Susu Skim kini terdapat di Tesco!

Buat mereka yang bersusah payah mencari susu skim sebelum ini, mungkin anda sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada masalah ini. Ini kerana, sebentar tadi aku sudah meninjau ke pasaraya Tesco di Taiping, dan hasilnya…

Ya, Tesco sudah mempunyai produk mereka sendiri untuk susu tepung skim (menerusi jenama ‘Tesco Light Choice‘). Terdapat dalam pek 300g dan 700g, ternyata harganya juga jauh lebih murah berbanding susu tepung rendah lemak yang lain (tidak sampai RM 15 untuk satu pek 700g, penjimatan hampir RM 5).

Apa itu susu skim? Susu skim ialah sejenis susu (lembu) yang mempunyai kurang 1% kandungan lemak di dalamnya, atau dalam bahasa mudahnya, “Susu Tepung Tanpa Lemak“. Susu skim merupakan antara susu yang sukar untuk dicari di Malaysia sebelum ini kerana permintaannya yang kurang menggalakkan.

Antara jenama produk yang terdapat di Malaysia sebelum ini ialah jenama Sunlac, namun amat sukar untuk dicari kerana ia hanya terdapat di pasaraya tertentu (seperti I-Setan market) dan sebilangan kecil kedai runcit. Malah atas faktor kurangnya pengedar/penjual susu skim ini jugalah, syarikat yang mengeluarkan Sunlac ini (Bun Guan Brothers) memperkenalkan servis pembelian secara online (dan penghantaran terus hingga ke rumah). Untuk mempelajari jenis-jenis susu yang terdapat di pasaran, sila rujuk entri ini.

Tesco Light Choice Skim Milk Powder, sama seperti susu skim yang lain mempunyai kalori dibawah 90kcal untuk satu hidangan. Gambar di bawah merupakan ringkasan maklumat pemakanan yang terkandung dalam satu hidangan Tesco Light Choice Skim Milk Powder ini (25g), iaitu kira-kira bersamaan dengan 4 sudu besar.


Antara khasiat lain yang terkandung ialah:

1) Mengandungi Vitamin B1 (Tiamina) yang diperlukan untuk membantu pelepasan tenaga daripada karbohidrat.
2) Mengandungi Vitamin B2 (Riboflavin) yang diperlukan untuk membantu pelepasan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat.
3) Mengandungi Vitamin B12 (Sianokobalamin) yang diperlukan untuk penghasilan sel darah merah.
4) Mengandungi Vitamin C yang menyokong penyerapan zat besi daripada makanan.
5) dan juga mengandungi Kalsium untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi.

Tip untuk membancuh susu skim (atau susu tepung yang lain) ialah, jangan sesekali bancuh menggunakan air yang masih panas (mendidih) kerana itu akan menguraikan sifat dan struktur protein yang terkandung dalam susu tepung tersebut (protein akan terurai pada suhu 60 darjah celcius dan ke atas). Gunakan sama ada air yang sejuk atau air yang suam sahaja.

Comments

  1. By eijam

    Reply

  2. By Joy Kalonas

    Reply

  3. By Anonymous

    Reply

  4. By Joy Kalonas

    Reply

  5. By hoh chun

    Reply

  6. By Azuni

    Reply

  7. By relax

    Reply

  8. By Loo

    Reply

    • Reply

  9. By linda

    Reply

    • Reply

  10. By mohsinin

    Reply

    • Reply

  11. By Elena

    Reply

  12. By Miss J

    Reply

  13. By Jessica

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *