Susu Sejat makan nasi

Kadang-kadang tak faham juga, kenapa orang kita takut sangat nak makan nasi. Dulu rasanya aku dah tegur golongan-golongan orang tak makan nasi ni menerusi entri “Kenapa Takut Nasi“. Kalau ada yang dah sedar, syukurlah. Tapi kalau ada yang masih takut dan ragu-ragu, aku rasa anda perlukan bimbingan jurulatih peribadi yang akan berdiri di depan anda dan cakap, “Cik Lisa Surirumah, tolonglah makan nasi sebanyak bla.. bla.. bla.. sekerap bla.. bla.. bla.. sehari.. berserta bla.. bla.. bla..” Mungkin dengan cara ni sahaja kot, baru lah anda nak percaya kan?

Aku tak nak mengulang cakap perkara yang sama, sebab rasanya dah berbuih mulut ni cakap perkara yang sama. Tetapi andaikata anda perlukan sebab mengapa aku bersusah payah mempromosikan “makan nasi untuk turun berat badan”, sila ulangkaji kembali entri ini, ok?

Berbalik pada tajuk entri ini, benar, aku memang makan nasi hampir setiap hari. Untuk pengetahuan anda semua, pada ketika ini aku sudah tidak mempunyai matlamat yang spesifik sama ada untuk naik atau turunkan berat badan. Aku kini hanya perlu mengekalkan berat badan sedia ada disamping bersenam untuk mengekalkan kecergasan sedia ada. Bukan kerana aku sudah mendapat six-pack, atau kerana aku sudah berputus asa untuk mendapatkan six-pack, tetapi aku rasakan perlunya rehat dari sebarang program untuk sementara waktu dan mengamalkan fasa hidup yang normal seperti diri aku ketika aku belum mengenal sebarang ilmu berkenaan diet; cuma bezanya kali ini, aku lebih berwaspada.

Berwaspada yang bagaimana tu? Jawapan aku tetap sama, yakni fokus pada kualiti (nutrisi seimbang) dan kuantiti (ketahui kalori yang bakal masuk ke dalam mulut). Selain daripada makan nasi campur yang biasa, di sini aku nak kongsikan beberapa modifikasi nasi yang aku akan makan bersama lauk (sumber protein) dan sayuran (sumber alkaline/vitamin/serat).

Umum sedia tahu yang aku ni memang hantu ayam tandoori. Tapi kadang-kadang tu bosan juga jika ayam tandoori ni asyik dimakan bersama dengan roti naan. Maka dengan itu aku mengambil inisiatif sendiri dengan mengubah suai sedikit hidangan ini menggantikan roti naan dengan nasi. Tambahan juga G.I nasi adalah lebih rendah berbanding roti naan. Mungkin ada yang cakap, “apa la encik SS ni, pergi makan nasi buat apa? baik makan roti naan, nanti gemuk baru tahu“. Terpulanglah apa dia nak cakap, aku dah berbuih mulut kot mengulang cakap benda yang sama.

Menu seperti ni biasanya aku ambil selepas aku belajar berenang pada hari Sabtu bersama Aquadolf. Ada acar timun (yang ni kurang manis sikit, aku suka), dada ayam goreng (boleh dapat sekurang-kurangnya 25g protein), nasi 2-3 senduk dan kuah dhal banjir (ada protein juga). Memang hidangan ini berkalori tinggi kerana aku sememangnya agak penat selepas berenang selama sejam. Air? Ais kosong sudah.

Last but not least, Nasi ayam. Tapi aku perhatikan peniaga-peniaga nasi ayam kat Malaysia ni kemut sikit nak bagi ayam dalam kuantiti yang lebih. Kadang-kadang tu, alahai cinonet nya isi ayam yang mereka bagi, tapi pandai ‘cover‘ dengan meletakkan nasi yang banyak macam nak bagi puaka makan. Kebiasaannya, kalau aku makan nasi ayam, aku akan minta agar ayam digandakan (2 ketul dada ayamlah senang cerita), kemudian aku juga akan pesan semangkuk sup bayam (sumber alkaline yang kaya dengan protein tumbuhan), dan macam biasa, air tu ais kosong sudah.

Burpppp… Alhamdulillah..

Comments

  1. By iza murni

    Reply

  2. By aziah

    Reply

  3. By Akma Nurul Aisya

    Reply

    • Reply

      • Reply

  4. By fyza

    Reply

  5. By nay

    Reply

    • Reply

  6. By Fiffy

    Reply

    • Reply

  7. By kak sue

    Reply

    • Reply

  8. By Nurin

    Reply

    • Reply

  9. By Anis

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *