Muhamad Bahagia

Siri Khas Postur merupakan siri khas yang ditulis oleh penulis jemputan, En Muhamad Bahagia Jemali, yang juga merupakan seorang pakar dan pengamal terapi senaman di Malaysia. Pengalaman beliau yang luas dalam bidang kecergasan, kejurulatihan dan terapi SMART membuatkan beliau amat mahir dengan anatomi dan pergerakan / biomekanik manusia.

Siri ini secara asas membincangkan betapa pentingnya seseorang itu menjaga postur tatkala melakukan rutin-rutin harian, kerana postur yang baik memastikan anda kekal sihat dan kuat walaupun sehingga ke hari tua. Siri Khas Postur dibahagikan kepada 6 bahagian, seperti di bawah.

Bahagian 1: Pengenalan
Bahagian 2: Analisis Postur Anda!
Bahagian 3: Jenis-jenis Postur
Bahagian 4: Pentingnya Menjaga Postur
Bahagian 5: Manusia Vs Kereta
Bahagian 6: Rawatan Postur