Soalan Pilihan 1: Produk ‘Fat Burner’
Seperti yang aku maklumkan di FB sebelum ini, pada minggu ini aku tidak akan menulis topik yang berat-berat memandangkan geng-geng SS yang lain sudah sepakat bahawa minggu ini harus digunakan sebaik-baiknya untuk menjawab berpuluh-puluh soalan pembaca yang tidak terjawab sebelum ini, sama ada yang terdapat di Email, FB, mahupun yang terdapat di ruangan komen setiap entri.
Namun, mungkin fitrah kehendak semulajadi seorang blogger, aku rasa seolah-olah tidak kena, seolah-olah jari jemari ini ketagih benar hendak menari pada papan kekunci laptop. Untuk mengatasi ketagihan ini, maka aku mengambil untuk memberikan sepatah dua kemaskini terhadap blog ini. dan atas saranan seorang pembaca bernama Evana Mendes, maka aku bercadang untuk memilih beberapa soalan yang aku rasakan patut dikongsikan di blog agar soalan tersebut tidak berkubur begitu sahaja. Mungkin boleh dijadikan rujukan oleh pembaca-pembaca baru SS suatu hari nanti.
Maka dengan itu, untuk entri pertama di bawah kategori “Soalan Pembaca” ini, aku memilih untuk berkongsi jawapan tentang soalan berkenaan produk “Fat Burner” atau “Pembakar Lemak”. sehingga minggu lalu sahaja ada 3 orang yang bertanya soalan yang sama berkenaan produk berasaskan “Fat Burner“.
Harap selepas ini tiada lagi kekeliruan berkenaan produk Fat Burner. Sekiranya selepas ini ada yang bertanya aku bagaimana cara untuk menggunakannya, dan tip berkaitan yang mampu memaksimumkan lagi pembakaran lemak, maaf, buat masa ini aku tiada jawapan itu. Secara peribadi aku tidak menggunakan Fat Burner kerana bagi aku ia membazir duit dan RM100 itu amat bermakna untuk pelajar sarjana yang miskin macam aku. Berguna untuk mendapatkan Six-pack? Below 10% body fat? Untuk apa semua itu, aku bukannya seorang model atau pelakon yang perlu menjaga badan untuk Fotoshoot mahupun shooting filem. Aku dah cukup bersyukur bila tahap kesihatan aku banyak berubah sejak mengamalkan gaya hidup berkualiti, malah stamina pun dah banyak meningkat.
.
Info terakhir berkenaan Fat Burner yang harus anda tahu:
- Pada pertengahan tahun 2009, FDA (Amerika Syarikat) telah mengeluarkan amaran supaya berhenti menggunakan produk Fat Burner berjenama Hydroxycut berikutan terdapat laporan masalah kesihatan yang serius oleh para penggunanya. Ini termasuklah 1 kematian yang telah direkodkan.
- Kebanyakkan Fat Burner yang berada di negara kita tidak mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebahagian daripadanya di bawa masuk dari luar oleh pihak-pihak tertentu, terutama individu persendirian yang mahu mengaut keuntungan, menyedari popularitinya yang kini meningkat naik.
- Tidak semua produk Fat Burner berkesan untuk semua individu dan seseorang mungkin perlu melakukan eksperimen, mencuba produk yang mana satu berkesan untuk beliau. Produk A mungkin berkesan untuk Senah, tetapi tidak pada Ali. Produk B pula mungkin berkesan untuk Ali, tetapi tidak kepada Senah.
Saya sokong masalah kewangan.. hehe =) kalau free mungkinlah kalau bayo.. cik senah tarik diri awal-awal
nak selim suka refer kat sini
nak sihat n slim,forever!
kesimpulannye…tak payah makan..
SS adakah kita membakar lemak hanya apabila heart rate kita meningkat? kenapa jadi begitu?
Adakah kita hanya membakar lemak selepas perut kosong dalam 4 jam dan 20 minit aktiviti heart rate meningkat?
waaa…..i punya soalan masuk dalam blog u SS, femes sekejap..ahaks
betul laa. biar rajin. sikit sikit pun tak apa. janji istiqamah(berterusan)
Just to share some info…
hydroxycut is using gelatin for the pils so mostly xde halal certificate…
so elok jauhkan le… klu i GNC pun klu salesman tu malayu diorang akan advise mende ni…
klu nak selamat sikit guna Lipo 6, oxyelitepro or grenade.
betul ckp SS, klu amik fat burner kena workout baru ada effect sbb dia boost kita punya metabolisme,sweating like a pig..
antara side effect dia badan panas dan cepat marah sbb heart rate pump faster…
for me mmg terbukti sbb my weight lost mmg rapid for the first 2-3 month, skang ni slow skit sbb banyak buat weight training dan less cardio…
just my 2 cents..
hari ni saya mendapat result untuk urine mikroalbumin test..terkejut bila cretinen tingga 2x dari paras normal..ni semua kesan atkin diet…boleh merosakan kidney..so terpaksa kurangkan protin ke 4 hidangan sehari..klu ss ada resipi tolong le fwd kn
Salam sejahtera & Salam Sihat !
Saya ada kawan yang bekerja sebagai staff nurse di dyalisis dan dia telah pon memperoleh sijil post basic dalam penjagaan renal . Dia ada berpesan kepada saya bahawa ramai orang muda sekarang ni sudah pun mendapat sakit buah pinggang kerana pengambilan ubat kurus yang keterlaluan ..
MAKAN UBAT KURUS + TAK SENAM + KURANG MINUM AIR = HEAVY WORKLOAD PADA BUAH PINGGANG = KIDNEY FAILURE ..
kalau nak ambil ubat kurus boleh tapi kene tengok jugak la ada approval from FDA atau KKM .. eloknya yang berasaskan herba ..
saya sendiri ada ambil fat burner tapi saya selalu ingatkan diri saya ambil x lama lebih drp tempoh 3 bulan .. waktu pengambilan fat burner harus disertakan sekali WAJIB EXERCISE + WAJIB MINUM AIR at least 2 LITER ! lepas 3 bulan saya rehat drp ambil fat burner .. buah pinggang hanya ada 2 .. itu je nak pakai selama-lamanya ..
fikir-fikirkan la .. terima kasih & selamat berdiet sihat semuanya !
Terima kasih atas perkongsian :)