Senaman mengurangkan risiko sakit jantung, tetapi mengapa?

Dan Waktu apakah yang paling ideal untuk bersenam?

Masih ingat lagi entri aku tidak lama dahulu, berkenaan senaman dan bagaimana hubungkaitnya dalam menurunkan penyakit-penyakit kronik? Kita tahu senaman seperti jogging mampu mengurangkan risiko untuk mengidapi penyakit kronik seperti lemah jantung dan berbagai jenis kanser. Tetapi, mengapa? Jawapan kepada fakta ini telah berjaya dirungkai oleh sekumpulan penyelidik dari Harvard baru-baru ini.

Kajian tersebut menjelaskan aktiviti riadah seperti berjogging, bermain bola sepak dan sebagainya untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 jam seminggu mampu mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung sehingga 22%.  Antara faktor yang mendorong kepada keajaiban ini adalah disebabkan oleh peningkatan paras Vitamin D pada mereka yang kerap kali beriadah di luar. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa pertalian Vitamin D dan penyakit jantung, serta bagaimana Vitamin D boleh tiba-tiba menjadi tinggi parasnya dalam badan mereka yang kerap beriadah? Bukankah Vitamin D boleh didapati menerusi diet?

Menjawab kepada pertanyaan di atas, ketua pengarang kajian tersebut, Andrea Chomistek, menjelaskan:

Hakikatnya fungsi Vitamin D dalam hubungkait senaman dan risiko penyakit jantung adalah penemuan yang baru. Ini mungkin disebabkan oleh faktor sinaran matahari. Orang yang beriadah lebih cenderung untuk terdedah dengan sinaran matahari (perkusor kepada Vitamin D), yang mana sekaligus meningkatkan paras Vitamin D dalam badan mereka. Saya tidak fikir anda akan mendapat kebaikan yang sama dengan hanya tinggal di dalam rumah atau berjalan di atas treadmill

Sebab itu, apabila ada yang bertanya aku suatu ketika dahulu, waktu bilakah yang paling sesuai untuk bersenam kardio, aku akan memberikan jawapan “waktu pagi”. Ini kerana:

  1. Lebih segar dan bertenaga kerana baru sahaja selesai dari rehat yang panjang (tidur), salah satu sebab mengapa sukan seperti Marathon diadakan pada waktu pagi.
  2. Waktu pagi sering dikaitkan dengan “kebangkitan”, manakala waktu petang sering dikaitkan dengan “kejatuhan”. Malah statistik suatu ketika dahulu menunjukkan kebanyakkan kematian di hospital berlaku pada sebelah petang. Ini kerana, pada waktu petang tubuh badan manusia berada pada tahap/kondisi yang paling lemah (kitar biologi).
  3. Waktu pagi ada sinaran pagi yang kurang kesan UV, dan dalam masa yang sama mendapat pendedahan cahaya matahari yang merupakan perkusor kepada Vitamin D!
Tetapi dalam situasi hari ini, kebanyakkan manusia sibuk bekerja, maka tiada kesempatan untuk bersenam pada waktu pagi. Dalam kes ini, tidak mengapa jika mahu bersenam pada sebelah petang atau malam, asalkan masih ada senaman, itu yang paling penting. Mungkin Vitamin D boleh didapati daripada diet menerusi sumber tenusu yang sihat seperti Susu Skim. Janganlah tidak bersenam langsung dan hanya terperap di rumah dan mengharapkan mesin untuk menggetarkan peredaran darah untuk kita. Itu namanya malas bersenam. Pokoknya, kita harus beriadah di luar! SEMUA ORANG HARUS BERSENAM!

Comments

  1. By bicikut

    Reply

  2. By posh76

    Reply

  3. By dka

    Reply

  4. By Bard"eye"

    Reply

    • By relax

      Reply

      • By saifuddin abdullah

        Reply

        • By relax

          Reply

          • By joyz

            Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *