Susu Kacang Soya ‘Kurang Manis’?

Bulan puasa sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan berbagai jenis minuman sebagai pembasah tekak dan pengisi gula darah, dan ini termasuklah minuman berasaskan susu kacang soya. Susu kacang soya sememangnya antara minuman yang popular di kalangan masyarakat Malaysia meskipun sejak kebelakangan ini ia diselubungi sebaran berkenaan kandungan phytoestrogen nya yang tak berapa signifikan itu.

Ada susu kacang soya yang disediakan sendiri dan dijual oleh peniaga kecil (pilihan yang lebih baik memandangkan kita boleh kawal sendiri kandungan gulanya disamping ketiadaan penggunaan bahan pengawet) dan ada juga produk susu kacang soya yang dipekkan secara UHT dan boleh dibeli di pasaraya.

3 tahun yang lalu, saya ada membuat satu review berkenaan pemilihan jenama susu kacang soya. 3 jenis produk di bawah jenama Drinho digunakan dalam mini review ini, namun objektif sebenar entri ini sebenarnya lebih menjurus kepada langkah-langkah atau tip dalam memilih minuman yang benar-benar berbaloi untuk keperluan nutrisi dan money (duit). Dalam entri kali ini, saya cuba untuk memperkembangkan review ini dengan menggunakan lebih banyak produk yang ada di pasaran.

soya-at-tesco

Beberapa hari yang lalu saya berkesempatan untuk singgah ke Tesco dan membuat tinjaun rambang beberapa produk susu kacang soya yang dijual di sana. Hasilnya saya berkesempatan untuk meneliti 13 jenama susu kacang soya yang berbeza untuk tujuan review kali ini. Saya rumuskan data berkenaan 13 produk susu kacang soya ini dalam jadual berikut (klik untuk besarkan):

jadual

Dalam memilih produk yang paling baik untuk pengguna, saya menetapkan 5 kriteria yang perlu diambil perhatian ketika memilih susu kacang soya.

1. Nilai Kalori untuk 100mL
2. Jumlah Gula dalam setiap 100mL
3. Jumlah Protein dalam setiap 100mL
4. Jumlah Lemak dalam setiap 100ML
5. Harga yang perlu dibayar untuk setiap gram Protein (faktor berbaloi untuk wang)

Dalam kelima-lima kriteria ini, saya akan mengelaskan nilai-nilainya berdasarkan pengelasan berikut; jika di antara 13 produk ini, bacaan untuk satu-satu kriteria adalah tertinggi, maka ia akan dilabel merah, manakala ia akan dilabel hijau jika sebaliknya. Kecuali untuk satu sahaja kriteria iaitu jumlah protein (3), jika di antara 13 produk ini jumlah protein yang dibekalkan satu-satu produk itu adalah tertinggi, maka ia akan labelkan hijau. Nilai yang dilabel biru pula saya sifatkan sebagai yang kedua terbaik selepas hijau.

Secara asasnya, jika untuk kelima-lima kriteria itu produk tersebut mendapat banyak nilai merah, maka ia boleh disifatkan sebagai kurang berbaloi, sebaliknya jika untuk kelima-lima kriteria itu produk tersebut mendapat banyak nilai hijau atau biru, maka ia boleh disifatkan sebagai pembelian yang bagus. Kenapa saya perlu bersusah-payah untuk menyediakan review seperti ini? Ini kerana banyak produk yang menggunakan label “kurang manis” sedangkan kandungan gula yang ada langsung tak menggambarkan yang ia kurang manis.

Justeru berdasarkan jadual yang dilampirkan, anda bolehlah membuat penilaian anda sendiri berkenaan produk mana yang kurang berbaloi (terlalu banyak kriteria yang dilabel merah) dan yang mana lebih berbaloi (lebih banyak kriteria yang dilabel hijau dan biru) untuk anda.

1 – Marigold Soya Bean Drink (1L = RM2.00)
a

2 – Marigold Soya Bean Milk (1L = RM2.70)
b

3 – F&N Seasons Soya Bean Milk Nutri Soy (1L = RM1.80)
c

4 – F&N Seasons Soya Bean Milk Kurang Manis (1L = RM2.00)
d

5 – Drinho Susu Kacang Soya Kurang Manis (1L = RM1.80)
e

6 – Drinho Homesoy Asli (1L = RM2.20)
f

7 – Drinho Homesoy Organik (1L = RM5.20)
g

8 – Yeo’s Susu Soya Kurang Manis (1L = RM2.00)
h

9 – Yeo’s Susu Soya Hitam (1L = RM2.80)
i

10 – Yeo’s Soyrich Asli (1L = RM1.80)
j

11 – Yeo’s Soyrich Tanpa Tambahan Gula (1L = RM3.50)
k

12 – Delite Susu Soya (1L = RM2.00)
l

13 – V-soya Original (300ml = RM1.80)
m

Rumusan Tambahan:

1 – Di antara 13 produk yang disenaraikan, kebanyakan menyenaraikan penstabil makanan (food conditioner) sebagai salah satu ramuannya, KECUALI Drinho Homesoy Organic dan Yeo’s Soyrich Asli. Perlu diingatkan di sini bahawa penstabil makanan bukan nutrien yang diperlukan tubuh badan. Ia adalah sejenis additives, biasanya digunakan supaya bahan-bahan yang ada dalam makanan/minuman tersebut mudah sebati.

2 – Sepatutnya ada satu lagi produk yang yang boleh dimasukkan dalam sampel review ini iaitu jenama ‘Soyfresh’. Namun pada tinjauan tempoh hari saya tak jumpa sebarang produk di bawah jenama ‘Soyfresh’, sedangkan pada hemat saya ia juga merupakan salah satu produk susu kacang soya yang sepatutnya mendapat banyak label hijau untuk kelima-lima kriteria.

Comments

  1. By BubbleBee

    Reply

    • By frenchy

      Reply

  2. By zuraida

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *