Statistik Obesiti di Malaysia (2006-2011)

Entri kali ini, SS ingin berkongsi trivia statistik terkini berkenaan obesiti di Malaysia. Tapi sayangnya SS tak pandai nak buat sebuah info-grafik yang cantik, padat dan berinformasi macam yang orang lain selalu buat tu (kalau ada yang nak tolong buat, amat dialu-alukan).  Apa-apa pun buat masa ini kalau di susun dalam bentuk entri begini pun kira OK juga kan?

Statistik obesiti mengikut negeri

1 – Kelaziman di sini bermaksud kebarangkalian untuk satu-satu kes itu berlaku dalam populasi tersebut. Semakin tinggi nilai peratus kelaziman, semakin cenderung (tinggi kebarangkalian) sesuatu kes itu berlaku.

2 – Adalah amat mengejutkan apabila negeri yang kecil seperti Perlis mempunyai kelaziman obesiti paling tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia (21.7%). Ini mungkin disebabkan budaya hidup masyarakat di sana yang memandang ringan aspek beriadah, juga gaya hidup yang kurang aktif. Tidak menolak kemungkinan juga budaya sering menggunakan gula ketika memasak turut menjadi penyebab utama.

3 – Negeri lain yang terkenal dengan masakan dan makanan yang manis, Kelantan, menduduki tempat ke-4 kelaziman obesiti paling tinggi (16.2%), di belakang Selangor dan Melaka yang masing-masing sekitar 17% kelaziman obesitinya.

4 – Kelaziman obesiti bagi negeri-negeri lain berada di tahap sederhana (13% – 16%), namun tak mustahil untuk meningkat sekiranya tidak dibendung.

5 – Berdasarkan data ini, Sabah adalah negeri yang paling sihat dengan kelaziman obesiti hanyalah sebanyak 10.6%, iaitu separuh dari kelaziman obesiti negeri Perlis (ironinya Sabah jauh lebih besar saiz populasinya berbanding Perlis).

Jantina yang Berisiko?

Pada tahun 2006, sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia mendapati perempuan lebih cenderung untuk obese (kelaziman 17.4%) berbanding lelaki (kelaziman 10.0%). Hasil kajian ini masih kekal relevan sehingga tahun 2011 (disokong oleh WN Mohamud et. al, 2011).

Kaum yang berisiko?

Hasil kajian pada tahun 2006 menunjukkan kaum Melayu dan India lebih cenderung untuk memiliki berat badan obese (masing-masing kelaziman sebanyak 13.6% dan 13.5%) berbanding kaum Cina (kelaziman 8.5%). Namun setelah 5 tahun berlalu (2011), angka ini terus bertambah sehingga lebih 23% untuk kaum India dan Melayu, sedangkan kaum Cina terus kekal rendah dengan kelaziman hanya 8.2% sahaja. Ini mungkin menjelaskan mengapa negeri tinggi populasi kaum Cina seperti Pulau Pinang mempunyai kelaziman obesiti kedua terendah selepas Sabah (12.8%).

Adakah ini menunjukkan kaum Melayu dan kaum India kurang peka dalam menjaga kesihatan dan mengamalkan senaman sebagai sebahagian dari gaya hidup, berbanding kaum Cina?

Umur yang berisiko?

Hasil kajian yang sama juga menunjukkan mereka yang berumur 40 tahun ke atas lebih cenderung untuk obese berbanding mereka yang tergolong dalam usia ‘belia’. Hal ini bukan saja boleh dilihat di Malaysia, bahkan di negara-negara lain. Antara faktor yang menjurus kepada hal ini adalah disebabkan penurunan kadar metabolisma apabila usia meningkat (umur sebahagian dari variable pengiraan BMR, apabila umur bertambah, BMR akan menurun). Di samping itu, diet dan gaya hidup juga memainkan peranan yang besar.

Kanak-kanak juga berisiko?

Hasil kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi kajian bertajuk “Prevalence of obesity among children” pada tahun 2008 menunjukkan peningkatan kadar obesiti sehingga 30% di kalangan kanak-kanak berusia 6-12 tahun, berbanding tahun-tahun sebelumnya.

SUMBER RUJUKAN:
[1] Mohammad Nor et. al, 2006The Third National Health and Morbidity Survey (NHMS III) 2006: nutritional status of adults aged 18 years and above.
[2] Rampal et. al, 2007A National Study on the Prevalence of Obesity among 16,127 Malaysians. 
[3] WN Mohamud et. al, 2011Prevalence of overweight and obesity among adult Malaysians: an update.

Comments

  1. By labu sayong

    Reply

  2. By orang

    Reply

  3. By ika

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *