‘Super Mass Gainer’ meal @ Mamak

Tempoh hari aku ada kongsikan dengan para pembaca akan tips untuk menambah berat badan buat mereka yang kurus. Setelah difikir-fikir kembali, aku rasa tidak lengkap jika aku tidak kongsikan dengan para pembaca bagaimana rupanya hidangan makan tengahari untuk mereka yang ingin menaikkan berat badan. Tidak perlu bersusah payah untuk membeli Appeton Weight gain atau produk-produk yang lain, kerana produk-produk sedemikian memang tidak dinafikan membantu, namun jika pengambilan kalori harian masih rendah, jangan haraplah berat badan tu akan naik, tidak kira berapa jenis supplemen yang anda ambil.

Tengahari tadi aku singgah di sebuah kedai mamak – ya, aku memang suka kedai mamak kerana:

1Majoritinya memberikan layanan yang bagus – di saat anda melabuhkan punggung di atas kerusi, datanglah sebentuk lembaga lalu bersuara, “minum apa bos?”

2Suka tengok gelagat pelayan-pelayannya – disamping mempunyai masalah komunikasi yang tidak berapa kronik, aku suka tengok gelagat dan cara percakapan mereka. Pernah sekali kawan aku pesan ayam goreng drumstick, pelayan tu cakap “ok, drumstick ada”. Aku sengaja follow belakang dia, tengok dia tengah tercari-cari, terbelek-belek selonggok ayam goreng sambil menyanyi “drumstick.. drumstick..”, padahal dah berapa kali dia belek drumstick. Sambil menahan gelak, aku panggil kawan aku tu, “weh, baik ko datang sini. Dia tak tahu mana satu drumstick” :D

3Sangat dekat di hati rakyat Malaysia – Aku pernah duduk (belajar) di US yang kaya dengan budaya “makan luar” (eat out), maka oleh itu US ni kaya dengan restoran-restoran makanan segera (Fast Food Outlet). Apa yang ada di Malaysia seperti KFC, McD, Subway, Papa John, Chilli’s, hanyalah secebis daripada koloni-koloni fast food yang ada di US. Dan mamak di Malaysia ini, bagi aku adalah analogi kepada fast food yang ada di US – ini tempat melepak wajib bagi orang Malaysia.

Berbalik kepada cerita makanan tengahari, inilah makanan tengahari aku sejak minggu lepas ketika di Mamak.

“Super Mass Gainer” meal @ Mamak, pandangan serong 20 darjah.

“Super Mass Gainer” meal @ Mamak, pandangan atas.

Aku namakan hidangan ini sebagai “Super Mass Gainer” meal @ Mamak – nilai kalori hidangan ini adalah sekurang-kurangnya 700kcal.

Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam hidangan ini? Mari kita lihat satu persatu:

1Nasi putih, 3 genggam lelaki seperti aku (dalam 200g) yang memberikan anda 63.9g karbohidrat. Ini sumber tenaga utama anda.

2 – Seketul ayam madu (tanpa kuah) bahagian dada (isi putih) yang memberikan anda 27g protein, sumber penting untuk pertumbuhan otot.

3 – Sebiji telur rebus, yang memberikan anda 6.3g protein untuk pertumbuhan otot. Selain itu, telur kuning juga kaya dengan lemak tepu (saturated fat) dan kolestrol – kedua-dua ini adalah ramuan utama untuk hormon steroid (untuk pertumbuhan) seperti testosteron. Lagi sekali, ini membantu kepada pertumbuhan otot.

4 – Sedikit kuah dhal bercampur kentang, memberikan anda kira-kira 10g karbohidrat (juga 3g protein) disamping karbohidrat utama iaitu nasi.

5 – Semangkuk sayur bayam goreng, ini sumber fiber/serat anda, juga memberikan anda 10g karbohidrat dan 7g protein.

6 – Oh ya, bagaimana pula dengan lemak? Setelah diambil kira dari semua kelima-lima hidangan di atas, lemak dalam hidangan ini ialah kira-kira 20g.

Berikut adalah rumusan daripada maklumat-maklumat di atas: Karbohidrat 84g, Protein 43g, Lemak 20g – nisbah nilai ini adalah sama seperti yang tertulis dalam kebanyakan makanan tambahan (weight gainers) iaitu Karbohidrat = 2x Protein, dan Protein = 2x Lemak. Setel, hidangan ini adalah contoh makanan seimbang untuk menaikkan berat badan.

Harganya? Hanya RM6 sahaja, sebab aku minum air kosong. Yang lain pun aku harap minumlah air kosong juga yea, because sugary drinks is not good even for weight gaining purposes. Kita kalau nak naik berat, biarlah yang banyak naik tu otot, bukannya lemak, ok?

Untung restoran mamak ni, dapat free promotion dari Susu Sejat. Agak-agak anda tahu tak mana lokasi kedai mamak ni? :p

Comments

  1. By attiesya

    Reply

  2. By Joy Kalonas

    Reply

  3. By Anonymous

    Reply

  4. By cheeze

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *