Susu Sejat makan nasi
Kadang-kadang tak faham juga, kenapa orang kita takut sangat nak makan nasi. Dulu rasanya aku dah tegur golongan-golongan orang tak makan nasi ni menerusi entri “Kenapa Takut Nasi“. Kalau ada yang dah sedar, syukurlah. Tapi kalau ada yang masih takut dan ragu-ragu, aku rasa anda perlukan bimbingan jurulatih peribadi yang akan berdiri di depan anda dan cakap, “Cik Lisa Surirumah, tolonglah makan nasi sebanyak bla.. bla.. bla.. sekerap bla.. bla.. bla.. sehari.. berserta bla.. bla.. bla..” Mungkin dengan cara ni sahaja kot, baru lah anda nak percaya kan?
Aku tak nak mengulang cakap perkara yang sama, sebab rasanya dah berbuih mulut ni cakap perkara yang sama. Tetapi andaikata anda perlukan sebab mengapa aku bersusah payah mempromosikan “makan nasi untuk turun berat badan”, sila ulangkaji kembali entri ini, ok?
Berbalik pada tajuk entri ini, benar, aku memang makan nasi hampir setiap hari. Untuk pengetahuan anda semua, pada ketika ini aku sudah tidak mempunyai matlamat yang spesifik sama ada untuk naik atau turunkan berat badan. Aku kini hanya perlu mengekalkan berat badan sedia ada disamping bersenam untuk mengekalkan kecergasan sedia ada. Bukan kerana aku sudah mendapat six-pack, atau kerana aku sudah berputus asa untuk mendapatkan six-pack, tetapi aku rasakan perlunya rehat dari sebarang program untuk sementara waktu dan mengamalkan fasa hidup yang normal seperti diri aku ketika aku belum mengenal sebarang ilmu berkenaan diet; cuma bezanya kali ini, aku lebih berwaspada.
Berwaspada yang bagaimana tu? Jawapan aku tetap sama, yakni fokus pada kualiti (nutrisi seimbang) dan kuantiti (ketahui kalori yang bakal masuk ke dalam mulut). Selain daripada makan nasi campur yang biasa, di sini aku nak kongsikan beberapa modifikasi nasi yang aku akan makan bersama lauk (sumber protein) dan sayuran (sumber alkaline/vitamin/serat).
Umum sedia tahu yang aku ni memang hantu ayam tandoori. Tapi kadang-kadang tu bosan juga jika ayam tandoori ni asyik dimakan bersama dengan roti naan. Maka dengan itu aku mengambil inisiatif sendiri dengan mengubah suai sedikit hidangan ini menggantikan roti naan dengan nasi. Tambahan juga G.I nasi adalah lebih rendah berbanding roti naan. Mungkin ada yang cakap, “apa la encik SS ni, pergi makan nasi buat apa? baik makan roti naan, nanti gemuk baru tahu“. Terpulanglah apa dia nak cakap, aku dah berbuih mulut kot mengulang cakap benda yang sama.
Menu seperti ni biasanya aku ambil selepas aku belajar berenang pada hari Sabtu bersama Aquadolf. Ada acar timun (yang ni kurang manis sikit, aku suka), dada ayam goreng (boleh dapat sekurang-kurangnya 25g protein), nasi 2-3 senduk dan kuah dhal banjir (ada protein juga). Memang hidangan ini berkalori tinggi kerana aku sememangnya agak penat selepas berenang selama sejam. Air? Ais kosong sudah.
Last but not least, Nasi ayam. Tapi aku perhatikan peniaga-peniaga nasi ayam kat Malaysia ni kemut sikit nak bagi ayam dalam kuantiti yang lebih. Kadang-kadang tu, alahai cinonet nya isi ayam yang mereka bagi, tapi pandai ‘cover‘ dengan meletakkan nasi yang banyak macam nak bagi puaka makan. Kebiasaannya, kalau aku makan nasi ayam, aku akan minta agar ayam digandakan (2 ketul dada ayamlah senang cerita), kemudian aku juga akan pesan semangkuk sup bayam (sumber alkaline yang kaya dengan protein tumbuhan), dan macam biasa, air tu ais kosong sudah.
“Burpppp… Alhamdulillah..“
ahaiii..cinonetnyeeee….hehehee….
saya pon makan nasi…plus saya ajar jiran sy supaya mkn nasi mcm biasa tp kuantiti dikurangkan…dia nk turunkan berat…tgk cmne nnti..harap menjadi…hihi
entri kali ni rilek skit bace. hehe
Saya perlukan komen saudara sususejat mengenai artikel ini.
http://www.runnersworld.com/article/0,7120,s6-242-303-307-9048-0,00.html
Terima Kasih…
Thanks Akma for such an interesting fact.. sebelum saya komen lebih lanjut, saya nak tanya Akma pernah tengok video the arrivals yang di share di facebook baru2 ni? Dalam video tersebut ada disebutkan bahawa zaman Paleo atau Meso ni tak pernah wujud pun dalam sejarah peradaban manusia (semua tu pembohongan barat semata-mata). Tambahan, sejak zaman Nabi Adam lagi tamadun manusia sudah pun di ajar dengan peradaban yang hampir kita familiar masa kini. Sebagai contoh, ketika peristiwa bahtera Nabi Nuh, saya rasa ketika tu manusia sudah pandai bercucuk tanam. Ini termasuklah sumber-sumber yang boleh dijadikan makanan ruji (karbohidrat), kerana keperluan makanan ruji merupakan faktor utama mengapa manusia bercucuk tanam. Ini sekadar pendapat saya sahaja cik Akma. Kadang-kadang tak semua yang datang dari barat tu betul, mungkin kita boleh ambil sebahagian yang betul, itu pun setelah ditapis dengan sumber-sumber yang boleh kita percayai (i.e al-quran) :)
saya setuju dengan Joy Kalonas
amalkan sunnah nabi puasa isnin & khamis..
betul tu :)
Sory maybe soalan sy ni xde kne mengene dgn entry ni,jz nk tnye,mcmne nk ilangkan flabby2 once kite da turun berat bdn ye?sbb sy dulu 82kg tp skg alhamdulillah susut jd 60kg,tp mslhnye bdn ade flabby2 pulak,do u have any tips for that?or da ade dlm previous2 entry?sory ye I’m new to dis website :)
kalau nak hilangkan flabby tak susah.. cara klasik dan murah, perbanyakkan senaman yang mencabar otot terutamanya area yg banyak flabby.. otot increase, fat decrease.. maka flabby pun akan berkurangan.. :)
Joy, fie pun xmkn nasi putih..xdela ikut atkins 100%..fie byk mkn buah, sayur, telur limit 2bj sehari..
skrg tgh cari wildrice..org ckp benda yg warna putih xelok sgt mkn..mcm roti putih n nasi putih leh tukar ke brown rice n wholemeal bread :)
betul tu fiffy.. yg putih tu selalunya petanda yg ‘ia’ dah diproses ;)
assalamualaikum…
sya seorg surirumah sepenuh masa, ttp curik masa tuk beriadah /senam robik walau dlm keadaan yg suntuk dgn urusan rumahtangga dn anak2….alhamdulilah terjmpa dgn blog yg amat bermanafaat ini…mnjadi pandua utk teruskn misi menurunkn berat bdn dn menyingkir keluar lemak2 degil yg dh bertahun dlm bdn ni……tq.
waalaikumsalam kak sue.. sambil2 membaca blog ni, boleh juga bersenam dan praktikkan apa yang dibaca kan? thanks.. ;)
Hai…sya nk tnya macamna untuk kecil kan pinggul dan peha..
dan cara pemakanan..sya nk trn berat bdn smpi 47kg sja…
hai nurin.. rasanya saya dah cerita hal ni dalam blog.. cuba google dan taip, “sususejat kecilkan paha” mesti keluar punya.. ;)
Salam SS, ada beza tak untuk diet antara minum ais kosong , air suam dan air sejuk..