Terjah Obesiti #3: Minuman Ringan

Apa itu minuman ringan?

Minuman ringan, atau dalam bahasa Inggerisnya ‘Soft Drink‘, adalah sejenis minuman yang kebiasaannya terdiri daripada pelbagai perisa tiruan dan gula semata-mata. Di barat, istilah ringan itu wujud memandangkan minuman sebegini tidak mengandungi alkohol, atau kandungan alkoholnya yang sangat rendah.

Kebiasaannya, minuman sebegini mengandungi gas karbonat untuk memberikan rasa tajam ketika diminum. Rasa tajam ini apabila digabungkan dengan rasa sejuk (jika minuman tersebut disejukkan) akan menghasilkan rasa dan kenikmatan yang sempurna, terutamanya apabila diminum ketika cuaca panas.

Antara jenis-jenis minuman ringan ialah cola (Pepsi, Coke), teh ais (Lipton), dan fruit punch (Tropicana).


Minuman ringan mengandungi gula semata-mata, dan kalori yang wujud dalam minuman ini juga datang daripada gula semata-mata. Kebiasaanya minuman ringan tidak mengandungi protein dan lemak. Perumpamaan untuk komposisi minuman ringan adalah seperti berikut:

Air kosong + Gula + Perisa + Karbonat (jika ada) = Minuman ringan

Mengapa minuman ringan dikatakan punca obesiti?

Kalian mesti sudah bosan aku berbicara soal kalori bukan? Apa kata hari ini kita pandang punca obesiti berkaitan minuman ringan ini dari perspektif berbeza, iaitu metabolisma, dan bukannya matematik (kiraan kalori).

Gula yang terkandung dalam minuman ringan adalah merupakan karbohidrat ringkas yang sudah diproses (refined carbs). Pengambilan karbohidrat ringkas seperti ini akan menggalakkan penghasilan insulin, dan apabila paras insulin menjadi terlalu tinggi dalam darah, otak akan mula berfikir bahawa badan sedang berada dalam fasa ‘aktif’ dan memerlukan lebih sumber tenaga – ini mengakibatkan anda akan berasa lebih dahaga (tidak puas dengan apa yang diminum tadi). Akibatnya, sama ada anda akan menambah lagi minuman ringan ini, atau menghabiskan terus sebotol yang dibeli.

Oleh kerana gula merupakan karbohidrat yang sudah diproses, maka badan tidak akan mengambil masa yang lama untuk mencernakannya. Sifat gula yang mengandungi tinggi glycemix index (G.I) akan membuatkan ia cepat memasuki aliran darah dalam bentuk glucose, dan dibawa ke serata sel dalam tubuh badan melalui darah dengan bantuan hormon yang kita kenali sebagai insulin.

Sel tidak memerlukan terlalu banyak glucose untuk menjalankan fungsinya, lalu apakah yang akan berlaku jika ia menerima terlalu banyak glucose? Glucose yang berlebihan akan ditukarkan kepada glycogen dan disimpan sementara di dalam sel sehinggalah ia akan digunakan kelak. Namun, persoalan seterusnya akan timbul, apakah yang akan berlaku jika paras glycogen di dalam sel menjadi terlalu tinggi? Glycogen tersebut akan dibawa dan disimpan didalam hati, dan HANYA akan diguna pakai apabila badan berada pada fasa lapar, seperti puasa, dan bersukan (kardio).

Persoalan seterusnya pula akan timbul. Apa pula yang akan terjadi jika paras glycogen dalam hati menjadi terlalu tinggi? (anggap bahawa orang ini mempunyai kadar metabolisma yang rendah, sentiasa makan dan mengamalkan cara hidup yang tidak sihat). Badan akan mengarahkan hormon yang baru sahaja kita kenali tadi, iaitu insulin, untuk menukarkan semua glycogen dalam hati yang berlebihan kepada apa yang kita kaitkan dengan punca obesiti, iaitu LEMAK.

Yang terkandung dalam sebotol Radix Cola (1.5L)

Susu Sejat ada penyelesaian untuk masalah ini?

Penyelesaian Susu Sejat untuk isu ini mudah, iaitu ambil minuman ringan seperti ini pada waktu-waktu tertentu sahaja, seperti ketika majlis hari jadi orang tersayang, dan ketika menyambut perayaan tertentu (Hari raya, tahun baru Cina, Deepavali); namun cuba untuk hadkan pengambilannya agar tidak melebihi segelas. Selain daripada 2 situasi diatas, aku syorkan agar tinggalkan terus minuman ringan ini, selagi boleh. Minuman ringan langsung tidak mempunyai khasiat, malah sesetengah minuman ringan mengandungi bahan-bahan kimia lain yang boleh memudaratkan kesihatan kelak.

Tip 1: Buat Ibu bapa, didiklah anak-anak sejak kecil lagi agar kurang minum minuman ringan. Anda adalah role model yang terbaik untuk mereka contohi.

Tip 2: Jika ingin sesuatu yang manis, lebih baik memilih Yoghurt berbanding minuman ringan, pada sebelah pagi. Walaupun kebanyakan Yoghurt manis rasanya, namun kandungan gula dalam satu cawan Yoghurt hanyalah 2/3 berbanding yang terkandung dalam setin minuman ringan. Tambahan, Yoghurt baik untuk sistem penghadaman. Namun janganlah bila aku berkata begini, kalian semua akan makan bercawan-cawan Yogurt dalam sehari. Bersederhanalah, kerana ia merupakan kunci kesihatan yang utama.

Comments

  1. By s1t1 2uL41k4

    Reply

  2. By Joy Kalonas

    Reply

  3. By Anonymous

    Reply

  4. By Joy Kalonas

    Reply

  5. By amir

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *