Siri Khas Postur: Jenis Postur (Bah. 3)

Sambungan dari Siri Khas Postur (Bah. 2)

Saya percaya ramai di sini yang sudah menjalankan sedikit analisa postur masing-masing berdasarkan penerangan saya dalam artikel sebelum ini. Jadi berapa ramai di kalangan anda yang mempunyai masalah postur? Dalam Bahagian 3 ini, saya ingin menjelaskan pula beberapa jenis masalah postur yang biasa terdapat dalam populasi kita pada hari ini.

postur-3a

Ada beberapa bentuk postur yang tidak baik yang sering dibincangkan.  Seperti yang sudah saya terangkan dalam Bahagian 1, jika anda tidak pasti mengenai jenis postur anda atau apa yang menyebabkan postur anda tidak berada dalam jajaran yang baik, anda boleh mendapatkan perkhidmatan dari mereka yang menjalankan terapi fizikal atau fitness professional. Mereka pastinya lebih arif menilai postur anda kerana mereka telah mempelajari penjajaran postur dan teknik pembetulan postur.

Secara amnya, terdapat 4 jenis postur yang terdapat dalam populasi manusia hari ini

1. Lordosis

2. Sway Back

3. Kyphosis

4. Scoliosis

.

Lordosis

Lordosis adalah lengkungan/lekukan (curve) yang besar berlaku pada bahagian tulang belakang (lumbar), yang mana pelviknya akan lebih condong ke bawah (anterior pelvic tilt) dan perut akan ditolak keluar.  Dalam bahasa pasarnya, orang panggil tonggek.

tonggek

Sway Back

Sama seperti Lordosis, Sway Back juga berlaku disebabkan lekukan membongkok di bahagian lower back. Namun berbeza dengan Lordosis, dalam kes Sway Back, lower back menjadi lebih rata dan terdapat posterior pelvic tilt.  Pelvis bergerak ke hadapan menyebabkan sendi pinggul ke hadapan dan back akan ke belakang untuk mengimbangi graviti.

sway-back

Kyphosis

Kyphosis disebabkan oleh lekukan/lengkungan di bahagian thoracic pada tulang belakang – satu lengkungan di bahagian belakang atas, dan belakang kelihatan bongkok atau bulat. Terdapat dua bentuk kyphosis iaitu disebabkan oleh postur kyphosis dan penyakit Scheuermann.

Kyphosis boleh terjadi disebabkan oleh postur yang tidak baik.

kyphosis

Scoliosis

Scoliosis adalah suatu keadaan di mana tulang belakang membengkok ke sebelah, sama ada ke kanan atau ke kiri.  Tahap kebengkokannya boleh diklasifikasikan sebagai sederhana kepada teruk.  Mana-mana bahagian tulang belakang boleh di bengkokkan disebabkan scoliosis, tetapi kawasan yang paling biasa ialah kawasan dada (thoracic scoliosis) atau bahagian bawah belakang (lumbar scoliosis) ini.

scoliosis

Setelah melihat beberapa jenis postur di atas, adakah kini anda mengetahui kategori postur anda?  Adakah anda sudah faham akan kepentingan menjaga postur dalam kehidupan kita?  Saya akan kupas satu lagi masalah yang AMAT LAZIM dan kadang-kadang menyebabkan anda berasa tidak selesa di bahagian tengkok dan kadang kala membuatkan anda sakit kepala. Tunggu sambungan Bahagian 4 dari saya.

Bersambung…

Muhamad Bahagia

Biodata Penulis: Muhamad Bahagia bin Jemali adalah Jurulatih Peribadi, Terapi Senaman, Pengamal SMART (Spinal Motion Alignment and Restoration Technique) yang bertauliah di bawah naungan Malaysia Society For Complementary Medicine (MSCM). Pengalaman luas dalam bidang kecergasan dan kesihatan lebih 10 tahun telah menjadikan beliau seorang yang mahir dalam pergerakan (biomekanik) manusia. | Facebook 

*********************************************************

Kepada yang berminat menyertai seminar memantapkan ilmu diet dan senaman, ‘Sihat Holistik’, bolehlah menghubungi En. Muhamad (013-7277007). Masih ada kekosongan lagi untuk lokasi-lokasi berikut: Kemaman – 12 September 2014; Kuala Terengganu – 13 September 2014; Melaka – 20 September 2014. Maklumat lanjut boleh rujuk di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *