Senaman Vs Terapi Elektrostatik
“Nasihat ‘kuno’ seperti berehat dan jangan melakukan kerja dengan banyak mungkin tidak lagi relevan untuk pengidap kanser,“
Macmillan Cancer Support (UK).
Pengidap Kanser juga harus bersenam! Itulah penemuan baru yang aku jumpa di internet baru-baru ini. Pengidap kanser yang sedang menjalani rawatan pemulihan atau sedang mengidapinya dalam peringkat awal dinasihatkan untuk melakukan senaman sekitar 2 jam 30 minit seminggu. Kebarangkalian untuk kanser tersebut untuk datang kembali juga akan berkurangan sekiranya kita bersenam. Ini kerana kajian menunjukkan senaman mampu menjadi ‘talian hayat’ yang mencegah anda dari meninggal dunia akibat kanser, disamping mengurangkan tempias kesan sampingan daripada rawatan yang dijalani.
Macmillan Cancer Support juga merupakan salah satu entiti di UK yang kini bertanggungjawab mempromosikan kempen senaman sebagai sebahagian dari gaya hidup mereka yang terbabit, dan usaha seperti ini amatlah aku sanjungi. Tetapi ini adalah apa yang berlaku di negara maju seperti di UK.
Layan kan senah? Sampai tertidur gitu…
Di Malaysia, apa yang aku perhatikan sekarang situasinya amat berlainan. Terdapat entiti yang mempromosikan agar “tak perlu bersenam” secara tersirat kerana konon-kononnya produk mereka jauh setanding dengan bersenam. Produk yang memberikan rawatan/terapi medan elektrostatik itu dikatakan mampu memberikan kesan yang sama seperti bersenam. Ironinya rawatan seperti ini jarang didengari malah direview oleh media massa di barat sama ada menerusi USA Today (Health & Lifestyle) atau BBC Health (melainkan advertorialnya yang bersepah dalam surat khabar tabloid seperti Harian Metro). Rakyat Malaysia yang tidak tahu apa-apa akan percaya bulat-bulat apa yang didakwa dan mengambil jalan mudah dengan tidak bersenam, sebaliknya bergantung sahaja kepada mesin tersebut walaupun pada hakikatnya dirinya mampu bersenam.
Bersenam tidak semestinya kena berjogging semacam marathon atau mengangkat besi yang berat-berat seperti ahli bina badan. Terdapat banyak jenis senaman di luar sana yang sesuai untuk mereka yang ‘kurang mampu’ atau dalam erti kata lain ‘low-impact‘. Pokok pangkalnya, harus bersenam walau bagaimanapun, melainkan diri tu dah tak berupaya dan hanya mampu terlantar di atas katil.
Fakta berkenaan senaman dan kanser berdasarkan kajian lepas:
- Senaman yang disyorkan mampu mengurangkan risiko kematian akibat kanser prostat sebanyak 30%.
- Senaman yang disyorkan mampu mengurangkan risiko kanser payudara untuk hadir semula sebanyak 40%.
- Senaman 6 jam seminggu mengurangkan risiko kematian akibat kanser usus sebanyak 50%!!
- Diet, gaya hidup yang lemah dan obesiti merupakan penyumbang kanser sebanyak 30-35%.
Ada banyak lagi kajian seumpamanya (hubung kait antara senaman dan kanser) yang boleh dirujuk dalam jurnal-jurnal perubatan yang bertauliah seperti pubmed. Tetapi apabila aku taip kata kunci umum seperti “electrostatic therapy“, agak-agaknya apa yang akan keluar?
Untuk paparan lebih jelas, klik pada gambar di atas. Eh jap, masih ada “Titles with your search terms” pada side-bar sebelah kanan yang aku terlepas pandang. Tapi, kebiasaannya dalam database jurnal online, kes sebegini selalunya terjadi kepada jurnal-jurnal yang berimpak rendah, atau dalam bahasa mudahnya, tak menarik untuk dibaca dan dilanjutkan kajiannya. Lame ass bak kata blogger Obefiend.
Setakat ini hanya ada 2 sahaja jurnal yang membincangkan hubungkait terapi elektrostatik dan penyakit, dan berikut adalah print-screen 2 abstrak untuk jurnal yang dimaksudkan. Sila fokus pada ‘kotak’ yang telah aku highlight kan.
Indicating a possible role of PESF in the obesity treatment? Perkataan seperti “possible” dalam penulisan jurnal membawa maksud kajian tersebut masih awal dan perlukan lebih banyak lagi kajian lanjutan dan sokongan. Jurnal di atas juga merupakan satu-satunya jurnal terkini (tahun 2004, 7 tahun yang lepas, agak ketinggalan juga tu) berkenaan terapi elektrostatik dalam pubmed, dan belum ada kajian sokongan dilakukan selepas tu. Ini bermaksud belum ada kajian yang mengesahkan 100% Terapi Elektrostatik mampu merawat penyakit kronik sama seperti bersenam. Bersenam adalah jauh lebih hebat dari Terapi Elektrostatik dalam menangani penyakit kronik dan kajian-kajian sebelum ini sudah membuktikannya!
Nah, ini satu lagi!!
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen “bersenam untuk pengidap kanser” di UK, anda boleh berbuat demikian dengan merujuk link ini. Harap Malaysia juga akan menuruti jejak langkah seperti ini suatu hari nanti.
tahniah SS..semoga membuka mata masyarakat..aku sangat setuju dengan entry kali nih..yang peting skali, bila dengar sesuatu yang baru jangan mudah percaya, kaji dulu betul-betul..lagi-lagi kalau info tu datang dari company, dah nama marketing, confirm la semua puji produk keluaran company tu..
tahniah sekali lagi..^^
untuk bisnes rasanya..kat tempat saya dh ada perniagaan ni. Setengah jam RM5..tu pn ramai yg dh mencuba..rakyat malaysia memang suka cari jalan mudah..itu fakta kn?
bagus la blog ni!!
Pernah tgk dokumentari Halal Bio kat astro oasis berkenaan terapi elektrostatik ni,dr apa yg saya faham, fungsi terapi ni menstabil proses mekanisme homeostasis dlm badan dgn mengembalikan jumlah elektrolit dalam darah (secara khusus, natrium, kalium, dan ion kalsium) melalui rangsangan medan elektrostatik(betulkan jika saya silap). Badan tidak sihat kerana berlaku ketidakseimbangan atau gangguan dlm mekanisme homeostasis dlm bdn. Drpd apa yg saya ingat lg, terapi ni jg digunakan dlm kajian untuk merawat penyakit hiv/aids.
Klu sapa2 tgk rancangan halal bio ni pasti faham matlamat dokumentari ni bertujuan untuk mendedahkan rawatan altrnatif yang cuba dibelakangi/dipertikaikan oleh saintis/ahli perubatan moden kerana blh membunuh industri farmaseutikal dan perubatan moden.
Jadi rasanya terapi elektrostatik ni bukanlah x baik cuma pengusaha/penjual mesin ni x patutlah menggalakkan pengguna tidak bersenam dan entah dr mana lak dikutipnya ayat pakai mesin ni sama seperti bersenam, kalaupun betul jgn lah dijadikan slogan,seolah2 suruh org jadi sihat tapi x payah bersenam, bukankah pelik tu.
Lagi satu, kalau korang perhatikan, org kita ni cepat diperdayakan dengan taktik penjual, contohnya ada satu makanan tambahan ni, kalau makan sebijik sama khasiatnya dengan memakan 40 biji lobak, 4 hidangan bayam n blah2, akhirnya terus beli walaupun mahal n x makan sayur pun sbb rasa2 dah cukup vitamin hingga menafikan fungsi sayur untuk usus.
Baru ingat, pasal kajian terhadap pesakit kanser tu ada disebut dalam halal bio, kebanyakan penyakit yang dirawat melalui perubatan alternatif ni sdh tidak dpt diselamatkan lagi kerana sudah kritikal di peringkat akhir dan selepas menjalani proses kimoterapi berulang kali hingga merosakkan sel-sel dan kita sendiri tahu berapa lama ut seorg pesakit yang menjalani kimoterapi tu tuk pulih. Perkara ini juga sepatutnya diambil kira, knp x buat kajian terhadap pesakit kanser peringkat pertama. benda tu tak mention kat atas, jadi ssh nak cakap kan… wallahuaklam……..
Good article bro. Biar mata orang ramai terbuka sikit. Jangan buta mata sampai habiskan duit beribu untuk sesuatu yang belum pasti
kadang2 mudah terkabur kejap dengan jalan pintas yang menjanjikan jalan mudah.. orang mudah terpedaya.
setiap benda ada keburukan & kebaikan…
klu cr keburukan sj, maka x jumpa la kebaikannya….:-)
senaman sememangnya bagus, x dpt dinafikan sejak kewujudan manusia dimuka bumi ni… tp terapi elektrostatik ni cr altenatif utk org yang x mampu bgerak aktif (org2 tua) @ pun x ckup ms nk bt senaman..maklum la dunia akhir zaman, masa blalu dgn cpat…keja kat ofis lg,..keja kat rumah lg…terapi ni 2 in 1. blh jg kesihatan & blh brehat…siap blh tidur lg..
bro…..bnda yg kte sndri x kaji hbs x elok di hebahkan seolah olah kte pakar terapi…anda pakar senaman ke?lau anda sprti ape yg sy tanyer anda leh lh wat cm tu tp lau x bek pdam je…fitnah nnti…neraka lh jwb nye mlainkn anda x tkut akan hukumNya.
Bro, benda terapi elektrostatik ni pun tak dikaji habis juga. Tapi kenapa terus dijual? Pseudoscience. Macam mana pulak tu? Kalau setakat cakap mulut, tapi tak sertakan rujukan ilmiah, nama penulis, nama jurnal, tahun publish, boleh ke tunjukkan tang mana manfaat terapi elektrostatik berbanding senaman?
adakah kalau saya tiada degree dalam fisioterapi maka saya tak boleh dan tak LAYAK untuk menyampaikan kebenaran yang saya tahu? degree dan pengiktirafan tu siapa yang bagi? Ilmu tu pula siapa yang bagi? Nak sampaikan ilmu kena tunggu ada degree? Maka kalau nak berdakwah pun kena tunggu ada degree?
Sila jawab soalan2 saya di atas dengan nas yang tepat.
Setuju!!!
Salam, mungkin en. Kai, ni tadak akai (akal bahasa utara). Kemon lah, bro SS ni bagi fakta, nko bagi la fakta…. Pastu ngutuk orang tak kena tempat, takkan nk tunggu jadi kevin zahri baru boleh tegur pasal snaman.
Mungkin en.kai tak tahu pubmed tu apa kejadah. Itu port journal, thesis, case study yg high impact je boleh post kat situ, pastu pubmed ada badan yg tentukan sama ada itu sahih, jitu dn tak fraud punya research. Kalau sesapa buat thesis master in medicl base, pebmed penting sebab nk qoute referecne… Kalau petik ikut dan examiner pangkah..,
Aku sbg pengamal perubatan pun sarankan agar pesakit kanser, tak kira apa jenis pun sama ada sebelum op, semasa rawatan dn selepas rawatan agar tidak merasakan kanser itu beban untuk tidak aktif sepanjang hatra, mmg pesakit kanser perlu semangat kental untuk hidup banding kita… Itu sebab kita sarankan mereka agar bersenam semampunya, makan benda yg berkhasiat, kurangkan pengambilan redmeat, makann tin/awet…
Pesakit pernah tny, kalau nk guna supplemen mahal spt m***vie, h****l**e, sd2, terapi letrik etc, aku kata boleh, cuma kalau tak mampu, stick to normal healthier diet dan jgn putus rawatn susulan….
Sorrylah panjang sikit, apa pun tahniah bro ss pasal publish artikel ni…
Regards ;)
kenapa sekarang baru perasan komen doc amin ni… hehehe
En Kai, who are you to do Allah’s job? I would have a little bit of respect for you en kai if you didnt so quick to jatuhkan hukuman NERAKA pada seseorang. Urusan syurga neraka , Allah yg tentukan.Bukan kita!
Kai on jelous kot sbb x byk ilmu mcm ss. Tksh sebarkan ilmu dgn faktah dn contoh untk pengetahuan kita semua. Byk pahala tu.