Sembang obesiti merupakan segmen baru untuk kategori “Terjah Obesiti” yang diwujudkan sejak Julai 2010 lagi. Menerusi segmen baru ini, suara-suara pembaca akan diambil kira dari masa ke semasa untuk disatukan dalam memberi idea bernas kepada kerajaan dalam misi membanteras obesiti sejak di bangku sekolah lagi. Tidak dinafikan bahawa kemajuan sesebuah negara bukan sahaja perlu diukur dari segi kehebatan ekonominya, atau perkembangan ilmu pengetahuan (teknologi) yang disumbangkannya kepada manusia sejagat, malah tahap kesihatan dan kesempurnaan gaya hidup rakyatnya juga perlu diambil kira.
Beberapa hari yang lalu aku terbaca kupasan bertajuk “Mencegah Obesiti Kanak-kanak” menerusi sisipan Kesihatan akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 22 Februari 2012. Kupasan yang dilontarkan oleh rencana itu tidak ada bezanya dengan mana-mana rencana berkaitan obesiti yang pernah aku baca sebelum ini – isu basi tetapi tiada solusi. Cuma ada satu keratan yang menarik perhatian aku berhubung langkah-langkah yang diambil beberapa negara dalam mengatasi masalah obesiti di kalangan murid-murid sekolah. Antaranya adalah yang pernah dilakukan di Singapura.
Rata-rata ramai yang bersetuju dengan program tersebut, tetapi tidak kurang juga ada segelintir yang tidak bersetuju.
Kenapa tidak bersetuju? Itu membuatkan aku berminat untuk mencari info berkenaan program yang pernah dilaksanakan oleh negara jiran seberang tambak ini dan hasilnya, program yang dimaksudkan telah lama dimansuhkan yakni pada tahun 2007.
Kenapa dimansuhkan? Adakah ia dimansuhkan kerana tidak berjaya? Tidak. Hal ini disebabkan oleh kritikan lantang daripada ibu bapa kepada pihak sekolah dan kerajaan kerana menerusi program ini, anak-anak mereka yang obese telah menerima kritikan dan ejekan dari teman-teman lain yang tidak obese. Mereka yang obese ini pula berasa malu dan terasa diri mereka “dipulaukan” dari majoriti yang lain dek menghadiri program sebegitu. Ini amat tidak bagus untuk psikologi anak-anak tersebut.
Untuk pengetahuan anda, program tersebut telah dimulakan di Singapura sejak tahun 1992 lagi dan BERJAYA menurunkan statistik obsesiti di kalangan kanak-kanak sekolah di Singapura dari 14% (1992) kepada 10% (2004) dan seterusnya 9.5% pada 2006 sebelum dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2007. Namun di sebalik kejayaan itu, ia masih belum cukup melegakan tekanan yang diterima oleh kerajaan dari pihak ibu bapa yang mahu program seperti ini dihapuskan demi kebaikan mental (bukan fizikal) anak-anak mereka.
Sayang bukan? Namun yang pasti idea ini tidak akan berkubur begitu sahaja, dan yang pasti ia mampu menjadi idea yang bernas andai diubah suai sedikit modulnya.
Berbanding dari melaksanakan program sedemikian ketika waktu persekolahan, mungkin ada baiknya juga jika program seperti ini dianjurkan 2 kali setahun dan berkonsepkan ala-ala “summer camp” seperti yang dicadangkan oleh saudari Assyikin di atas. Namun masalah yang mungkin timbul sekali lagi adalah tidak lain dan tidak bukan dari ibu bapa kanak-kanak obese itu sendiri. Keluhan seperti “kenapa anak aku pulak yang kena? anak orang lain tak kena? Dah la kami nak bawa anak kami ke kampung, bukan senang nak balik kampung jenguk jumpa opah. Memang menyusahkan betul la program macam ni“, tak mustahil didengari.
Atau mungkinkah kita perlu mencontohi negara Belanda dan Vietnam yang kebanyakannya menggunakan basikal sebagai mode pengangkutan? Oh ya, aku ada terbaca beberapa hari yang lalu yang mana kajian terkini mendapati mereka yang memiliki kedua-dua Kereta dan Televisyen lebih cenderung untuk memliki masalah kesihatan di lewat usia dewasa berbanding mereka yang hanya memiliki salah satu “mesin” tersebut, atau tidak memiliki kedua-duanya langsung. Jangan tanya aku apa rasionalnya disebalik penemuan ini, it’s all about lifestyle guys, a GOOD lifestyle!!!
Terima Kasih kepada yang sudi memberikan buah fikiran berhubung isu ini. Semoga lebih banyak lagi idea-idea bernas yang dapat dizahirkan menerusi ruangan komen entri ini. Mungkin boleh dirangkumkan perbincangan lanjutan entri ini dalam Siri kedua “Sembang obesiti” di masa akan datang.






cuba bayangkan berapa banyak yang akan bantah kalau kerajaan haramkan di jual makanan di pasar malam, untuk mengelakkan rakyat malaysia makan terlalu banyak dan tidak menyihatkan di waktu malam.. cuba bayangkan bantahan budak2 kerja shift malam dan kaki bola kalau kerajaan haramkan restoran mamak dan McD beroperasi 24 jam.. rakyat akan bantah dan kerajaan pula mustahil akan laksanakan, semuanya kerana DUIT.. mulai October 2011, Denmark mula kenakan cukai lemak keatas makanan yang mengandungi lebih 2.3% saturated fat, kita tengok sejauh mana keberkesanannya..adakah berjaya atau menjadi seperti cukai rokok yang naik tiap tahun tapi tak berjaya mengurangkan bilangan perokok..
kesedaran secara sukarela lah yang banyak membantu, dan kita kena wujudkan lebih banyak lagi program2 kreatif yang boleh “menginspirasikan” kesedaran sukarela ini.. contoh terbaik, sususejat.com dan the biggest losers.. kalau sususejat.com mohon sumbangan kewangan untuk membiayai operasi website ni, saya tak akan teragak-agak untuk menyumbang..
Terima kasih.. :)
if you asked me, sususejat.com, idea summer camp tu dah bagus.
tpi apapun, yang penting, mentaliti ibu bapa tu comes first.
sapa lagi nak protect ego dan self esteem anak, sblm anak tu fhm self esteem , selain dari ibu bapa sendiri?
lain lah kalau ibu bapa pun memang suka rendah2kan self esteem anak. tu mmg lain citernya.
dekat sekolah di malaysia dh wujud kempen pengurusan berat badan dengan kerjasama klinik kesihatan di kawasan masing-masing…berat badan pelajar yg terpilih akan dipantau tp jenis aktiviti yg dijalankan kpd pelajar berkenaan tidak pasti la plak ada ke xda…
kena pikirkan juga tentang orang yg mempunyai metabolisma tinggi. time pukul 2 pagi pun lapar. macam mana? kebuluran nnt . ini cuma pendapat peribadi.