Susu Soya Vs Susu Lembu. Mana lebih baik?

Seringkali ramai yang keliru dalam memilih sama ada Susu Soya atau Susu Lembu untuk dijadikan minuman harian yang sihat. Tambahan pula pendedahan seperti ini kurang ditonjolkan dalam media arus perdana seperti televisyen, majalah mahupun surat khabar.

Untuk itu aku sudah mengumpulkan beberapa maklumat penting untuk kedua-dua jenis susu tersebut. Ini merupakan perbandingan di antara Susu Soya biasa (yang asli, bukannya yang manis seperti yang dijual dalam tin) dan Susu Lembu biasa (bukan low-fat mahupun skim). Semoga maklumat ini dapat dijadikan panduan buat anda dalam memilih susu yang mana lebih baik dan sesuai untuk anda seisi keluarga.

Kata Kunci: SS = Susu Soya; SL = Susu Lembu

  1. SS berasal daripada tumbuhan, manakala SL berasal daripada haiwan.
  2. Secara kasarnya, SS tidak mengandungi sebanyak nutrien yang dimiliki oleh SL (SL sangat diperkaya dengan nutrien-nutrien semulajadi).
  3. Untuk saiz hidangan yang sama, SS mengandungi kurang 50% kurang kalori berbanding SL.
  4. SS mengandungi unsur serat, manakala SL tidak mempunyainya langsung.
  5. Untuk saiz hidangan yang sama, SS hanya mengandungi 25% Sodium (garam) berbanding SL, justeru SS amat sesuai buat mereka yang senang mendapat darah tinggi.
  6. SS rendah kandungan lemak berbanding SL. Soya juga tidak mempunyai lemak tepu, berbanding SL (dalam 9x lebih banyak berbanding SS).
  7. Kedua-duan SS dan SL mempunyai kualiti protein yang tak kurang hebat, full range of amino acids. Cuma SL mengandungi lebih 1.5g protein berbanding SS untuk setiap 100g kedua-duanya.
  8. SS tidak mengandungi kolestrol memandangkan ia datang dari sumber tumbuhan, manakala SL mengandungi kolestrol yang memadai untuk pertumbuhan mamalia.
  9. SS tidak mengandungi lactose, maka sesuai untuk mereka yang mengalami lactose intolerent (Kekurangan enzim lactase untuk mencerna lactose dalam usus. Simtom paling ketara ialah cirit yang melampau selepas minum susu).
  10. SS mengandungi magnesium, copper, dan manganese, yang mana kesemuanya membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam tulang. SL tidak mengandungi elemen-elemen surih ini.
  11. SS mengandungi zat besi kira-kira 25x lebih banyak berbanding yang terdapat dalam SL.
  12. SS mengandungi 60% kurang Riboflavin berbanding SL. (Info: Vitamin B2 atau Riboflavin diperlukan untuk pertumbuhan dan metabolisma sel).
  13. Kajian menunjukkan pengambilan 2 gelas SS sehari (berbanding SL) setiap hari mampu mengurangkan risiko mendapat kanser prostat sebanyak 70% kepada si pengamalnya.
  14. SS tidak mengandungi banyak kalsium berbanding SL, tambahan pula kalsium ini sukar dicerna oleh badan. Walaubagaimanapun, selari dengan perkembangan teknologi makanan, kebanyakan produk-produk susu soya masa kini telah diperkaya dengan Kalsium Karbonat (lebih mudah dicerna oleh manusia), meskipun ramai yang berpendapat kalsium semulajadi dalam SL adalah jauh lebih bagus berbanding kalsium tiruan yang telah ditambah dalam SS. (Info: Kalsium untuk pertumbuhan tulang)
  15. Protein yang dikogulasikan (dipejalkan) daripada SS dikenali sebagai “Tauhu” (Tofu), manakala protein yang dikogulasikan daripada SL dikenali sebagai keju.
  16. Secara tradisinya, makanan berasaskan SS popular dalam budaya orang timur, manakala makanan berasaskan SL popular dalam budaya orang barat.
  17. SS mengandungi lecithin dan Vitamin E. (Info: Lecithin merupakan sejenis phospholipid penting yang diperlukan oleh sel-sel dalam badan).
  18. SS mengandungi phytoestrogens yang tinggi, yakni sejenis hormon tumbuhan yg bertindak sama seperti hormon estrogen. Pemberian susu soya kepada kanak-kanak sebagai susu berformula untuk pertumbuhan telah menjadi perdebatan hangat masa kini kerana phytoestrogens didakwa mampu merencatkan pertumbuhan (fisiologi seks) dan kesuburan kanak-kanak itu kelak untuk jangka masa panjang. Namun, terdapat juga pedetrician yang menyangkal dakwaan ini dan berpendapat susu soya boleh dijadikan pengganti sebagai susu lembu, asalkan kanak-kanak tersebut telah menerima susu ibu yang mencukupi sejak dari awal lagi.

Data dalam entri ini disokong oleh apa yang terkandung di laman web United States Department of Agriculture (USDA) semasa entri ini ditulis. Perubahan mungkin berlaku dari masa ke semasa, maka dengan itu pastikan anda semak terlebih dahulu sebelum menggunakan data-data ini untuk tujuan kajian lanjutan.

29 thoughts on “Susu Soya Vs Susu Lembu. Mana lebih baik?

  1. nak tanya sdikit kemusykilan, ada trdengar yg soya x bagus untuk kesuburan la, ad plak yg cakap sebaliknya…x bleh berlebihan pengambilan la…walaupun tahu tagline incik susu ‘kesederhanaan itu lagi bagus’

  2. Ada benarnya susu soya (isolate) tak berapa bagus kalau diambil selalu, study terbaru yg dikeluarkan tahun ni ada membincangkan tentang kesannya terhadap sistem reproduktif, hormon, malah turut menyumbang kepada masalah kanser yg mungkin serius.

  3. SS, sy tgh diet..da 2minggu jaga makan.. pg mlm mkn cereal=apple+strawbery. smue makanan lain cut into half portion. berat saye turun. dar 64 ke 61kg. berat saya turun tp badan xrasa mengurus pon.. baju still ketat. is it bcos of the milk i eat with the cereal? sy minom susu HL low fat.

    thanks =)

  4. ok,sususejat ada cakap bhw ni comparison btween susu soya biasa n susu lembu biasa kan? tp susu soya biasa tu camne eh?yg dkm kotak ke atau yg bru diproses?susu lembu biasa tu camne plak?yg dlm kotak jgk ke atau yg bru diperah?

    • saya maksudkan susu soya yang baru diekstrak dari kacang soya dan dimasak (macam kita selalu buat masa bulan puasa), dan susu lembu tu juga yang baru diperah dari lembu betina..

  5. akak ada terbaca..susu kacang soya ni mgkin boleh menyebabkan kanser jika diambil berlebihan.Kebykan produck diet juga mengandungi kacang soya . adakah ianya selamat jika diambil dalam jangka masa panjang?

    • yang ni saya tak berapa pasti.. kena check dengan kajian-kajian terkini dahulu baru boleh confirm kan.. atau mungkin juga itu hasil kajian lama yang telah dibetulkan dengan kajian-kajian terkini…

  6. Soya tak sesuai untuk lelaki yang ingin membina otot sebab mengandungi estrogen.. selalin itu ada juga terbaca minum soya berlebih boleh menyumbang kanser..

    • tapi jangan tak tahu badrul, ada seorang bodybuilder kat barat ni yang berjaya bina badan hanya dengan mengmalkan diet vegetarian.. diet dia banyak soya based.. saya tak ingat nama dia, tapi memang ada..

  7. As Salam. Mase akak mengandungkan anak ketiga, memang suka sangat minum susu soya. Sekarang anak akak tu, kulit dia memang putih tapi sensitif compared to her sisters lain. Kena gigit nyamuk pun klu di garu terus boleh jadi kudis and lambat nk hilang parutnye. Puaslah kena sapu krim Vit E.

  8. Tidak ada dlm sejarah nabi2 minum susu lembu, susu kambing ada la. dan diceritakan bahawa Yahudi tak minum susu lembu, tp susu kambing. Sebab tu mrk jd bangsa paling cerdik di dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>