The Super-Analogy of Jantung, Aset Terpenting Manusia!

Duit dan pangkat boleh dicari, tapi jantung yang rosak, mungkin tiada gantinya“.

Jantung merupakan aset paling penting dalam dunia ini. Ibarat seperti enjin yang menggerakkan kereta, begitulah peranan jantung dalam tubuh kita.

Meskipun begitu, ramai yang mengabaikan kesihatan atau nafkah jantung mereka. Iyalah, masakan statistik pembunuh no.1 artis, ahli politik, ahli sukan di Malaysia adalah berpunca dari JANTUNG?

Korang boleh menjaga jantung korang secara ‘indirect‘ menerusi diet seperti kurangkan pengambilan lemak tepu dan lebihkan ambilan lemak poli tak tepu seperti Asid lemak Omega 3.

Menjaga jantung ini ibarat orang yang baru dapat kereta. Dia akan cuba sebaik mungkin untuk jaga kereta tu elok-elok. Tapi sampai bila dia nak buat macam tu? Lambat laun kita perlu juga buat servis enjin kereta untuk buang “dead carbon” yang ada di dalamnya.

Sama seperti enjin kereta, jantung kita juga perlu di servis dengan lebih kerap untuk membuang ‘plaque‘ yang terkumpul pada salah satu tiub yang membekalkan ‘petrol’ (darah) beroksigen ke seluruh tubuh. Tiub ini kita panggil arteri.

Tapi nak servis jantung kita ni bukan susah pun, tak perlu hantar bengkel bagai, tak perlu dikeluarkan dari tubuh. Cukup dengan satu dos senaman yang membawa jantung kita bekerja sekitar 70% dari kadar degupan maksimanya selama 20-30 minit. Alah, senang cerita korang kena bersenam je lah!

 

Kenapa perlu servis jantung?

Apabila jantung mengepam, ia akan menghantar darah melalui arteri (pembuluh darah). Kebanyakan arteri manusia pada hari ini mempunyai plaque hasil daripada pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Plaque ini akan melekat pada dinding arteri dan ia akan terus berkumpul dan menebal pada dinding arteri. Penebalan ini akan menyebabkan salur darah arteri menyempit dan menyukarkan darah beroksigen melaluinya.

Oleh sebab penyempitan ini, tekanan darah yang melalui kawasan tersebut akan meningkat (prinsip fizik ni, siapa masih ingat?).

Ibaratkan seperti proses pengaliran air pada hos / getah paip. Apabila pili air dibuka, air yang keluar dari hos getah adalah normal alirannya. Namun apabila korang mula mengecilkan sebahagian hujung hos getah tersebut, apa yang akan berlaku?

Betul, aliran air mula menjadi laju! Air yang berada dalam hos getah akan mengalami tekanan yang tinggi dan tidak mustahil hos getah akan tercabut dari pili air disebabkan oleh tekanan tersebut.

Selain itu, disebabkan laluan arteri yang sempit, jantung juga berusaha untuk berdegup sebanyak kali yang mungkin demi mengepam sejumlah darah beroksigen untuk keperluan bahagian tubuh yang lain. Ya lah, laluan arteri yang lancar (lebih efisyen) mampu membekalkan banyak darah beroksigen berbanding laluan arteri yang sempit (kurang efisyen).

Diari Diet

Ini sekali gus meningkatkan kadar degupan jantung (nadi) per minit. Justeru jangan terkejut, hatta dalam fasa rehat sekali pun, jantung perlu giat berdegup ‘kencang’ sama seperti orang normal (sihat) yang sedang bersenam! Jantung terpaksa memikul beban dengan berdegup berkali ganda lebih banyak dari biasa, SEPANJANG MASA!!

Tak kesian ke dengan jantung korang, aset nombor satu dalam tubuh tu!!!!!

 

Jadi apa yang korang perlu buat untuk selesaikan masalah ini?

Pertama, jaga makan! Kebanyakan makanan yang ada di Malaysia memang tinggi kandungan lemak terutama lemak tepu. Lemak tepu sukar digunakan dalam metabolisma sel berbanding lemak poli tak tepu sebab lemak tepu dah sedia kukuh dan stabil.

Jadi macam mana nak jaga makan? Tak susah pun. Setiap kali korang nampak roti boom dan tetibe rasa teringin nak makan, INGAT JANTUNG KORANG! Bayangkan yang ia semakin ‘nazak’ berdegup dari hari ke hari…

Setiap kali korang nampak kuah lauk yang berminyak setebal 3 inci, INGAT JANTUNG KORANG !

Setiap kali rasa nak beli makanan bergoreng… ingat JANTUNG KORANG!

Kedua, WAJIB bersenam, tiada kompromi! Yang ni saya tak nak terangkan panjang-panjang protokolnya. Cukup sekadar untuk berpesan, kalau korang tak pernah bersenam, balik kerja petang nanti, jangan lupa singgah sekejap di taman. Mana-mana taman pun tak apa. Parking kereta tu, dan “brisk-walking” pusing taman tu 2-3 pusingan..

Kalau rasa seronok, stress pun mula hilang, syukur.. esok lusa, ulang lagi rutin yang sama setiap kali balik kerja.

Tip yang ketiga? Mana ada yang ketiga. Ulang je kedua-dua tip yang saya sebut tadi. Islam panggil Istiqamah. Maksudnya disiplin dan fokus. Jadikan kedua-duanya sebahagian dari GAYA HIDUP!

Jadi sebelum saya habiskan sharing saya pada kali ni, saya nak tanya sekali lagi…

Korang tak sayang ke dengan jantung korang?”

 ====

Artikel ini dipetik dari Facebook Susu Sejat dan merupakan salah satu topik yang dimasukkan dalam Siri Buku Celoteh Susu Sejat. Untuk mendapatkan siri buku ini, klik sini (Whatsapp) atau sini (Facebook).

Comments

  1. By aat kacak

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *