Tip 12: Lagu ‘Workout’ yang mana pilihan hati?

Pushing your butt beyond the limit!

Agak lama juga idea untuk menulis entri ini dikeluarkan (2010) tetapi disebabkan terlalu banyak penangguhan, maka hari ni barulah aku berkesempatan untuk menulisnya secara penuh.

Apa motif entri kali ini? Entri kali ini aku nak menekankan konsep bahawa lagu amat penting dalam memberikan 200% motivasi ketika bersenam. Tak percaya? Cuba anda lari di atas treadmill untuk 30 minit tanpa sebarang lagu atau hiburan, yang ada di depan anda hanyalah persekitaran gym/atau rumah anda sendiri, mungkin hanya sebuah pasu bunga atau seketul sofa. Aku jamin setiap 2-3 minit mata anda pasti akan menjeling ke arah paparan “how much calorie i’ve burnt” yang ada pada panel mesin treadmill tersebut, tak pun sesekali anda akan menjeling jam di tangan anda dan mengeluh, “aiseh, baru 5 minit aku berlari, aku ingatkan dah 5 jam”. Bosan ke tidak tu saudara dan saudari sekalian?

Maka dengan itu, peranan lagu amat penting dalam melayan jiwa kita ketika bersenam agar ia (jiwa kita) tidak berasa bosan, malah lagu akan memberitahu emosi kita secara halus “terus berusaha wahai encik SS, jangan mengalah, kalau terus berusaha, pasti berjaya!”

Sebagai seorang yang pernah mengarang beberapa lagu, aku percaya lagu merupakan sebuah medium perantaraan untuk seorang komposer tersebut mentranskripkan (menterjemahkan) apa yang terbuku dalam jiwa/emosinya ke dalam apa yang kita kenali sebagai melodi (muzik). Ia merupakan konsep perhubungan dari jiwa ke jiwa, hati ke hati. Pendengar yang mendengar lagu tersebut pula akan dipengaruhi dengan menterjemahkan kembali melodi tersebut sebagai sesuatu yang sedih, gembira, bersemangat, atau sebagainya (bergantung pada tema lagu tersebut), dan ini hanya dapat difahami jika lagu tersebut dihayati dengan sepenuh jiwa.

Lagu = medium untuk menyampaikan apa yang dirasai oleh penulisnya kepada pendengarnya. Ia bahasa jiwa dan emosi.

Emosi (si komposer) –> Lagu –> Emosi (si pendengar)

Untuk itu, aku dengan berasa bangga ingin mengetengahkan 3 buah lagu yang pada aku amat berjasa dalam membuatkan aku untuk terus kekal fokus dan bersemangat ketika bersenam (terutamanya ketika latihan kardio dan berjogging). Ada banyak lagi lagu sebenarnya yang seakan-akan menghasut aku supaya “memberontak ketika bersenam”, tetapi di sini aku nak kongsikan 3 lagu sahaja dahulu yang pada hemat aku terbaik. Aku akan pastikan 3 lagu ini sentiasa ada dalam mana-mana playlist workout aku. Tema ketiga-tiga lagu ini adalah “bersemangat” dan dengan beat yang agak progressif/rancak seperti ini, aku percaya anda semua pasti tidak akan berasa bosan ketika bersenam bila mendengarnya.

.

1 – Mortal Kombat (theme)

Lagu ini merupakan lagu tema untuk filem Mortal Kombat (1995) yang diadaptasi dari video game nya menggunakan nama yang sama. Bagi aku, lagu yang bergenre “techno” ini amat sesuai dijadikan sebagai lagu tema senam robik yang menggunakan asas-asas seni pertahanan diri sebagai langkah-langkah utamanya (seperti kick boxing atau muay boran), namun tak dinafikan ia juga mampu meningkatkan semangat aku selepas 20 minit berlari. Secara umumnya, ia sesuai untuk semua bentuk kardio.

.

2 – Gold Guns Girls – Metric

Lagu ini tidak dinafikan sangat rancak (suka beat drum dia yang bersemangat) dan mengasyikkan dari awal hinggalah ke penghujungnya. Sambil aku berlari/jog melayan rentak lagu ini, secara perlahan-lahan aku akan menuruti juga lirik lagu ini yang sememangnya menyampaikan sebuah emosi seorang “pemberontak”, memukul semangat dan adrenalin aku supaya terus mengalir dalam pembuluh darah tanpa henti. Aku paling suka pada minit ke 2:35 lagu ini (sehingga habis) di mana pada bahagian tersebut liriknya akan berkali-kali mengulang “more and more.. more and more.. more and more” (pada ketika ini aku akan tingkatkan kelajuan larian aku 2 kali ganda dari biasa dan seperti dirasuk, bibir aku akan turut sama menitipkan “more and more.. more and more.. more and more” – serius tak terasa penat, malah terasa nak “beri lebih” lagi ada)

“I remember when we were gambling to win
Everybody else said better luck next time
I don’t wanna bend, Let the bad girls bend
I just wanna be your friend
Why you givin’ me a hard time
I remember when we were gambling to win
Everybody else said HA HA HA HA HA HA HA

Is it ever gonna be enough
Is it ever gonna be enough
Is it ever gonna be enough

Is it ever gonna be enough
Is it ever gonna be enough
Is it ever gonna be enough

More and more, more and more, more and more,
More and more and more and more, more and more”

.

3 – Ha Ha You’re Dead – Green Day

Aku tahu tema lagu ini juga seakan-akan “memberontak” (genre punk), tapi percayalah tema lagu seperti inilah yang akan membuatkan kita terasa nak “beri lebih” ketika bersenam. Motivasi seperti ini yang kita perlukan supaya tidak putus asa dan cepat bosan dengan rejim senaman yang dilakukan.

Itu sahaja perkongsian aku setakat ini. Bagaimana pula dengan anda semua? Apakah lagu pilihan anda ketika bersenam? (Atau mungkin anda tak pernah bersenam dan hanya mengharapkan mesin menggetarkan pepejal lemak dalam badan anda?) Kongsikan bersama rakan-rakan lain di ruangan komen.

Komen SS: Berdasarkan pemahaman liriknya secara umum, lagu “Gold Guns Girl” tu mungkin sesuai untuk perempuan yang sedar badan mereka tak lah secantik mana berbanding rakan-rakan mereka, tetapi sering mendapat kritikan dan perli dari mereka-mereka yang kononnya cantik (gambling to win = usaha nak kurus, tapi susah sangat, better luck next time). Maka dengan itu, sila lepaskan semua geram anda yang terpendam dengan membakar lebih banyak kalori ketika mendengar lagu ini!

Comments

  1. By team besar

    Reply

  2. By Raisha

    Reply

  3. By unnie

    Reply

  4. By stay margina

    Reply

  5. Reply

  6. By afiq

    Reply

  7. By Mak nom

    Reply

  8. By dayang

    Reply

  9. By kays

    Reply

    • Reply

  10. By wahed

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *