“Senaman Saintifik 7 Minit”

Sebuah artikel dalam “American College of Sports Medicine’s Health & Fitness Journal” keluaran Mei-Jun 2013 telah mencadangkan satu rejim senaman selama 7 minit yang berpandukan kajian (bidang kecergasan) yang terkini. Mereka menggelarkan senaman tersebut sebagai “The Scientific 7-minute Workout” atau “Senaman Saintifik 7 Minit”.

senaman-saintifik

Rejim ini yang mana mensasarkan 12 jenis senaman yang menggunakan berat badan sebagai beban dikatakan menepati ‘standard’ terkini untuk dikatakan sebagai berintensiti tinggi menurut kajian-kajian bidang kecergasan terkini (setiap tindakan senaman dalam ini mempunyai penjelasan saintifik akan keberkesanannya, menepati standard terkini ciri-ciri latihan interval berintensiti tinggi).

Secara asasnya, setiap senaman dalam rejim ini harus dilakukan dengan pantas (intensiti tinggi) untuk tempoh 30 saat, kemudian diselang-selikan dengan 10 saat masa rehat.

Setiap senaman-senaman ini juga mempunyai sebab-sebab tertentu mengapa ia disusun mengikut turutan yang sedemikian rupa. Sebagai contoh, jika diteliti, ke semua senaman telah disusun secara berselang-seli antara senaman yang mensasarkan otot-otot bahagian atas badan (upper body) dan otot-otot bahagian bawah badan (lower body). Susunan 12 senaman ini bukanlah secara rawak, sebaliknya sengaja disusun sedemikian – ini penting kerana dengan cara ini setiap otot akan mendapat kesempatan untuk “mengejar kembali nafas” tatkala otot-otot bahagian yang satu lagi sedang dikerjakan.

Kolum pertama (senaman 1, 5 dan 9) – cardio based
Kolum kedua (senaman 2, 6 dan 10) – mensasarkan lower body
Kolum ketiga (senaman 3, 7 dan 11) – mensasarkan upper body
Kolum keempat (senaman 4, 8 dan 12) – mensasarkan abdominal

Dengan hanya meluangkan masa selama 7 minit, anda berpeluang mendapat hampir 100% faedah seperti bersenam selama berpuluh-puluh minit lamanya. Kini anda sudah tiada alasan untuk luangkan masa untuk bersenam. Selamat mencuba!

Sumber: American College of Sports Medicine, The New York Times

Comments

  1. By safarah

    Reply

    • Reply

  2. By Faizava

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *