“Telur Mata” ala microwave
Pada entri yang lepas, aku telah berkongsi satu resepi yang mungkin sedikit pelik bunyinya – “Telur Mata” ala rebus. Resepi ini adalah 100% sihat dan semestinya tidak akan sesekali merosakkan diet si penggemar “Telur Mata Kobau” kerana ia masih mengekalkan bentuk dan sifat telur mata kerbau, tetapi penggunaan minyak yang agak minimal membuatkan resepi ini sedikit rendah kalori dan menyihatkan.
Pada entri kali, aku ingin berkongsi satu lagi resepi telur mata yang tak kurang hebat dan lazat, tetapi lebih mudah disediakan, pantas dan menyihatkan, sesuai buat golongan yang berkerjaya yang berkejar untuk ke tempat kerja pada sebelah pagi. Resepi telur mata kali ini sedikit istimewa kerana ia boleh dipraktikkan (masak) ke atas beberapa biji telur serentak, hanya sekali dalam satu masa. Memang menjimatkan masa!
1 – Pertama sekali, sila sediakan mangkuk yang disapu beberapa titis minyak masak (untuk mengelak daripada telur melekat). Kemudian, pecahkan beberapa biji telur yang ingin dimasak ke dalam mangkuk yang berkenaan. Aku kebiasaannya akan menggunakan 4 biji telur omega yang 50% rendah kandungan kolestrolnya berbanding telur ayam biasa.
2 – Kemudian, letakkan mangkuk yang berisi telur tadi ke dalam ketuhar gelombang mikro. Pastikan posisi telur kuning adalah berada paling hampir di tepi mangkuk sekiranya anda berhasrat untuk membuang 1-2 biji telur kuning apabila masak kelak (Telur kuning kan tinggi kandungan kolestrol, melainkan anda menggunakan telur omega rendah kolestrol macam aku, tidak mengapa untuk makan kesemua 4 biji telur). Ini bakal memudahkan kerja anda untuk menyungkil telur kuning kelak.
3 – Set kan kekuatan gelombang kepada “medium” dan tempoh masa memasak adalah untuk 1 minit.
4 – Selepas 1 minit, telur sememangnya belum masak sepenuhnya lagi, dan bahagian yang masak ketika ini hanyalah bahagian yang berhampiran dengan tepi mangkuk. Ambil sebatang sudu dan kikis bahagian tepi telur yang mula masak ini agar ia tidak akan melekat teruk ketika masak sepenuhnya kelak.
5 – Ulangi langkah 3 dan 4 untuk 2 kali berikutnya. Maka dengan itu, jumlah masa yang diambil untuk memasak 4 biji ini adalah 3 minit (jumlah masa yang diambil untuk memasak mungkin bergantung kepada berapa biji telur yang anda gunakan).
6 – Inilah hasilnya “telur mata” ala microwave yang sudah di masak. Boleh dimakan begitu sahaja bersama kicap dan sos, atau dimakan bersama nasi lemak ketika bersarapan pagi. Inilah dia, “telur mata” ala microwave yang lebih mudah, pantas, dan menyihatkan berbanding telur mata yang digoreng. Selamat mencuba!
Entri SS lain yang berkaitan dengan telur:
“Telur mata” ala rebus
Telur yang mana pilihan hati?
Telur Separuh Masak cara SS
Telur rendah kolestrol, tinggi Omega 3?
salam encik..
saya ni kategori brat 100kg keatas..dan baru pringkat permulaan diet..baru sbulan belajar mengira kalori dan bersenam
saya nak tanya multivitamin tu kena ambik masa bila?
terima kasih
salam yusoff,
kebiasaanya multivitamin (MV) ni diambil selepas bersarapan sebelah pagi, sebab dalam MV ada komponen B-complex yang membantu kita terus bertenaga (membantu dalam metabolisma karbohidrat).
terima kaseh encik..3mgu pertama rasa ok je..
minggu ke 4 rasa pening- pening slepas senaman..
agaknya dah kena start ambik multivitamin
pening2 ni mungkin disebabkan x cukup blood glucose yg sampai ke otak.. boleh jadi disebabkan pengambilan karbohidrat tidak dilakukan sebelum bersenam, TETAPI senaman yang dilakukan adalah berintensiti tinggi atau dilakukan dalam tempoh yang lama. Tak salah kalau nak ambil sedikit karbohidrat ‘sebagai booster’ pembakaran lemak ketika bersenam.
salam encik ss,saya ada email beberapa persoalan berkaitan diet pada encik ss beberapa hari lepas,harap encik dapat bantu saya ya..terima kasih….
salam, maaf2.. saya memang jarang tengok mailbox.. nanti ada kelapangan saya cek inbox.. :)
Salam ss, nak tya..kicap ngan sos berapa kalori?hehehe
salam masnita, satu sudu besar tu adalah dalam 30kcal ke 50kcal juga..
dah lama x guna microwave ni semenjak terbaca buku kluaran CAP ttg keburukan microwave
As salam Joy, boleh tak kalau saya nak call Joy personally ttg diet ni. Need ur help!!
salam mama78,
bukan tak boleh, tapi saya agak sibuk sejak akhir2 ni dengan study saya. mungkin mama boleh add dan kontek saya di facebook.. sila nyatakan link facebook mama, nanti saya add :)