Tip 10: Telur yang mana pilihan hati?

Telur bukan sahaja mengandungi sumber protein yang berkualiti tinggi, tetapi juga mengandungi sumber hampir kesemua vitamin dan mineral utama yang diperlukan badan manusia kecuali Vitamin C

NutriPlus

Mungkin tajuk entri kali ini berbaur sedikit lucah pada mata-mata mereka yang gemar bergurau lucah. Tetapi usah bimbang kerana ini kan blog Susu Sejat, ini blog tentang diet dan kesihatan, apa yang ditulis dalam SS adalah sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat – Klasifikasi U, untuk bacaan umum gitu.. kan?

Pada entri berkenaan Telur Omega Rendah Kolestrol yang aku tulis beberapa bulan yang lalu, aku ada menceritakan tentang khasiat telur rendah kolestrol, di samping cara penyediaan telur separuh masak yang sihat. Akan tetapi, dalam entri tersebut aku tidak menyenaraikan perbandingan kandungan kolestrol telur omega yang berkenaan memandangkan produk HG tidak menyenaraikan maklumat pemakanan sebenar telur tersebut.

Baru-baru ini aku ada ke pasaraya Giant untuk mengisi stok protein yang mula kehabisan, dan bahagian yang dituju tidak lain dan tidak bukan ialah bahagian Telur (telur adalah contoh sumber protein termurah dan berkualiti tinggi/ tinggi biological value. Terdapat beberapa lagi contoh sumber protein yang termurah dan boleh didapati dengan mudah di sekeliling kita dan ini akan aku ceritakan dalam entri yang lain)

Terima kasih kepada NutriPlus kerana membekalkan maklumat pemakanan yang tepat bagi telur rendah kolestrol ini untuk rujukan kita bersama. Tetapi anda harus berwaspada kerana produk NutriPlus ini ada banyak jenis, iaitu “Telur Organik Selenium“, “Telur Omega 3” dan “Telur 50% Kurang Kolestrol“. Pastikan anda membeli jenis “Telur 50% Kurang Kolestrol” kerana di antara ketiga-tiga jenis ini, hanya “Telur 50% Kurang Kolestrol” sahaja yang benar-benar RENDAH KOLESTROL – kandungan kolestrolnya jauh (sangat jauh) lebih rendah berbanding telur-telur biasa.

“Telur 50% Kurang Kolestrol NutriPlus” yang jauh rendah kolestrol, tetapi tinggi kandungan protein berbanding telur biasa

Selalunya, aku akan makan 3-4 biji telur separuh masak ketika pagi sebagai ‘protein dan natural vitamin’ booster, walaubagaimanapun hanya 2 biji daripanya sahaja yang aku akan makan dengan kuning telurnya sekali, selebihnya kuning telur yang baki akan aku buang begitu saja, atau disedekahkan kepada kucing-kucing di belakang rumah. Namun dengan “Telur 50% Kurang Kolestrol NutriPlus”, aku dah tak perlu membuang telur kuning begitu sahaja.

Makan 4 biji “Telur 50% Kurang Kolestrol NutiPlus”, secara matematiknya jumlah kolestrol yang akan memasuki tubuh kita adalah bersamaan dengan 2 biji telur biasa, iaitu kira-kira 430mg kolestrol (jumlah ini adalah jumlah yang selamat untuk penggemar telur mengambilnya setiap hari). Tetapi 4 biji “Telur 50% Kurang Kolestrol NutiPlus”, secara matematiknya juga adalah 3 kali (bukan 2 kali) lebih protein berbanding 2 biji telur biasa (kalau tak percaya, boleh kira sendiri). Kesimpulannya, bukankah ini suatu kelebihan buat pencinta protein berkualiti tinggi dan pencinta telur itu sendiri? Lepas ni abang-abang bodybuilder yang nak ternak otot pun tak perlu lagi nak buang telur-telur kuning dengan banyak. Boleh telan 5 biji terus selepas workout, dah boleh dapat sekurang-kurangnya 30g protein bukan?

Comments

  1. By Fiffy

    Reply

  2. By adrianne_sabri

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *