Tak makan sayur tetapi sihat..?

Entri kali ini bukan bermaksud aku hendak menghasut orang ramai agar tidak makan sayur, tidak.. kita harus makan sayur, tetapi apa yang bakal aku ceritakan sebentar lagi adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Dalam erti kata lain, ini kisah benar.

Aku ada seorang kawan ni yang langsung tak suka makan sayur sedari kecil lagi. Sebut saja apa jenis sayur, sawi, timun, taugeh, kobis, bawang, semua dia tak sentuh. Sekiranya makan nasi goreng atau nasi lemak, jangan terkejut jika terlihat selonggok sayur yang diletakkan di tepi pinggan. Tak semena-mena terpacul soalan ni dari mulut aku bila terlihat hal tu, “Eh, apsal ko tak habiskan?” dan alasannya hanyalah semudah, “AKU TAK MAKAN SAYUR

Aummmmmm! SAYA TAK MAKAN SAYOR… SAYA MAGING.. (Makan Daging)

Ketika memesan mee goreng di kedai makan, tidak kurang sekali akan terpacul dialog sebegini dari mulutnya, “Abe, bagi mee goreng telor mata satu! Pastu, jangan taruh sayur ye, tapi gantikan dengan daging, taruh daging tu banyak-banyak sikit” (banyak cantik muka ko nak gantikan sayur dengan daging, sayur tu berapa sen, daging tu pulak berapa sen?)

Memang ekstrimkan kawan aku yang seorang ni? Tak bahayakah kalau situasi ini berterusan sampai ke tua? Mana sumber vitamin dan mineralnya, yang menjadi tunjang utama untuk sistem imunisasinya? Mana sumber alkalinenya, yang sepatutnya bertindak sebagai penstabil pH darahnya yang bersifat acidic dek kerana terlalu banyak makan makanan berminyak, karbohidrat dan protein? Berikut adalah pendapat dan kesimpulan aku, setelah meneliti gaya hidup beliau sendiri, juga setelah meneliti pola pemakanannya.

  1. Aktif bersukan – Untuk pengetahuan semua, kawan aku ini memang aktif bersukan. Jangan tak tahu, dia pernah mewakili negeri Selangor dalam Kejohanan Ragbi 7 Sebelah peringkat kebangsaan suatu ketika dahulu. Dan tabiat aktif bersukan itu telah terbawa-bawa ke peringkat Universiti, di mana dia gemar bermain futsal hampir setiap minggu. Amalan sihat seperti ini sedikit sebanyak menstabilkan ‘apa yang tak betul’ berlaku dalam tubuh badannya.
  2. Selalu makan buah – Beliau gemar makan buah, kerana alasannya buah ni sedap, ada banyak rasa, ada yang manis dan ada yang masam. Tak macam sayur, kebanyakkannya pahit! Tetapi beliau tidak sedar, buah-buahan yang dimakannya banyak membantu dalam menstabilkan pH darahnya yang acidic. Dalam erti kata lain, buah epal hijau, limau sunkist, pisang yang selalu dimakannya adalah sumber alkaline yang dicari.

Dalam masa yang sama, kawan aku ni kuat makan, tetapi mempunyai tubuh badan yang kelihatan OK (sedikit maskulin, namun kini berat lemak dah mula tampak timbul kerana faktor usia, disamping sudah jarang bersukan) kerana memiliki ciri-ciri Mesomorph. Dia juga sering datang ke rumah aku suatu ketika dahulu kerana ingin ‘paw’ (meminta) beberapa biji Panadol. Alasannya, kepalanya mula terasa peninglah, macam nak demamlah (padahal tak demam pun, kawan-kawan aku yang lain memang dah masak dengan ‘sakit’ kawan aku yang seorang ni). Bila disindir, “Tu lah kau, tak makan sayur lagi, tu yang selalu sangat dapat pening” dengan pantas dia menafikan, “Ah, mengarut lah kau.. cepatan Panadolnya!

Comments

  1. By aziah

    Reply

  2. By mushimoo

    Reply

    • Reply

  3. By anna zhana

    Reply

  4. By alia

    Reply

  5. Reply

  6. By purple orchid

    Reply

  7. By lala

    Reply

  8. By lala

    Reply

  9. By cekodok

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *