Siri Khas Postur: Rawatan Postur (Bah. 6)

Sambungan dari Siri Khas Postur (Bah. 5)

Setelah 5 artikel Siri Khas Postur berlalu, kini tibalah kita pada kemuncak perbincangan berkenaan penjagaan postur iaitu rawatan. Harapan saya agar para pembaca semua sedikit sebanyak sudah tahu dan aware dengan apa itu postur dan peranannya dalam kesihatan kita. Sebelum saya pergi dengan lebih jauh, ingin saya jelaskan pada anda semua bahawa rawatan secara umumnya terbahagi kepada 2 iaitu:

  1. Perubatan Konvensional (Medical Conventional)
  2. Perubatan Komplementari (Complementary Medicine)

konven-komplimen

Perubatan Konvensional

Rawatan ini berdasarkan kajian dan penemuan saintifik pathologi penyakit manusia. Anda boleh dapatkan rawatan ini di hospital dan klinik menerusi pegawai perubatan yang bertauliah.  Mereka boleh melakukan diagnosis terhadap sesuatu penyakit di samping merawat dengan menggunakan ubat-ubatan juga pembedahan.

Perubatan Komplementari

Rawatan ini boleh dilakukan mengikut modaliti masing-masing. Ada yang menggunaan aura, ada menggunakan point-point tertentu pada bahagian badan (akupuntur, refleksologi, trigger point) dan berbagai jenis lagi. Beza golongan ini dengan pengamal perubatan konvensional adalah mereka (perubatan komplementari) TIDAK DIBENARKAN MEMBERIKAN APA-APA UBATAN dan TIDAK DIBENARKAN MELAKUKAN DIAGNOSIS. Di Malaysia, setiap pengamal seperti tukang urut dan sesiapa yang mengamalkan rawatan komplementari WAJIB berdaftar di bawah Malaysia Society for Complementary Medicine (MSCM).

S.M.A.R.T (Spinal Motion Alignment and Restoration Technique)

Salah satu modaliti yang saya gunakan untuk rawatan membetulkan postur adalah S.M.A.R.T. Objektif Utama S.M.A.R.T adalah membetulkan ritma pergerakan manusia.  Mengapa ritma pergerakan ini penting? Sebagai seorang Juru Terapi SMART, ilmu pengetahuan yang WAJIB dikuasai adalah anatomy, pergerakan dan biomekanik pergerakan.

Ritma pergerakan manusia adalah amat penting. Apabila seseorang mengalami kecederaan, mereka akan mengubah pergerakan mereka (seperti cerita Ali di Bahagian 1).  Apabila perubahan ritma berlaku, secara tidak langsung postur akan turut berubah dan otot tidak lagi bekerja mengikut tugasan yang sepatutnya.

Dalam rawatan S.M.A.R.T, klien tidak akan merasa sakit sepanjang rawatan dijalankan kerana sekiranya mereka berada dalam keadaan sakit, ototnya tidak akan berada dalam keadaan yang rileks dan proses untuk re-set memori otot bakal menjadi sukar.

Seperti yang dapat anda saksikan, kedua-dua gambar di bawah ini bukanlah dibuat-buat, sebaliknya client dalam kedua-dua gambar ini sedang berada pada posisi paling relaks. Bezanya, gambar sebelah kiri diambil sebelum rawatan S.M.A.R.T, manakala gambar pada sebelah kanan (client kelihatan lebih tegak) diambil setelah rawatan S.M.A.R.T. Rawatan ini cuma mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit sahaja.

client-smart

Seperti yang saya katakan pada Bahagian 5, saya akan melakukan sedikit demo untuk rawatan S.M.A.R.T kepada peserta seminar SIHAT HOLISTIK agar mereka dapat merasai sendiri pengalaman menjalani rawatan ini. Berdasarkan pengalaman saya, rawatan S.M.A.R.T untuk kali pertama mampu memberikan kesan pemulihan sehingga 70-80%.  Walaubagaimanapun, rawatan susulan amat penting dalam mendapatkan kesan yang maksimum dan berpanjangan.

Muhamad Bahagia

Biodata Penulis: Muhamad Bahagia bin Jemali adalah Jurulatih Peribadi, Terapi Senaman, Pengamal SMART (Spinal Motion Alignment and Restoration Technique) yang bertauliah di bawah naungan Malaysia Society For Complementary Medicine (MSCM). Pengalaman luas dalam bidang kecergasan dan kesihatan lebih 10 tahun telah menjadikan beliau seorang yang mahir dalam pergerakan (biomekanik) manusia. | Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *