Smart Balance – Minyak Masak Sihat

Jika anda masih ingat, 3 tahun yang lalu, saya ada menulis sebuah entri khas berhubung tip untuk memilih minyak masak. Dalam entri tersebut (akses di sini), saya ada menekankan bahawa pentingnya kita untuk melihat 3 komposisi asid lemak yang terkandung di dalam satu-satu minyak masak iaitu:

1 – Minyak mono tak tepu (monounsaturated) – Terdapat kajian yang menyokong kebaikkan asid lemak jenis ini. 
2 – Poly tak tepu (polyunsaturated) – Kebanyakkan pakar berpendapat asid lemak ini adalah yang paling baik.
3 – Lemak tepu (saturated) – Sesetengah pakar berpendapat pengambilan asid lemak ini haruslah dikawal.

Ini kerana, keseimbangan nisbah asid lemak yang diambil menjamin kesihatan jantung, menerusi kawalan jumlah kolesterol dalam darah (terutamanya LDL, kolesterol jahat). Berdasarkan rumusan kajian terkini, rata-rata nutritionist bersetuju nisbah asid lemak yang baik untuk individu normal adalah 1:1:1 (mono tak tepu : poli tak tepu : tepu).

Minyak masak "Smart Balance". Apa kaitannya dengan pemilihan asid lemak yang seimbang?

Minyak masak “Smart Balance”. Apa kaitannya dengan pemilihan asid lemak yang seimbang? Teruskan membaca.

Walaupun saranan nisbah telah dikeluarkan, namun tak ramai yang betul-betul mahir dalam ‘mix and match‘ makanan mereka setiap hari. Minyak masak yang digunakan secara meluas di negara pula adalah minyak sawit yang mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang amat sedikit. Tambahan tak semua saya rasa makan ikan laut dan kekacang sihat seperti walnut. Kalau kita pergi cafe kolej, lauk ikan rebus adalah yang ‘paling sejuk’ berbanding ayam goreng panas.

Jadi di mana terletak keseimbangan itu? Mungkin untuk jangka masa pendek kita tidak akan merasa kesannya. Tapi cuba tengok 10 atau 20 tahun dari sekarang. Digabungkan dengan gaya hidup yang sedentary, tak mustahil ramai yang terdedah dengan sakit berkaitan jantung.

Pagi tadi saya sempat berkunjung ke pasaraya Tesco mencari barang keperluan. Dalam membelek-belek barang tu, saya tertarik dengan satu jenama minyak masak “Smart Balance”. Memandangkan ini pertama kali saya terdengar jenama itu, saya tertanya-tanya juga minyak masak ini berasal dari tumbuhan apa. Saya perhatikan ruangan maklumat zat makanan di belakangnya. Dan ini adalah hasilnya.

DSC_0633

Cuba perhatikan 3 asid lemak yang terkandung dalam minyak ini (anak panah kuning). Ia menepati nisbah 1:1:1 yang saya sebutkan tadi. Melihat pada kandungannya, minyak masak ini diformulasikan dari 3 jenis minyak berbeza iaitu minyak soya, minyak sawit, dan minyak canola.

DSC_0634

Pada sesiapa yang rasa pengambilan asid lemak tepu, mono tak tepu, dan poli tak tepu nya masih tidak seimbang, bolehlah mencuba produk baru ini. Harganya lebih mahal dari minyak sawit biasa (RM26.99, 3kg + 1 botol kecil), namun usah khuatir tentang harganya, kerana saya percaya ia amat membantu anda jika digunakan dengan betul.

Komen SS: Kalau guna minyak masak ini, tapi hari-hari masak ‘deep fried‘ pun tak guna juga. Beralih kepada cara masakan yang lebih menyihatkan, sekurang-kurangnya stir fried atau grilled. Nak deep fried boleh, tapi minimakan. Minyak yang terlalu panas atau digunakan secara berulang-ulang akan berubah komposisinya.

################################################

Ada sesiapa yang berminat untuk menyertai program “Sihat Holistik“? Masih ada kekosongan di 3 lokasi berikut: Melaka – 7 Jun; Seremban – 14 Jun; Seri Kembangan – 21 Jun 2014. Program ini akan membimbing anda satu-persatu dalam mencorak diet dan senaman yang betul, sesuai dengan matlamat anda (menurunkan berat badan, menaikkan berat badan, kecergasan). Maklumat lanjut berkenaan program ini boleh rujuk di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *