The Five Essentials
Apakah yang dimaksudkan dengan “Essentials”?
“Essentials” merupakan istilah khas yang merujuk kepada nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu, namun tubuh badan tidak dapat atau sukar menghasilkannya dalam kuantiti yang diperlukan dan perlu diperoleh menerusi diet. Dalam erti kata lain, nutrien-nutrien ini tidak dapat disintesis oleh tubuh badan dengan mencukupi dan oleh itu WAJIB diperolehi menerusi diet (atau supplemen jika anda kurang yakin dengan kualiti pemakanan anda).
Adakah “Essentials” sama untuk semua benda hidup?
Jawapannya tentulah tidak. Spesies yang berbeza mempunyai essentials yang sangat berbeza. Sebagai contoh, kebanyakkan mamalia selain manusia mampu menghasilkan asid askorbik (vitamin c) mereka sendiri, maka dengan itu ia tidak dianggap sebagai essentials untuk spesies tersebut. Walaubagaimanapun, asid askorbik ini penting bagi manusia, namun malangnya manusia tidak dapat menghasilkan asid askorbik dengan sendirinya dan perlu mengambilnya dari sumber luar (limau, dan kebanyakkan buah-buah citrus). Maka dengan itu asid askorbik merupakan essentials buat manusia. Ini menjelaskan mengapa haiwan-haiwan mamalia seperti kucing dan anjing tidak perlu makan buah-buahan sama seperti tuan mereka (manusia).
Ada berapa kategori “Essentials” kesemuanya untuk manusia?
Essentials secara umum merangkumi Macronutrient (Karbohidrat, protein, dan lemak) dan Micronutrient (sumber-sumber yang diperlukan secara surih). Walaubagaimanapun, setakat pengetahuan SS, ada 5 jenis essentials yang diperlukan manusia secara khusus untuk membesar, terus hidup dan kekal sihat. Ini termasuklah
1 – Essential Monosaccharides
2 – Essential Amino Acids
3 – Essntial Fatty Acids
4 – Vitamins
5 – Dietary Minerals
Perlu diingatkan di sini bahawa “Monosaccharides”, “Fatty Acids” (Asid lemak) dan “Amino Acids” (Asid Amino) merupakan struktur asas untuk Karbohidrat, Lemak dan Protein. Tidak seperti Essential Amino Acids (EAA) atau Essential Fatty Acids (EFA), Essential Monosaccharides jarang kita dengar hadir dalam bentuk supplemen atau tablet. Mengapakah begitu? Soalan ini SS tinggalkan untuk para pembaca jawab di ruangan komen.
Penting sangatkah nak kena tahu tentang essentials ni?
Kalau diikutkan, kesemua essentials ini wujud dalam kebanyakkan makanan yang kita ambil. Namun kita tidak sedar yang makanan-makanan ambilan kita semakin hari semakin merapu. Sampai satu tahap, ada yang cakap, “makan keropok lekor pun dah cukup la encik SS, ada protein apa..” (SS perasan juga trend diet makan keropok lekor menggantikan “nasi dan lauk pauk yang lain” ini sedang meningkat naik popularitinya)
Contoh-contoh makanan yang mengandungi essentials?
Essential Monosaccharides – Terdapat 8 kesemuanya untuk manusia, tetapi hanya ada 2 sahaja yang hadir dalam makanan yang kita ambil seharian iaitu Glucose (contoh mudah gula yang kita ambil) dan Galactose (dari sumber tenusu). Essential Monosaccharides terbukti secara sains bertanggungjawab untuk pembentukan glycoproteins dan glycolipids, yakni komponen yang bertanggungjawab sebagai ‘antena’ ketika sel-sel dalam badan kita berkomunikasi.
Essential Amino Acids – Terdapat 10 kesemuanya untuk manusia. Boleh didapati dari sumber protein berkualiti seperti telur, ayam, ikan, daging, susu, protein whey, soya.
Essential Fatty Acids – Terdapat 2 sahaja untuk manusia yang diketahui setakat ini, alpha-linolenic acid (omega-3 fatty acid) dan linoleic acid (omega-6 fatty acid). Antara sumber terbaik ialah ikan, flaxseed, biji bunga matahari, soya, sumber kekacang, dan sayuran berdaun.
Vitamins – Terdapat dalam kebanyakkan sayur-sayuran, buah-buahan, gandum, kekacang, daging, susu, telur
Minerals – Daging, makanan belum diproses, makanan laut (kerang, kupang), bijirin, gandum, buah-buahan, sayuran
Komen SS: Vitamin dan Minerals sudah dikupas, tentang Essential Fatty Acids pun dah dikupas. Essential Amino Acids akan dikupas tidak lama lagi.. topik ni mungkin dinanti-nantikan semua terutama kaum adam yang sedang berjinak-jinak dengan besi (gym goers).
Ss sory ye komen ni lari dr topik sket tp hrp ss dpt jwb..sy baru berjinak2 dgn diet cara ss,dan tahu penting utk mkn byk kali iaitu 5 or 6 kali sehari tp dlm kuantiti sdikit dan kalori yg terjaga,cuma yg saya kurang pasti,berapa jarak antara 1 meal dgn meal yg lain ye?3 jam atau 4 jam beza?cth saya sarapan jam 7 pagi,kemudian utk alas perot jam 10 (jarak 3 jam) atau jam 11 (jarak 4jam)?sbb ss ade pesan jugak jgn biar perot berlapar,kerap mkn dpt tingkatkan metabolisme.. :) tq ss..
minimum 3 jam, maksimum 4 jam.. kira dalam 3-4 jam ler..
kalo lepas 2 jam dah lapa balik mcm mane tu mr SS…hehehe..lps sarapan bleh survive smpai 3 jam kalo heavy bkfast..
itu petanda yang bagus.. makan saja, tapi makesure catat/dan rekod berapa kalori yang diambil ke dalam food log :)
Essential Monosaccharides jarang hadir dalam bentuk supplemen atau tablet.mungkin sebab Essential Monosaccharides ni dapat dihasilkan secara semulajadi oleh badan kite kot…btol x mr SS
Daripada 8 Essential Monosaccharides, hanya ada 2 je yang diperoleh menerusi diet, dan salah satunya glukosa.. selebihnya (lagi 6) hadir menerusi sintesis, yakni badan kita hasilkannya sendiri tetapi dalam kuantiti yang sangat kecil.. sekarang ada kajian terkini yang cakap kita perlukan kesemua 8 Essential monosaccharides untuk mengelak dari terkena penyakit2 lumrah manusia..
Ejoy….u ke yg komen pasal macro n micro dlm kelab diet online tu?
ha’ah.. saya tu Liz.. kenapa? ;)
esssential monosacharides tak wujud dlm supplement sebab makanan ruji kita, dan mostly makanan + minuman kita memang ada bahan ini. wujudnya mereka dlm abundance, dlm nasi, roti, air minum yang ada rasa manis,
Seperti yang saya cakap pada eliza, daripada 8 Essential Monosaccharides, hanya ada 2 je yang diperoleh menerusi diet, dan salah satunya glukosa.. selebihnya (lagi 6) hadir menerusi sintesis, yakni badan kita hasilkannya sendiri tetapi dalam kuantiti yang sangat kecil.. sekarang ada kajian terkini yang cakap kita perlukan kesemua 8 Essential monosaccharides untuk mengelak dari terkena penyakit2 lumrah manusia.. :)
info bgs