Sungai Ci Tarum terkotor di dunia

Bagaimana tahap kesihatan mereka yang tinggal di kawasan seperti ini? Sanggupkah anda tinggal di kawasan seperti ini? Hanya di Indonesia.

Awal hari ini aku telah didedahkan dengan isu yang sudah berpanjangan sejak sekian lama, sebuah masalah yang belum diselesaikan. Prof yang bertanggungjawab menyampaikan kuliah tersebut memberitahu isu ini sedang berlegar-legar di kalangan penyelidik-penyelidik di bahagian pengurusan air, sedangkan bila aku ‘google‘ hal ini tengahari tadi, kelihatannya isu ini sudah timbul sejak tahun 2007 lagi. Agaknya mengapa masih belum ada tindakan yang diambil?

Sedikit maklumat mengenai sungai Ci Tarum ini buat mereka yang tak tahu, ia merupakan sungai yang terpanjang (300km) di wilayah Jawa Barat, Indonesia. Sejak kurun ke-4 lagi (lama dah), ia telah menjadi nadi kepada penduduk-penduduk di kawasan sekitarnya. Ini termasuklah membekalkan air sebagai minuman, membekalkan sumber protein seperti ikan, berfungsi sebagai laluan terpenting untuk urusan seharian, juga sebagai tempat untuk membersihkan badan dan beristinjak (berak).

Sungai Ci Tarum, sekitar 1920-an… masih nyaman kok!

Itu kisah sungai Ci Tarum kira-kira 100 tahun yang lalu. Menjelang tahun 1980-an, kebersihannya mula tidak dijaga lagi. Sama juga kesnya seperti kegemukan di kalangan manusia, mimpi ngeri sungai Ci Tarum tidak berlaku hanya dalam sehari, semalam, atau sebulan. Ianya mengambil masa selama bertahun-tahun untuk menjadi seperti di bawah.

Mencari rezeki…

Sungai sampah!

Membersihkan, atau sekadar mencari rezeki?

Membersihkan, atau sekadar mencari rezeki?

Persoalannya, di mana kesedaran penduduk setempat? Menurut Prof yang berkenaan, pencemaran sungai terjadi disebabkan beberapa faktor:

  1. Pengurusan sisa buangan (sampah dan najis) yang lemah
  2. Kurang kesedaran terhadap pemeliharaan sungai di kalangan penduduk
  3. Kurang penguatkuasaan terhadap pemeliharaan sungai oleh pihak berwajib
  4. Kualiti air dan ekosistem yang semakin merosot

Aku tak mahu komen jauh-jauh, cuma ingin menyentuh 2 aspek pertama di atas yang lebih menjurus kepada sikap masyarakat itu sendiri. Adakah mereka fikir mereka masih tinggal di kayangan mereka sendiri, buat sesuatu perkara tanpa memikirkan impaknya terhadap komuniti yang lain? Atau adakah mereka terlalu malas berfikir jauh dan hanya mempraktikkan apa yang di ajar oleh generasi terdahulu?

Jangan anda terkejut jika aku memberitahu bahawa majoriti daripada mereka masih menyimpan budaya untuk berak dengan sesuka hati di pinggir sungai berdekatan rumah. Sedangkan kucing sendiri tahu untuk mengambus tahinya sendiri selepas membuang, tetapi manusia-manusia ini mungkin terlalu malas untuk ‘menutup’ tahinya sendiri lalu dibiarkan terdedah kepada alam sekitar.

Video berikut merupakan tinjaun yang dilakukan terhadap penduduk di sebuah kawasan pinggir bandar di Indonesia. Dalam video ini ditunjukkan bagaimana usaha mereka untuk memberi kesedaran terhadap penduduk-penduduk ini agar ‘bijak’ menguruskan tahi masing-masing dengan cara yang terhormat, atau mereka akhirnya hanya akan meminum air bancuhan tahi mereka sendiri! Video berikut mungkin sesuai ditonton oleh mereka yang memiliki nafsu makan yang meluap-luap macam puaka kebulur, manalah tahu selera makan anda akan berkurang selepas itu kan (ok, aku bergurau saja).

Gaya hidup apakah ini? Sila jelaskan!!

Melihat saja video ini, aku yakin bahawa sungai Ci Tarum bukan sahaja sudah dicemari oleh sampah sarap, tetapi juga tahi-tahi manusia seperti ini. Situasi ini mengingatkan aku kepada Sungai Ganges di India, yang mana sungai ini dianggap suci oleh penduduk setempat di sana, tetapi hakikatnya mengandungi trillion bakteria, majoritinya merbahaya dan kebanyakkannya hadir dari badan dan tahi-tahi mereka sendiri. Ini kenyataan, kajian beberapa NGO sudah membuktikannya. Malah jangan anda tak tahu, di Malaysia juga ada masalah seperti ini, cuma keadaannya masih terkawal.

Top komen terhadap video berkenaan di Youtube

Komen SS: Ini ulasan Donny Azdan (Direktur Pengairan dan Irigasi Bappenas ) berkenaan usaha untuk memulihkan sungai Ci Tarum, “Sebenarnya dana yang dikucurkan untuk menangani masalah Citarum sampai 2009 sudah sangat besar yaitu sebesar $ 3,4 miliar atau sekitar Rp 3,4 triliun. Namun dana itu banyak terpotong disana-sini oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab, sehingga masalah Citarum tidak selasai-selesai.

Sekarang anda tahu mengapa isu ini masih belum dapat diatasi sepenuhnya.

Comments

  1. By labu sayong

    Reply

  2. Reply

  3. By nina lee daud

    Reply

  4. By Mira Amirah

    Reply

  5. By fathoni

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *