa parut sket.
susah nak kata sebab saya sendiri tak pernah tengok dan cuba… :)
emm sebelom ni mmg minat sushi tp dah trauma sbb bhn2 tuh diragui status halalnya. sushi yg kat sini halal ke?
dah tanya orang yang serve tu (melayu), katanya halal.. bila dah kata begitu, keraguan saya terhadap status halal/haramnya hilang. Apa-apa pun, keyakinan tu penting. Kalau dah ragu2 dan tak yakin, dah jadi kes syubhah, susah juga tu.
Bikin aku lapar mlm2 nie!Нёнё☺☺нёнё☺☺… So, klu perut tiba2 rasa lapar pd waktu yg lewat, adakah kita ikutkan kata perut? Atau tido lebih baik? Soalan kedua, buat workout, cardio and weight training pd sebelah malam elok atau tak? Sebb kita blk umah after 2 hours terus tido.
air mineral mmg mahal kt mane2 dlm malaysia ni…pdhal kite negara kaya dgn sumber air..bknnye negara padang pasir…kalo jual air mineral mahal kat gurun gobi logik la mahal…ini tak,air mineral lg mahal dr harga petrol…sbb tu aku rasa pengguna prefer beli air perisa coz harganya lbih ”sehat” berbnding air mineral + ada warna rasa la
…
Sushi is one of my fav..Tapi sedihhh sgt my friend nie xleh terima sushi and buat muka jijik dgn bunyi “eeee..uwekkk..uwekk”kk..” :(
xsuka tu jgn lah hina..yg dia duk mkn mee kari penuh dgn minyak n santan tu sy diamkan je.. T____T
saya setuju ngan fiffy… penghinaan pada makanan adalah sesuatu yang tidak wajar!
wah..joy mkn kat subway ke!!!best, suka mkn roti +++…bykkan sayur…sedap..yg tak bestnye rege…mahal giler…
salaam,
makan kat wangsa walk ke ? di sana subway memang sebelah sushi restoran.
Saya tak boleh makan sushi banyak-banyak.. nanti kembung perut, xboleh sangat dengan kesan cuka di dalam sushi tu.
wallahualam.. cuka kot hehe :D
apa pendapat kau tentang diet primal yang menyarankan tidak mengambil makanan berbentuk bijirin@ packed with refine sugars? jumlah kalori tidak diambil kira…
diet seperti ini menyasarkan pengambilan makanan yang berkualiti, makanan yang “rendah kualiti” seperti mana yang tinggi glycemic indeks akan ditolak. diet kira kalori menyasarkan pengambilan makanan berdasarkan jumlah/kuantiti dan tidak ambil berat sangat berkenaan “kualiti” makanan tersebut. diet yang paling baik adalah diet yang menyasarkan pengawalan kualiti DAN kuantiti makanan yang masuk ke dalam badan, atau lebih tepat, gabungan keduanya…
rumpai laut segar klu di kota kinabalu byk jual di pasar tamu filipin, sgt fresh, murah dlm rm1-rm3
beli, bersihkan (buang batu,pasir etc), bilas dgn air paip, tos, perah limau nipis, taruh belacan papar, makan
alhamdulillah sedap & sgt menyihatkn