Susu Skim Cecair Pertama di Malaysia!
Nampak gayanya gelombang kehadiran susu skim semakin lama semakin bertambah pengaruhnya di negara tercinta kita, Malaysia. Aku ingat lagi ketika aku mengenali istilah “susu skim” pada awal tahun 2010. Ketika itu aku terlalu bergantung kepada susu rendah lemak seperti Anlene dan Nesvita Omega Plus yang sedikit mahal (mahal kerana jenamanya). Aku sama sekali tidak menyangka yang susu skim memang wujud di Malaysia pada ketika itu.
Pada mulanya hanya ada satu jenama susu skim sahaja yang wujud di Malaysia, iaitu Sunlac (susu tepung). Namun tak semua kedai runcit (kecuali sekitar Pulau Pinang, kerana ia dikilangkan di sini) dan pasaraya yang menjual susu ni, dan itu yang membuatkan susu ini susah untuk dicari sekali gus ekzotik di mata masyarakat Malaysia.
Hanya sekitar Jun/Julai 2010 barulah wujud susu skim di bawah jenama Tesco Light Choice (juga susu tepung), dan sejak dari itu juga susu skim boleh didapati dengan mudah di semua pasaraya Tesco di seluruh Malaysia. Sunlac juga semakin hari semakin bertambah peniaga yang menjualnya.
Dan kini, muncul pula satu lagi jenama susu skim, namun dengan sedikit kelainan. Memegang status sebagai susu skim dalam bentuk cecair (siap untuk diminum) yang pertama dihasilkan di Malaysia, aku dengan suka citanya ingin mempersembahkan produk ini kepada para pembaca yang budiman.

awww i loikeee SUSU . semua susu sukeeeee :p
ak pon mula menyedari kehadiran susu skim melalui sususejat..hahaha
ape beza susu skim dgn susu rendah lemak?
-QZ-
susu suke kat saya…sbb tu saya suke susu…hihihihi
hehhe..arini mimi baru beli susu skim ni..tp dpt yg sunlac jugak..pasai tk pi kt tesco.beli kt kedai runcit je..
thanks for sharing, tuan sususejat,..sy pun nk try sususkim jugak, susah nk jumpa kt kedai biasa,..tesco plak jauh nk pi,..jusco tu dekatlah,..selalu minum yg low fat,jer,..;D
x leh nk telan susu-susu nih…
thnx bro knal kn susu skim tesco tu.
lg murah dr susu low fat lain.
ade kemungkinan susu skim makin laku sbb bc blog susu sejat kot. hiks
mula mengenali jenama susu skim sunlac bile dicadangkan oleh dieticians.katanya,pesakit diabetes kat hospital diberikan susu ini.dulu melilau juga nak cari susu ni.cari kat pasaraya besar memang tak jumpa.rupanya, ada jual kat the store kat kg.bila balik kg,borong la smp 2-3paket buat stock.pastu, jumpa pulak kat jaya jusco.beli online pun leh
best ke susu skim nie?ape klainan ngan susu rendah lmak ek?
ape beza susu skim dgn susu rendah lemak ?
kalo bleh encik ss terangkan dlm 1 entry lg bgus .
ngeeee ~
perbezaan antara susu skim dan susu rendah lemak sudah saya ceritakan dalam blog ni.. it's in english.. cuba search yea ;)
Saya peminat susu dulu kini dan selamanya…tambah lagi ngan berkat hasutan ss tentang susu…bertambah meroyan mencari mana2 susu yang sedap.
Cuba cari susu sunlac di Speedmart 99, selalunya mesti ada ngan rege sekitar 17 inggit lebih sepeket
Tesco choice murah sikit, RM14 ringgit sepeket..
akum kalau cam susu skim ngan kurma ok x huhuhuhu
untuk apa tu? berbuka?
sorry..sbelum tu…saya tgh nak warm up utk p90x..maklum la..berat dah cecah paras bahaya huhuhu…nk beli whey protein..saya rasa cam tak mampu la pulak..jadi kalau saya buat resepi sendiri..susu skim+kurma+oat(asli)+telur putih 2biji=blended it 2gether…agak leh jadi ganti protein shake tak…huhuhu..
saya pengguna sunlac hampir 2 tahun
ape cer mnum sunlac tu?..share la sket…
Yeahh…!! Jom serbu Susu Skim Sunlac ramai2….!!!! :D :D :D Thanks SS sbb wat review pasal SSS nie. Hihi!!