Sembang Hujung Minggu SS – Melantak atau memang kadar metabolisma tinggi?

Hujung minggu macam ni nak buat entri yang ringan-ringan, santai-santai, dan tak menggunakan bahasa yang berat-berat. Biar relaks sahaja minda orang yang membacanya, ye tak? Ok, hari ni nak bercerita tentang perkembangan. Ada 2-3 orang kawan aku bertanya, “Joy, ko still buat diet ke? Apa cerita ‘six pack’?” Jawapan aku? Teruskan membaca sehingga di penghujung entri ini.

Teringin kembali ke tadika, lalu menyimpan impian untuk menjadi seorang atlit…

Untuk pengetahuan anda semua, sejak Mac 2011 lagi, aku sudah berhenti berdiet dari mengira kalori secara rasminya. Buat pertama kalinya setelah 2 tahun aku mengira kalori (sejak Februari 2009), aku berhenti dari mencatat jumlah dan jenis makanan yang aku ambil ke dalam food log aku, secara RASMI. Berikut adalah fasa perjalanan keseluruhan diet aku buat rujukan anda (tak penting pun nak ambil tahu, aku bukan artis, hehe). Rujuk juga entri transformasiku yang pernah aku ceritakan dulu.

Februari 2009 – Mula belajar kira kalori untuk ‘weight loss‘, pergi ke gym hampir setiap hari.
November 2009 – Turun berat badan sebanyak 40kg secara total. Ketika ini plateau sudah menjelma, maka aku mengambil keputusan untuk ‘berehat’ seketika dari membuat weight loss, dan lebih kepada mengekalkan berat badan yang sudah pun idle (tetapi body fat % masih belum memuaskan). Masih juga mengira kalori.
April 2010 – Ramai yang tegur aku terlalu kurus pula (berat 68kg). Maka misi menaikkan berat badan pun bermula. Masih juga mengira kalori.
September 2010 – Berhenti seketika proses menaikkan berat badan kerana ingin memberi laluan kepada puasa dan raya. Namun pencapaian menaikkan berat badan ketika ini agak memuaskan. 75kg. Masih memantau (catat) pengambilan kalori meskipun ketika musim beraya, hanya selepas raya ke-3 (raya 1 hingga raya 3 memang main hentam je makan, cheat-day lah katakan).
Oktober 2010 – Terus menaikkan berat badan sehingga 78kg. Masih lagi mengira kalori.
Mac 2011 – Tanggal sejarah yang menyaksikan aku berhenti terus dari mengira kalori. Ketika ini, berat dah turun kembali pada 75kg memandangkan aku banyak berjalan kaki dari tempat tinggal ke Universati yang jauhnya hampir 5km!

Esok, 1 Mei 2011, maka genaplah 2 bulan aku meninggalkan food log yang sekian lama menjadi peneman setia aku. Apa yang berlaku pada diriku dalam tempoh 2 bulan tersebut? Adakah aku membenarkan kembali lemak-lemak bersarang di segenap tubuh badan aku? Atau… berat badan aku semakin turun? Soalan seperti ini sering menghantui mereka yang berdiet. Memang mudah untuk mencipta sesuatu kejayaan, tetapi adakah mempertahankan kejayaan tersebut adalah semudah yang disangkakan? Syukur ke hadrat Illahi, kerana proses menurunkan dan mengekalkan berat badan tidaklah sesukar itu – Berterima kasihlah kepada sebuah konsep yang dinamakan ‘kadar metabolisma‘ (jangan sesekali membenarkan kadar metabolisma kita jatuh).

Sepanjang tempoh 2 bulan ini juga, jangan tak tahu kuantiti makanan yang aku ambil agak menggila juga banyakknya? Tak percaya. Di sini aku kongsikan menu makan tengahari (untuk 3 hari berturut-turut) yang aku ambil ketika melibatkan diri dalam sebuah bengkel ilmiah yang dianjurkan di sebuah hotel di Bangi 3 minggu yang lalu. Oh ya, sepanjang 3 hari tersebut, aku tetap makan 6 kali sehari, dari pagi sehingga sebelum tidur, NO KIDDING.

Ini hidangan pertama lunch untuk hari pertama semasa di bengkel tersebut. Sungguh pelbagai bukan? Macam konsep 1Malaysia.

Akhirnya dalam masa 15 minit, kesemuanya sudah habis licin. Bukan apa, tak baik membazir…

Ini pula hidangan pertama untuk hari kedua. Masih pelbagai macam konsep 1Malaysia. Boleh tunjukkan yang mana satu sumber protein, yang mana satu sumber karbohidrat, dan yang mana satu sumber lemak?

Yang ni pun licin juga, “dah macam kepala bapak mertua aku” (bak kata P Ramlee dalam cerita “3 Abdul”)

Ini pula hidangan pertama tengahari untuk hari ketiga. Disebabkan ini merupakan hari terakhir, hidangan pertama ni aku tambah 2 kali.

Ini pula hidangan setelah di tambah. Ada terdapat rojak di situ, tetapi kuah rojak tu cuma taruh sedikit, sekadar untuk merasa, lagipun tinggi gula tu. Mungkin setelah meneliti ketiga-tiga menu ni, ramai yang akan bertanya, “SS tak makan nasi?“. Sebenarnya bukan tak nak makan nasi, tetapi bagi aku ketika ini, apa salahnya bertukar selera bukan. Nak juga merasa sesuatu yang baru, bukan selalu dapat masuk hotel.

Banyak bukan? Itu baru contoh hidangan pertama untuk makan tengahari, belum lagi hidangan kedua (terdiri daripada pelbagai jenis buah yang penuh satu pinggan). Tetapi percayalah, sepanjang aku memilih makanan-makanan di atas, akan tercetus pertanyaan-pertanyaan wajib di dalam kotak fikiran ku tatkala mula mencapai pinggan kosong, yang aku rasa harus ada dalam diri semua manusia dalam dunia ini yang ingin terus kekal ideal (tubuh badan) dan sihat. Pertanyaan-pertanyaan itu tidak lain dan tidak bukan berbunyi:

1. Mana sumber tenaga aku (karbohidrat)?
2. Mana sumber binaan otot aku (protein)?
3. Mana sumber alkaline aku (sayur-sayuran dan buah-buahan)?

Dalam masa yang sama, aku juga jarang mengambil gula ringkas secara zahir (terang-terangan ia nya terdiri dari gula), namun ini bukan bermaksud aku ‘mengharamkan’ ke semua minuman-minuman manis yang wujud di Malaysia ini. Aku hanya akan mengambil minuman manis apabila

1. Apabila menyedari paras glukosa/glycogen dalam darah/otot adalah terlalu rendah. Bagaimana nak tahu? Badan akan terasa kurang bermaya dan kepala mula terasa pening adalah antara tanda-tandanya. Tanda-tanda ini sering berlaku apabila aku melakukan sesuatu rutin senaman di luar jangkaun, seperti berjogging tanpa henti untuk 40 minit lamanya (perlu carbo-loading segera).

2. Apabila bertandang ke rumah sanak saudara atau sahabat handai. Tak elok bukan kalau tolak pelawaan orang?

Itulah sahaja perkembangan aku ketika ini, dan ya, sehingga kini, berat badan aku stabil pada angka 74kg, bersesuaian dengan kadar metabolisma dan aktiviti fizikal semasa yang aku jalani. Tak susah sebenarnya nak kekalkan berat badan, amalkan sahaja apa yang aku kongsikan dalam blog ini (juga pengalaman aku dalam entri ini), maka dengan izin Allah, berat anda akan terus kekal ideal dan sihat. Juga, jangan lupa bersenam, bukan untuk kurus, tetapi untuk kesihatan jantung anda.

Baru selesai berkardio di taman, baju pun habis basah lenjun..!

Jangan lupa, terus Mengundi Susu Sejat dot Com!

UNDILAH SEKARANG!

Serius ingin melaksanakan Manifesto SS, maka dengan itu, undilah SusuSejat.Com SETIAP HARI (anda boleh mengundi sekali sehari untuk entri yang sama). Hanya perlu pergi ke link berkenaan (Log in menerusi akaun Facebook terlebih dahulu), kemudian klik ‘VOTE’. Sesudah anda klik ‘VOTE’, jangan lupa ‘share’ atau ‘tweet’ dengan rakan-rakan FB/Tweeter anda yang lain, dan ajak mereka VOTE sama. Kini kita sedang berada di ranking yang ke-2, dan SS percaya, kalau kita semua BERSATU, kita pasti boleh menang.. Kemenangan ini bukan untuk SS.com sahaja, tetapi untuk kita semua yang memperjuangkan budaya hidup sihat..! Teruskanlah usaha murni ini setiap hari sehingga tarikh tutup 20 Jun nanti, okeh?

Comments

  1. By HH

    Reply

  2. By Alyn

    Reply

    • By superman

      Reply

      • By noie

        Reply

  3. Reply

    • By noie

      Reply

  4. By hy

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *