Sindrom ‘Dah turun berat, kemudian naik balik’
Kadang-kadang kita melihat ramai yang berjaya menurunkan berat badan, tetapi tidak ramai yang berjaya mengekalkannya. Kita tidak perlu menunding jari terlalu jauh, lihat sahaja contoh selebriti yang dekat di hati masyarakat kita, iaitu Puan Nik Sayyidah Fatiha Yazid atau lebih dikenali sebagai “Mek Salam Pantai Timur”. Asalnya, beliau berjaya menurunkan berat badan dari 103 kilogram ke 59 kilogram hanya dalam masa 8 bulan. Namun kini beliau dikatakan sudah kembali memiliki bentuk badan yang asal, malah ada yang mendakwa beliau kini kelihatan lebih gemuk berbanding sebelumnya. Persoalannya di sini, mengapa situasi ini terjadi?
1. Niat
Sesungguhnya persoalan ini bukanlah persoalan baru. Untuk menjawab kes Mek tadi, mudah sahaja iaitu dengan melihat kembali niat untuk menurunkan berat badan itu sendiri,
Adakah sekadar mahu kelihatan cantik? (supaya ada yang berkenan pada kita)
Adakah sekadar mahu melepasi ujian fizikal PTD?
Adakah sekadar mengelak cacian dari rakan-rakan? (Bila tak dicaci, dah tak buat)
Adakah sekadar ingin kelihatan cantik ketika di jinjang pelamin? Atau adakah…
Senarai soalan ini sememangnya tidak akan berhenti dan aku pasti mungkin ramai yang “terhantuk” ketika membaca soalan-soalan ini. Kenapa perlu teliti niat dan motif untuk turun berat badan? Ini kerana niat menggambarkan tempoh komitmen. Jika sekadar ingin menurunkan berat badan kerana ingin kelihatan “kurus” dalam foto kahwin bersama pasangan, maka sila kirim salam kepada bentuk badan Lisa Surihani kerana niat sebegini memang tidak akan kekal lama.
.
2. Cara
Kedua, kita melihat pula apakah solusi untuk mencapai soalan-soalan di atas.
Adakah dengan bergantung kepada produk-produk MLM?
Adakah dengan mengamalkan diet “Tak makan nasi” seperti pelarian Somalia?
Adakah dengan “mengurung” nafsu makan dengan hanya menjamah meal-replacement atau protein?
Adakah dengan “menutup mata” dari melihat makanan-makanan di sekeliling dengan memberitahu kawan-kawan (sebab nak sedapkan hati punya pasal) nasi itu menggemukkan, dan sate itu menggemukkan? Jika inilah cara yang anda terapkan untuk kurus, maka sila kirim salam kepada seluar panjang bersaiz 33 itu kerana cara sebegini memang tidak akan ke mana.
.
3. Praktikal atau Tak masuk akal?
Akhir sekali, kita melihat pula adakah cara yang kita laksanakan itu memang praktikal atau tak masuk akal? Ada yang bergantung kepada produk untuk kurus, tetapi produk tu cakap jangan makan nasi. Sampai suatu masa, rupa kurus itu menjelma, lalu anda berhenti ambil produk dan mula makan nasi macam yang kebiasaan orang normal Malaysia lakukan. Mak pula bila dah lihat anak tu kurus, dimasaknya pula makanan kegemaran anaknya iaitu ikan patin masak asam pedas tempoyak, bukan apa, mak gembira anak dah boleh makan nasi balik.
Adakah kegemukan itu mustahil untuk kembali menjelma? Anda tak perlu jawab soalan ini kerana Mek sudah jawabkan untuk anda. Apa yang Mek jawab? Mek jawab, “Saya tak makan nasi, daging, ayam, benda-benda yang manis dan juga bergula. Dah lapan bulan saya tak makan nasi.”
Kes Mek di sini hanya sekadar contoh. Pokoknya memang ramai lagi orang yang mengamalkan cara Mek ini di luar sana. Bila berat badan kembali naik, mulalah melatah dan menyebarkan mitos nasi itu menggemukkan, dan sebagainya. Sedangkan yang tak betul itu adalah cara dietnya, bukannya nasi. Jadi soalan aku kepada anda semua, adakah diet tak makan nasi ini Praktikal atau tak masuk akal? Secara peribadi aku menjawab ia tidak praktikal, kerana boleh dikatakan 99% kedai makan di Malaysia menghidangkan nasi, hampir ke semua isi rumah di Malaysia menjadikan nasi sebagai makanan harian. Mana boleh elak bai, takkan ko tak nak makan nasi sampai ko mampus? Ini sekadar contoh sahaja. Beberapa contoh cara diet yang tak masuk akal yang lain adalah:
- Meal-replacement (makanan pengganti) – bukan pilihan diet yang bijak kerana kebiasaannya ia mahal, dan tidak praktikal diambil seumur hidup sehingga anda mati melainkan anda jutawan MLM yang ada wang berkepuk-kepuk di dalam Bank. Tiada magiknya meal-replacement boleh membuatkan anda kurus jika anda makan seperti biasa, seperti orang normal makan. Kenapa? Kerana orang normal makan 2000kcal sehari, dengan jumlah pengambilan 2000kcal sehari mana boleh kurus, kecuali jika anda membakar kembali beberapa ratus kalori tersebut menerusi senaman.
- Crash-diet (diet menjunam) – bukan pilihan diet yang bijak kalau “terpaksa” elak satu-satu hidangan, terutamanya makan malam. Berat akan naik dengan mudah kerana yang banyak turun itu adalah otot, bukannya lemak.
Jangan sesekali mengelak makanan utama (dalam kes di Malaysia, Nasi) ketika berusaha menurunkan berat badan, ini bertujuan agar kita tidak terkejut dengan perubahan diet.
j.
Susu Sejat ni pandai cakap sahaja kan? Sekarang beritahu saya apa solusi untuk turunkan berat badan dengan berkesan!
Sekali lagi, tiada magiknya dalam menurunkan berat badan, cuma kita kena ubah kembali 3 perkara di atas menjadi seperti berikut:
1. Niat – Niat untuk kekal sihat dan “good-looking” biarlah sampai tua, bukan kerana ada ujian fizikal PTD, sebab hujung tahun ini nak kahwin, atau sebagainya. Dengan cara ini, barulah misi untuk kekal sihat dan lawa akan menjadi komitmen seumur hidup.
2. Cara – Kebanyakkan cara menurunkan berat badan yang ada pada masa kini bukannya tak berkesan, cuma tak berapa praktikal. Sebaik-baik cara untuk menurunkan berat badan ialah ia bukan sahaja tidak menyeksakan (seksa diri dan wang poket), malah boleh terus disambung amalannya walaupun matlamat untuk mendapatkan berat idaman sudah tercapai; ini untuk memastikan berat badan dan tahap kesihatan yang baik itu terus kekal. Dalam bahasa mudah, cara diet yang betul merupakan gambaran awal gaya hidup anda selepas kurus.
- Kita harus fikir yang kita hidup dalam komuniti yang besar, mereka yang tinggal dalam komuniti ini makan 4 kali sehari (Sarapan, makan tengahari, makan petang, malam). Kalau kakitangan kerajaan tu mungkin ada ekstra 6 kali sehari (sarapan pagi sampai 2 kali, satu pukul 8, satu lagi pukul 10). Itu tak menjadi masalah, kita yang bijak perlu tahu berapa jumlah kalori yang masuk dalam badan.
- Makan kerap tak apa, asalkan kuantiti/kalorinya kena dengan tubuh badan kita.
- Orang dalam komuniti besar ini juga makan nasi, maka kita perlu ikut fitrah ini dengan makan nasi juga. Jangan buat sesuatu yang tak masuk dek akal dengan menolak nasi, menolak mee dan sebagainya. Nanti orang lain ingat kita bukan orang Malaysia pula.
- Kalau ketika hendak kurus kita rajin besenam, bila dah kurus jangan berhenti bersenam. Teruskan bersenam, tanamkan niat bersenam untuk kekal sihat, bukan untuk tubuh badan lawa sahaja.
3. Praktikal – Jika diteliti kembali niat (1) sebentar tadi, kita hendak kekal sihat dan lawa sehingga ke tua, atau bahasa mudahnya sihat dan lawa “Seumur hidup”. Bila kita sebut komitmen “Seumur Hidup”, maksudnya kita hendaklah mengamalkan Cara (2) seumur hidup kita, dan ini bersamaan dengan perubahan gaya hidup.
P/S: Kepada Puan Nik Sayyidah Fatiha Yazid, tiada niat di hati SS untuk mengaibkan Puan dalam entri ini. Maaf jika terasa atau ada terkasar bahasa. Ini cuma kacamata seorang blogger yang ingin membimbing orang ramai mengamalkan gaya hidup yang MANTOP. Sekiranya Puan memerlukan bimbingan, insyaAllah SS sudi membantu.
betul la ejoy. semua tu senang. nak kekalkan tu yang sukar.
ps: saya pun perlukan bimbingan. =P
bernas sgt2 entry kali ni,mcm beras bernas gak…..info yg mantopppp….
aku rasa entri ni memang sesuai utk org mcm aku… sekarang ni rasa nak maintain mcm payah je. nk kena start baca balik blog ni dari awal. skrg ni aku punya kuantiti makanan makin byk tp senaman makin kurang… perlu kan semangat baru utk trus kekal SIHAT
alhamdulilah.sy dah amalkan spt yg ss ckp.sy dah 9bulan amalkan hidup sihat.april lpas, sy 80kg pinggang 36.skg sy 62kg pinggang dah 30..even dah kurus pon, sy tak pernah tiggal rutin sy workout dkt gym or sport centre.sy plg setuju dgn entry ni.btw,silalah ss jenguk blog sy.entry plg latest adlh pasal transformasi sy.thanks
yeke..hebat tue.blh la share rahsia2 tu..blog nama ape..
daniel hebat!! nak yr blog address gak?
ni blog saya. daniellerishah.blogspot.com try la tgok =)
thank info yg berterusan dan memberi smgt utk terus mengamalkan gaya hidup sihat…
thanx en.ss untk entry ni sbb i setuju yang bab meal replacement & xmakan nasi tu…coz quite few of kekawan & family yang memperlekehkan my advices untk jgn tgglkan nasi klo nak lose weight…dorg xcaye & still nak gak cakap nasi tu menggemokkan…and certain org2 yang lose weight just depends on meal replacement, plus mreka sgt berbangge bile dh kurus…as for me bende2 tu semue sampai biler dorg nk buat? smpai biler dorg xmo mkn nasi? smp biler dorg nk spend beratus2 RM untuk beli meal replacement tu?? sorry to say, but biler org yg lose weight guna dirty trick mcm ni, i xrespect lgsg…coz they didnt ‘feel the pain on the ass’ sepjg proses lose weight…coz they didnt experience physically, mentally & emotionally yg extreme during lose weight scara manual yg sihat…bagi i penurunan berat badan secara sihat & balance tanpe buat cara2 yg mengarut2, adelah pengalaman yang terbaik bagi long term dlm hidup seseorg tu…
tahniah en.ss kerane cara anda menurunkan berat bdn amat sy setuju kerana sy pun melalui proses yg same dgn anda…i’m with u!! keep up the good work!
**p/s: i do believe en.ss mcm i jgak, still makan ape2 aje yg kt suka but still can lose weight or maintain our ideal weight?? right? sgt rugi klo tgglkan mknn2 yg sedap semate2 nk lose weight~
info yg sgt bagus.saya pun nak sihat dan lawa seumur hidup.dan tahun ini adalh tahun ke 10 saya bersenam.motivasi utk sy teruskan senaman dtg dr diri sendiri ..utk sihat dan kekal cergas walau di usia berapa pun.,kalau berat ternaik sdkit,saya tahu mcm mana cara nak bakar lemak yg terlebih tu..blog ss mmg sgt2 membantu dan blog ini juga satu sumber inspirasi utk saya kekalkan gaya hidup sihat.hidup SS!
nasik is bot the problem.KFC is not the problem. makanan berminyak pon somehow is not the problem. sbb segalanya berbalik pada korang balik. byk mana korg mkn. how moderate you put something in your mouth.
pada sy sng je.
pandai makan, pandai la tanggung.
nasik in NOT* sory typo
Input yang bagus. Muhasabah diri bagi yang sedang dalam proses menurunkan berat bdn mcm saya. Alhamdulillah, pertama kali membaca blog kamu, terus terinspirasi mau gaya hidup sehat dan skrg dah dapat turun kan 13kg dalam masa 2 bulan. Dgn tggi 170cm dan berat seblum 103, mmg dalam kategori ‘obese’. Terima kasih sbb terus menerus menyumbangkan input yang berkesan dan memberi inspirasi kepada ramai org. Terima Kasih.
tahun 2011 saya dah turun dr 63kg ke 55kg. Kemudian terus reach state plateau. naik turun berat. But still 55kg. Masuk 2012, saya asyik naik. 57-58kg. Target nak turun 50kg xtecapai lagi. Boley cik SS bg tips/solusi?
*tinggi 162cm
maksudnya mudah, cik dah kembali ke tabiat lama.. sebab tu penerapan diet kira kalori ni, u do the restriction, then after achieving the goal, increase the amount (untuk selari dengan DCR) but never change the ratio of carb:protein:fat.. kalau masa nak kurus tu kita bersenam, pastikan dah kurus tu pun kena terus bersenam.. bak kata seseorang, sampai bila kita nak “mengira” kalori kan? senaman adalah cara terbaik untuk bakar kembali kalori, andaikata ada hari yang kita terlebih makan.
kawan2 dan sedara mara pon kadang2 boleh membunuh komitmen kita.. saya berjaya turunkan hampir 20kg.. masih belum mencapai BMI yang ideal pon tapi bila jumpa kawan2 dan sedara mara, kurusnya ko ni, tak makan ke, sakit ke, tak hensem la kurus nampak tulang macam ni, I like you yang chubby dulu, tengkorak berjalan dan macam2 lagi la.. kadang2 menyakitkan hati.. kena tabahkan hati, bukan diorang punya badan, bukan diorang yg tak boleh enjoy jalan2 bila badan berat, bukan diorang yang kena telan salbutamol sebelum tidor tiap2 malam untuk legakan nafas, bukan diorang yang dalam keadaan separuh mati terpaksa bawak kereta pukul 2-3 pagi cari klinik 24-jam untuk sedut gas..
slm. yes..saya pon hadapi bnda yg sama. ramai jugak kwn yg puji bila kurus. infact, i enjoy the compliments. dont you?? hhee. tapi byk jugak yg kata “aku suka daniel yg dulu, chubby, nmpak sihat” skg ” kepala besar la mcm2 lagi.. sdih gak.but then, badan kta, kita tau tahap kesihatan kita, so persetankan lah mereka. saya dah capai brt badan ideal. 80 t0 62 kg skg. tp sy still tak puas hati sbb ada buncit n “spare tyre” sikit.
pd saya, just do what u think right.people tak taw yg kita struggle with our berat ni dah brapa lama n we suffer a lot due to this fatness.now that we succeed in get rid of it we should be proud with it. berbanggalah, sbb we deserve it.kerja keras kot.
tapi u kna make sure la jgn smpai below normal BMI. kalau dah below tu tahap kurus kering sgt la pulak. hehe
cheers to being slim and healthy!!! =)
pedulikan apa yang orang nak kata.. kalau susah sangat, suruh saja diorang refer terus dengan blog ni.. :) cerita panjang2, kadang2 orang tak faham. yang pernah obese tu kita, kita je yang faham.
Input yang bagus. Muhasabah diri bagi yang sedang dalam proses menurunkan berat bdn mcm saya. Alhamdulillah, pertama kali membaca blog kamu, terus terinspirasi mau gaya hidup sehat dan skrg dah dapat turun kan 13kg dalam masa 2 bulan. Dgn tggi 170cm dan berat seblum 103, mmg dalam kategori ‘obese’. Terima kasih sbb terus menerus menyumbangkan input yang berkesan dan memberi inspirasi kepada ramai org. Terima Kasih.
sama2 NourMuhd, teruskan berjuang dengan sakit dan obesiti, kita nakkan budaya hidup yang sihat, terima kasih juga kerana menyokong blog SS :)
Masalah sy bukan gemuk, tapi perut ni bunchit la. Any advise selain sit up?
Saya dulu pun buncit jugak…tapi skrg x lagi…sit up takkan mengempiskan perut…lakukan kardio dgn betul..
wow. saya sangat suka entri ni. at least ada life evidence so kite boleh jadikan pengajaran.
terbaiklah SS!
Alhamdullilah….saya br je terjumpa blog ini, mmg saya tercari2 bahan bacaan tentang DIET ni, byk yg terjumpa diet dr oversea, bila baca di sini byk info yg bagus2…teruskan usaha ini…
memang bagus pun entri ni…byk sumber ilmu…gabungkan ilmu yg kita dpt dari SS maupun pun yg lain nya..kemudian gabungkan juga dari omputih..kita kumpul pada diri kita kemudian praktik kan..insyaalah berjaya..saya tinggi 1.72cm berat pernah capai 92kg..skrg 75kg…yg saya bersyukur ialah penurunan persen lemak dan kenaikan persen otot..pastu saya ajak kawan2 yg gemuk gemalai mcm saya dulu..alhmadulillah ..3 orang dh berjaya jugak..
salam,saya baru di sini minta tunjuk ajar..