“Shrimp Melt” – Ringkas, Tinggi Protein, Sedap

Ketika saya menuntut di R.I.T beberapa tahun yang lalu, terdapat satu hidangan yang sering menjadi pilihan kami apabila berkunjung ke kedai mini berkonsepkan cafeteria di pinggir universiti yang menggelarkan diri mereka “CrossRoad” ( jangan tanya saya kenapa nama dia begitu, barangkali jika kami ingin ke sana dari bangunan akademik, kami perlu melintas sebatang jalan besar terlebih dahulu :D ). Hidangan yang dimaksudkan adalah sejenis sandwich yang dinamakan “Melt”. Terdapat dua jenis “Melt” yang dijual di sana iaitu “Tuna Melt” dan “Turkey Melt”.

Secara asasnya, Melt ini adalah sejenis sandwich bakar yang mana di antara kedua-dua keping roti bakar tersebut terdapat isi tuna atau turkey (ayam belanda) yang disatukan bersama keju yang cair. Bunyinya nampak sedap bukan? Percayalah, sangat sedap.

sm11

Semalam secara tiba-tiba terbit rasa rindu untuk mencuba snek yang sedap ni. Jadi saya bercadang untuk membuat “melt” saya sendiri menggunakan resource yang ada di dapur. Alih-alih, terjumpa udang. Walaupun tidak menggunakan turkey atau tuna, namun apabila siap dimasak, rasanya, masha-Allah, jauh lagi sedap dari apa yang pernah saya rasa dahulu.

Dari perkongsian saya di FB semalam, rata-rata ramai readers yang nak tahu resepi snek yang sedap ni. Jadi tanpa membuang masa, untuk memenuhi permintaan ibu-ibu, akak-akak, adik abang di luar sana, berikut adalah langkah-langkah untuk menghasilkan “melt” yang sedap sebagai snek sampingan anda. (Nota: Resepi di bawah ini adalah hidangan untuk 1-2 orang)

Pertama, sediakan bahan-bahan seperti berikut:

1) 2 keping roti gandum penuh (contoh: Gardenia Wholegrain)
2) 2 keping keju rendah lemak (contoh: Bega Super Slim)
3) Segenggam udang tanpa kulit yang sudah direbus
4) 1/2 biji bawang besar cincang + 2 ulas bawang putih cincang

sm1

Kedua, cincang udang rebus tersebut sehingga separa hancur.

sm2

Seterusnya, panaskan 2 keping roti di atas non-stick flat pan (kuali leper), sehingga kedua-dua belah roti tersebut ‘terbakar’ (lightly burnt).

sm3

sm4

Kemudian, letak 2 keping keju rendah lemak di atas setiap keping roti yang panas.

sm5

Tabur dan susun pula udang cincang di atas salah satu bahagian roti yang dipanaskan…

sm6

…diikuti dengan bawang putih dan bawang besar yang dicincang sebentar tadi.

sm7

Seterusnya, ambil bahagian roti yang tidak ditaburkan inti dan tindih ke atas bahagian roti yang mempunyai taburan udang dan bawang di atasnya (nak ambil gambar punya pasal, sampai terlajak hangit satu bahagian, hehe).

sm8

Tekan perlahan-lahan kedua-dua bahagian roti dengan sudip sehingga inti di tengah-tengah mereka mampat. Kemudian, bolehlah dipotong “melt” berkenaan secara pepenjuru menggunakan sudip dan…..

sm9…sedia dihidangkan!

sm10

Amacam korang? Nampak sedap tak? Memang sedap. Rangup di luar, lembut di dalam. Rasa udang di samping lemak masin keju yang sebati dengan manis bawang besar dan harum ‘mild acidic‘ bawang putih.

Misal kata anda tak mahu menggunakan udang pun tak apa, boleh digantikan dengan tuna atau isi ayam (disyorkan pilih isi bahagian lembut seperti paha).

sm12

Rasanya tak lengkap kalau saya tak berbicara soal kalori, betul tak? Menjawab segelintir soalan di page FB sebelum ini akan info nutrisi hidangan ini, berikut adalah my personal judgement:

1) Jumlah kalori satu hidangan ini adalah 146kcal (2 keping Gardenia 100% Wholegrain) + 90kcal (2 keping keju Bega Super Slim) + 80kcal (segenggam udang rebus) + 10kcal (bawang besar + putih) = 326 Kcal

2) Distribusi makronutrisi: Karbohidrat 25g, Protein 35g, Lemak 6g (justeru snek ini boleh dikategorikan sebagai snek tinggi protein)

3) Jumlah Sodium: 262 + 730 + 190 = 1182 mg (kandungan sodium agak tinggi, justeru snek ini tidak sesuai untuk mereka yang mengidap darah tinggi)

4) Kenapa saya gunakan Bawang Putih dan bawang besar dalam resepi ini? Selain sebagai sumber alkaline dan anti-carcinogenic, kedua-duanya mempunyai kandungan potassium yang agak tinggi, dan ini sedikit sebanyak ‘menyeimbangkan’ kesan ketara tekanan darah yang mungkin datang akibat pengambilan sodium yang berlebihan.

sm13

sm14

Selamat Mencuba, dan jangan lupa kongsikan dengan teman-teman okeh!

################################################

Hebahan 1: Sesiapa yang berminat untuk menyertai “Kelas Nutrisi” bersama SS anjuran My Body Fit Camp, rujuk di sini.

Hebahan 2: Naskah Diari Diet yang tinggal pada saya ada kira-kira 15 unit sahaja lagi. Itu sahaja yang tinggal dan tiada lagi ulang cetak akan dilakukan. Yang berminat untuk memilikinya pada saat-saat akhir boleh rujuk di sini.

Comments

  1. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *