Telur Separuh Masak cara SS
Ok, ini bukan cerita kelakar. Entri kali ni aku kongsikan resepi mudah untuk menyediakan telur separuh masak sebagai ‘pembuka metabolisma‘ sebelum memulakan hari anda yang sibuk. Mungkin ramai yang sudah pakar dalam hal menyediakan telur separuh masak ini (biar betul SS ni nak ajar orang buat telur separuh masak, budak tadika pun reti kot), tetapi buat mereka yang masih ragu-ragu (takut telur tu terlalu masak, atau tak cukup masak), panduan resepi berikut mungkin membantu.
Kenapa telur dikatakan sebagai ‘pembuka metabolisma’? Telur merupakan ‘multivitamin semulajadi’ yang mana di dalam telur kuningnya (disebalik kandungan kolestrol yang agak tinggi) terkandung 1001 macam nutrien-nutrien semulajadi. Malah aku pernah menyenaraikan telur sebagai salah satu faktor yang meningkatkan metabolisma dalam entri berkenaan metabolisma sebelum ini. Oleh yang demikian, telur (kuning telur) sesuai dimakan sekiranya anda sedang berusaha menurunkan berat badan.
Selalunya telur separuh masak aku akan terdiri daripada 3 biji, 2 biji sekali dimakan bersama dengan kuning telur (kuning telur + putih telur), manakala sebiji lagi kuning telurnya aku buang atau sedekah pada kucing (ambil putih telur sahaja).
Pertama sekali anda perlukan air panas yang baru mendidih. Electronic Kettle seperti dalam gambar ni memang sangat membantu dalam memberikan air panas yang diperlukan, tidak kiralah jika anda duduk di rumah sendiri, asrama, atau rumah sewa (sewa ramai-ramai). Kadang-kadang terdapat juga segelintir individu yang menggunakan Electronic Kettle ini untuk memasak maggi di dalamnya, itu pun perkara normal juga di asrama.
Kemudian anda memerlukan 3 biji telur ayam yang disusun dalam sebuah gelas yang besar, seperti dalam gambar ini.
Ini pula merupakan susunan tadi dari pandangan atas. Di sini ada ‘rahsia’ paling mudah untuk membuang telur kuning daripada salah satu telur-telur ini, dan rahsia tersebut terletak pada susunan ‘bertingkat’ ini (akan aku ceritakan dalam gambar yang berikutnya). Kemudian, tuangkan air yang telah mendidih tadi ke dalam gelas berisi telur ini sehingga hampir penuh. Biarkan selama 15 -20 minit (waktu ini anda boleh melakukan perkara lain seperti mandi, berak, kemas bilik tidur, dan sebagainya), dan pastikan gelas ini sentiasa dalam keadaan tertutup (guna piring).
Sekiranya anda perasan, putih telur di sebelah kanan tampak lebih berketul berbanding putih telur (dan kuning telur) di sebelah kiri, menandakan ia ‘lebih masak’ berbanding yang berada di sebelah kiri. Jika anda nak tahu, putih telur di sebelah kanan itu datang daripada telur yang di susun paling atas dalam gambar sebelumnya. Dalam erti kata lain, telur yang disusun paling atas akan masak lebih pantas berbanding telur-telur di bawahnya. Apabila telur di atas itu cepat masak, maka anda akan lebih mudah untuk membuang kuning telurnya (kerana berbentuk sedikit pepejal) berbanding 2 kuning telur yang di susun di bawah.
Akhir sekali, masukkan beberapa hiris bawang merah selaku sumber alkaline (telur kan bersifat acidic, ianya protein). Boleh juga dimasukkan beberapa titis kicap sebagai perasa berserta lada sulah (juga faktor peningkat metabolisma).
bau mulut kang letak bwg…huhu
itu yang mahal tu, hehehe
aikk.. kucing makan telor kaaa?????
makan cik aziah, jangan tak tau.. ;)
bestnyer makan telur…. kucing saya pun suka makan telur.. :p
kucing kalau dah lapar akan makan apa saja di depannya, hehe
my hasben suka sgt buat telur mcm nie..
mmm..kalo tukarkan jd telur rebus ok ker?sy ni kureng suke tlur separuh msk..
kalau nak buat telur rebus, teknik (resepi) ni tak boleh dipraktikkan..
kalo telur goreng sparuh masak cne plk?
itu kena guna resepi yg lain pula.. yang ni cara dia mudah sikit, rendam telur dalam air didih dan tinggal..
saya suka 3/4 masak..x cair sgt tak keras sgt..sedang2 je…tp mkn 3 biji sehari mcm byk je???? =)
2 biji pun dah cukup sebenarnya.. kalau yang aktif, rajin buat weight training, boleh makan lebih :)
saya pernah dengar, telur kuning yang cair lebih sihat berbanding telur kuning yang dah masak penuh (telur rebus). Boleh tolong jelaskan tak kenapa ada perbezaan? Yang penting saya suka sangat2 telur half boiled. Nyum! :)
biological value (bv) of protein nya lebih tinggi.. bv tinggi = peratus protein yang digunakan untuk tubuh kita juga tinggi. boleh rujuk entri yang bertajuk “kisah protein” untuk lebih info tentang bv of protein..
~assalamualaikum,
makan telur separuh masak ni macam tu saja ke atau boleh makan dengan roti?
w’salam. Boleh makan begitu saja, boleh makan dengan oat atau roti wholemeal, terpulang..
Mr SS..boleh tak I makan telur separuh masak nih as my breakfast everydy untuk loss wieght.. tapi doctor bgtau I ade problem kolesterol tinggi, so kene elakkan telur.. s0 nak Mr SS nyer advise.. TQ
kalau sepanjang fasa turunkan berat ni boleh saja.. jangan makan lebih dari 2 biji, beli telur omega yang rendah kolestrol tu (rujuk entri saya berkenaan telur omega), disamping banyakkan makan sumber serat seperti oat.
TQ…
saya ingin bertanya soalan ,saya ada terbaca bahaya campurkan bawang putih dengan bawang merah dalam masakan betul kah dakwaan itu .tq ss
kat mana azlina baca tu? boleh sertakan sumbernya/link?
SS…berapa biji telur yg maximum boleh diambil sehari/seminggu oleh org dewasa….sbb mcm prnh dgr tak boleh mkn byk2 sbb tinggi kolesterol..ye ke?
2-3 biji sehari, bergantung pada intensiti/tahap aktif seseorang..
kalau bersenam 4 kali seminggu and on nak turunkn berat bdn..would 2x5days would be fine? 2x7days?wah bole makan hari2 ye?
2-2 pun boleh.. lagipun bukan buat selama-lamanya kan, bila dah capai berat nanti dah tak perlu ambil telur macam ni.. guna telur yang omega tu pun ok juga, rendah kolestrol..
klu mkn telur cmni 2 biji dgn roti…time mlm/dinner boleh ke?agak2 brp kalori nyer(skali dgn roti perang mcm kat kopitiam tu)? klu dh capai wight loss yg diingini tu…leh mkn lagi ke telur cmni?
Bro SS, nk tanya nih…besanya kt shopping mall or kedai2 ade gak dorg jual bekas plastik untuk buat telor sparuh masak nih…so sesuai x gunakan nya..ada yang kata bekas plaktik xelok tuang air pns mendidih coz bekas plakstik tu sendiri leh ekstrak bhn kimia yang leh wat kita dapat kanser…betol ka?
yes, betol.. kalau perhati betul2, lama2 dinding plastik tu akan menghakis sebab terurai bila terlalu kerap terdedah dengan perubahan suhu.