Siri Khas Postur: Analisis Postur Anda! (Bah. 2)

Sambungan dari Siri Khas Postur (Bah. 1)

posturologyDalam artikel Bahagian 1 sebelum ini, saya ada menceritakan secara asas apa itu postur dan mengapa pentingnya untuk kita menjaga postur. Namun mesti ada di antara anda tertanya-tanya, bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui postur kita yang betul?

Senang sahaja. Malah ia tidak memerlukan modal yang banyak pun. Apa yang anda perlukan adalah CERMIN. Anda juga boleh menggunakan handphone berkamera atau kamera, atau jika anda tiada kedua-dua cermin dan kamera, mintalah bantuan rakan.

Nota: Penilaian ini adalah secara rawak, ianya mungkin tidak tepat kerana dilakukan oleh orang yang bukan bertauliah. Walaubagaimanapun, cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk lebih “alert” dengan masalah postur anda terutamanya jika ia melibatkan ketidakseimbangan otot.

Secara asasnya penilaian lebih mudah dilakukan apabila kita melihat dari bahagian sisi.  Posisi atau postur yang baik haruslah terdiri dari ‘point-point’ berikut berada pada satu garisan menegak yang sama (rujuk gambar).

postur-betul

Sekiranya terdapat salah satu point ini tidak berada pada garisan yang sama, itu bermaksud anda mempunyai masalah postur.

Jadi adakah postur anda berada dalam jajaran yang baik atau mungkin ‘alignment’ nya sudah lari? Penilaian di atas hanyalah merupakan salah satu contoh dalam mengenal pasti postur yang baik. Dalam Bahagian 3 nanti, saya akan kupas pula beberapa jenis-jenis postur dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya.

Bersambung…

Muhamad Bahagia

Biodata Penulis: Muhamad Bahagia bin Jemali adalah Jurulatih Peribadi, Terapi Senaman, Pengamal SMART (Spinal Motion Alignment and Restoration Technique) yang bertauliah di bawah naungan Malaysia Society For Complementary Medicine (MSCM). Pengalaman luas dalam bidang kecergasan dan kesihatan lebih 10 tahun telah menjadikan beliau seorang yang mahir dalam pergerakan (biomekanik) manusia. | Facebook 

*********************************************************

Kepada yang berminat menyertai seminar memantapkan ilmu diet dan senaman, ‘Sihat Holistik’, bolehlah menghubungi En. Muhamad (013-7277007). Masih ada kekosongan lagi untuk lokasi-lokasi berikut: Kemaman – 12 September 2014; Kuala Terengganu – 13 September 2014; Melaka – 20 September 2014. Maklumat lanjut boleh rujuk di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *