SusuSejat Kettlebell Day Camp 04 November 2012

“The kettlebell or girya (Russian: ги́ря) is a cast-iron weight used to perform ballistic exercises that combine cardiovascular, strength and flexibility training. It was first introduced in mother Russia in 1700 by Russian strongmen and later adopted by the Russian military and Olympians”

Program : SusuSejat Kettlebell Day Camp
Tarikh : 04 November 2012 (Ahad)
Lokasi : Taman Tasik Shah Alam, ruang permainan kanak-kanak (bertentangan SIRIM)
Masa : 7.30pg – 12.30tgh
Coach : Azlan Zain Mohamed
Initiator : Anip-Sama
Peserta : Anip-Sama, Mohd Fadil, Jefrydin Kamaruddin, Arfisyam Abd Hadi, SuraYa Huberdina Hertogh, Liza Hassan, Comel Crochet Sue’s, Noorzira Zahari, Shariza Jaffril (dan beberapa lagi)
Pemerhati : Iskandar dan Karolina
Penyertaan : Percuma

[ Laporan disediakan oleh Arfisyam Abd Hadi ]

Sesi program ini pada awalnya telah di war-warkan oleh saudara Anip-Sama di dalam grup FB Susu Sejat awal minggu pertama bulan November. Sambutan yang diterima dari geng SS amat menggalakkan. Saya sendiri amat teruja dengan khabar ini meskipun pada waktu itu saya masih lagi demam (Perubahan cuaca seluruh negara). Alhamdulillah, program telah berjalan dengan lancar dan cuaca pada pagi Ahad itu amat baik (meskipun dilaporkan sebahagian besar kawasan lain hujan).

Bro Azlan a.k.a Bro Tonggeng a.k.a Besi Tampin telah bermurah hati hadir untuk menerajui serta membimbing peserta yang hadir. Ditambah lagi dengan kerelaan bro Azlan membawa koleksi Kettlebell (KB) nya pada pagi itu untuk dikongsikan bersama para peserta. Ada juga peserta yg membawa KB masing-masing namun KB yang dibawa bro Azlan tetap menjadi pujaan hati!

Setelah berceloteh pada sesi penegenalan, maka bro Azlan pun memulakan sesi. Ia dimulakan dengan mobility drill selama 15 minit dari kepala hingga ke kaki; mudah dan ringkas serta diperkenalkan juga movement EGYPT – lagi poyo lagi bagus!!! Menurut Bro Azlan regangan yang diperturunkan itu boleh mengelakkan kesakitan pada pinggang, hamstring, lutut dan buku lali.

Seterusnya kami diberi peluang untuk memilih KB yang sesuai. Amat bertuah untuk saya kerana KB yang tinggal untuk saya seberat 24kg (kedua terberat selepas KB Bro Azlan 28kg!)

Wanita-wanita SS yang gagah bersama KB pilihan mereka..

Kami telah beri tunjuk ajar kaedah yang betul untuk melakukan swing kerana swing merupakan gerakan utama dalam workout KB ini. Two hand swing, one hand (right and left hand) dan alternate hand swing telah ditunjukkan dan kami mengikut mengikut kemampuan kudrat dan berat KB masing-masing.

Apa yang pasti, semasa membuat swing, sendi lutut hendaklah di ‘kunci’ bagi memastikan sokongan penuh lower body kpd upper body semasa bebanan diangkat. Kemudian kepentingan menonggeng dengan cara yang betul turut ditekankan kerana ia memberi kesan kepada bahagian belakang (bahu ke pinggang).

Untuk memastikan tonggengan yang betul, kita mulakan posisi bongkok seperti rukuk, kemudian kepala dan bahagian dada menghala ke hadapan (tidak memandang ke bawah) dan bahu kita terbuka luas. Apabila terasa rengangan pada hamstring (otot paha belakang) barulah bongkokkan lutut sedikit tangan mula memegang KB (tanpa melihat ke bawah) dan SWING!

Demonstrasi ‘tonggeng’ dari Bro Azlan

Apa yang menarik sepanjang tunjuk ajar, Bro Azlan turut berceloteh ala-ala Jillian, Bruce Lee dan juga Rajnikanth!

Kemudian, kami diajar kaedah clean yang betul. Dalam gerakan clean ini, ditekankan kekuatan kudrat upper body dari pinggang hinnga ke kudrat tangan. Dan akhir sekali gerakan Snatch. Ini yang paling mencabar kerana ia menggabungkan one hand swing dan clean. Menurut bro Azlan, jika rajin buat snatch insyaALLAH sesiapa yang mengidam six pack akan dapat hasilnya (just believe).

Goblet Squat

Goblet Squat

Pada sesi soal jawab, Anip-Sama ingin belajar Turkish Get Up. Seperti biasa, Bro Azlan tidak lokek mengajar konsep dan praktikalnya sehingga kami faham fungsi gerakan tersebut (Strength, Endurance and Stability).

Secara peribadi (bukan nak bodek), saya hargai usaha dan kemurahan hati Bro Azlan mengajar kami. Beliau tidak lokek ilmu dan paling saya RESPECT beliau tidak ada unsur menghentam kaedah mana-mana guru-guru KB di dunia. Beliau berguru dengan ramai master KB dan tidak memberi rating “good or bad”. Semuanya digarap dan dikongsi bersama.

Beliau juga berpesan agar kita bersabar dengan manusia yang di luar sana jika mereka mengatakan cara mereka betul dan cara orang lain salah. Apa yang penting carilah guru yang betul, belajar dan garapkan dalam latihan kita (believe!)

Aunty yang kebetulan bersenam di situ turut berminat untuk cuba menonggeng bersama kami! Aunty ini berumur 68 tahun, masih kuat bersenam setiap pagi.

Terima kasih juga kepada kawan Bro Azlan, Thomas (tokey KB) kerana memberi peluang kami berkenalan KB keluaran bermutu beliau. Tidak dilupakan kepada Bro Iskandar dan Mama Karolina atas kesudian hadir untuk memberi semangat. Maklum balas selepas program julung kali ini telah mendapat reaksi ‘jeles’ daripada geng SS luar Shah Alam, dan mereka memohon agar program ini dapat diadakan lagi di negeri-negeri lain. Setakat ini, geng SS kawasan tengah (Kajang, Seremban dan sekitar) ingin sekali program ini diadakan di Seremban.

Sesi bergambar beramai-ramai.. Jumpa lagi dalam camp yang akan datang!

Semoga lebih ramai lagi akan mengenali KB dengan lebih baik. Apa yg penting amalan ini memberi semangat untuk anda membudayakan gaya hidup yg sihat. InsyaAllah, kita jumpa lagi dalam pertemuan yang akan datang. Sesiapa sahaja yang berkelapangan dan berminat untuk belajar adalah dijemput. Tidak perlu khuatir, malu dan terasa asing, kerana kami yang menyertai program ini pun pada awalnya tidak mengenali antara satu sama lain. Susu Sejat adalah titik pertemuan dan pengenalan kami semua.

Terima Kasih

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *