Tip 13: Produk Organik ATAU Produk Biasa, yang mana satu pilihan hati?

“Perang antara Doktor” dan sedikit maklumat berkenaan Tomato

Seringkali kita terdengar bahawa produk makanan berasaskan organik adalah jauh lebih bagus dari produk-produk yang dihasilkan secara moden (konvensional). Ditambah pula harganya yang jauh lebih mahal setara dengan proses penanamannya yang ‘kompleks’, para pengguna diyakini bahawa produk organik itu jauh lebih selamat dan berkhasiat dari produk yang dihasilkan menggunakan baja dan racun kimia yang biasanya jauh lebih murah. Itu apa yang kita dengar dari mulut penjual yang menjual barangan organik, atau mereka yang pro-organik. Saya percaya majoriti “Sale assistants” yang ada di pasaraya-pasaraya besar seperti Tesco atau Jusco akan turut memberitahu hal yang sama. Namun bagaimana pula dengan penjelasan di sebaliknya?

Kebanyakkan sayur dan buah yang di jual di Tesco adalah bukan dari jenis organik dan lebih murah harganya. Produk organik biasanya tidak dibiarkan terdedah seperti dalam gambar ini sebaliknya dibungkus elok-elok dengan pakej yang menarik. ( Sumber gambar: http://1ondoncalling.wordpress.com/ )

Kebanyakkan sayur dan buah yang di jual di Tesco adalah bukan dari jenis organik dan lebih murah harganya. Produk organik biasanya tidak dibiarkan terdedah seperti dalam gambar ini sebaliknya dibungkus elok-elok dengan pakej yang menarik. ( Sumber gambar dari http://1ondoncalling.wordpress.com )

Dr. Smith-Spangler – “Sayur organik ke, sayur biasa ke, sama saja!”

September tahun lalu, sebuah jurnal akademik berkenaan isu ini telah ditulis oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Crystal Smith-Spangler dari Stanford University, US. Kertas kajian bertajuk “Are Organic Foods Safer or Healthier Than Conventional Alternatives?: A Systematic Review” yang disiarkan dalam jurnal “Annals of Internal Medicine” (American College of Physicians) itu merupakan review bertulis yang merangkumi 240 kajian berkenaan nutrien dan tahap pencemaran makanan (contamination) yang dijalankan sejak tahun 1966 hinggalah tahun 2011. Kertas kajian tersebut boleh diakses di sini jika anda bercadang ingin merujuknya sendiri.

Antara hasil yang diperolehi menerusi penelitian yang ditulis dalam kertas kajian itu:

1 – Tiada perbezaan yang signifikan akan jumlah Vitamin yang ada dalam buah / sayuran organik berbanding buah / sayuran yang dihasilkan menerusi kaedah pertanian biasa yang melibatkan penggunaan racun rumpai (herbicide) dan racun serangga (pesticide). Hasil rumusan ini melibatkan penelitian spesifik jumlah vitamin larut lemak (A, D, E dan K) dalam kedua-dua kelompok sampel (organik vs biasa). Ini bermaksud, tiada perbezaan dari segi jumlah Vitamin tertentu pun di antara “Sayuran A” dari jenis biasa dan “Sayuran A” dari jenis organik.

2 – Residue pesticide atau saki baki pesticide yang tertinggal pada buah / sayuran organik adalah secara purata 7%, manakala dalam buah / sayuran jenis biasa pula adalah lebih tinggi iaitu 38%. Meskipun terdapat perbezaan yang ketara, hanya ada 3 kajian (dari 240 kajian) saja yang melaporkan terdapatnya baki kandungan pesticide tertinggal yang melebihi had mengikut garis panduan EU (European Union) dalam kedua-dua produk organik dan produk biasa.

Ini bermaksud secara umumnya buah / sayuran biasa adalah selamat untuk diambil dan “relatively harmless to health” berdasarkan standard toxicology sedia ada. Seperti yang kita sedia maklum, EU mempunyai polisi dan garis panduan yang lebih ketat dari US apabila perbicaraan produk GM dan Organik mengambil tempat, justeru justifikasi ini amatlah boleh diguna pakai. Tambahan pula, kebiasaannya bukan semua 38% residue ini akan masuk ke dalam badan kerana kebanyakkannya akan disingkirkan melalui tindakan “membasuh dahulu sayur dan buah sebelum makan / masak”.

sembur-pesticide

Namun apa yang lebih menarik di sini adalah, bagaimana 7% pesticide itu boleh wujud dalam buah / sayuran organik, sedangkan produk organik sepatutnya bebas pesticide? Penulis berpendapat hal ini akan terus berlaku tak kira sejauh mana pun “organik” nya method penanaman yang di dakwa oleh pengusaha; ini kerana pesticide boleh dikatakan wujud merata dalam tanah, dan aliran air dari sungai, dan tidak sukar sebenarnya racun serangga ini untuk merebak ke serata alam sekitar menerusi medium yang dinyatakan. Realitinya alam sekitar ini tidak boleh dikuarantinkan, amat berbeza dengan cerita fiksyen “Resident Evil” yang anda tonton.

3 –  Tidak kira buah / sayuran organik atau tidak organik, kedua-duanya memiliki risiko yang sama untuk terdedah dengan pencemaran bakteria (contamination), terutama sekali pada hasil tanaman organik. Bukankah bakteria dan fungi suka pada sesuatu yang ‘fresh’ dan asli?

4 – Konklusi kertas kajian Dr. Smith-Spangler dan rakan-rakan dipetik menyebut,

The published literature lacks strong evidence that organic foods are significantly more nutritious than conventional foods. Consumption of organic foods may reduce exposure to pesticide residues and antibiotic-resistant bacteria.

(Terjemahan: “Penulisan yang disiarkan kekurangan bukti kukuh yang menunjukkan makanan organik adalah lebih bernutrisi berbanding produk makanan biasa yang sama jenis. Pengambilan makanan organik mengurangkan pendedahan terhadap pesticide dan bakteria rintang antibiotik”)

.

Dr. Mercola – “Organik lebih berkhasiat!!!!”

Siapa tidak kenal dengan Dr. Joseph Mercola? Beliau merupakan doktor (Doctor of Osteopathic Medicine) yang amat dikenali menerusi laman webnya Mercola.Com; saya percaya ada di antara anda yang pernah merujuk ke laman web beliau untuk mencari info tertentu. Laman web tersebut juga digunakan sebagai platform untuk memarketkan beberapa rawatan perubatan alternatif dan supplemen kesihatan. Selain bertindak sebagai founder laman web, beliau juga pernah menulis beberapa buah buku antaranya “The No-Grain Diet” dan “The Great Bird Flu Hoax”, salah satunya telah dikatakan mencapai status “best-selling“.

mercola

“My passion is to transform the traditional medical paradigm in the United States, and that consumes most of my free time. The existing medical establishment is responsible for killing and permanently injuring millions of Americans, but the surging numbers of visitors to Mercola.com since I began the site in 1997 – we are now routinely among the top 10 health sites on the Internet – convinces me that you, too, are fed up with their deception. You want practical health solutions without the hype, and that’s what I offer.” – Dr. Mercola’s as quoted in Mercola.Com

Keratan kenyataan ‘keras’ di atas memang saya ambil bulat-bulat dari teks yang disediakan beliau. Di US, imej Dr. Mercola lebih diselubungi kontroversi akibat kelantangan beliau mengkritik pelbagai aspek “standard medical practice” termasuklah pemvaksinan (menentang kerana dalam vaksin ada toksin dari bakteria / virus) dan preskripsi ubat dalam merawat penyakit. Beliau dan syarikat beliau pernah diberi amaran oleh US FDA sebanyak 3 kali kerana sering mengeluarkan kenyataan yang tidak sah berhubung ‘keajaiban’ produknya dalam mengesan, mencegah dan merawat berbagai jenis penyakit.

Dalam konteks pemilihan makanan pula, beliau merupakan seorang yang “pro” makanan tak diproses dan amat mengagumi “Paleolithic Diet”. Disebabkan terlalu ekstrim, beliau banyak bercanggah pendapat dengan apa yang diterima meluas oleh mainstream nutritionist, termasuklah menggalakkan orang ramai untuk menggunakan lemak tepu tidak diproses dari minyak kelapa (unrefined coconut oil) berbanding menggunakan minyak masak poli tak tepu sedia ada di pasaran seperti minyak jagung, minyak sayur dan sebagainya yang didakwa tidak menyihatkan (kalau nak hurai semua pandangan ekstrim dan kontroversi beliau memang tak cukup satu entri, kalau terasa nak baca lagi, boleh ke sini, memang menarik sebagai bacaan tambahan)

fruits-veggies

Berbalik pada perbincangan asal, apa pula kata Dr. Mercola berhubung makanan Organik? Sekiranya soalan ini diajukan dalam kertas peperiksaan SPM, saya percaya soalan itu mesti adalah soalan bonus. Sudah pastilah beliau menyokongnya! Beliau ada menulis juga hal ini dalam laman web beliau minggu lalu (masih fresh dari oven artikel ni) dan boleh diakses di sini. Apa yang ditulis di sana amat kontradik dengan apa yang ditulis oleh  Dr. Smith-Spangler dan rakan-rakan, seperti yang saya huraikan tadi.

Antaranya, Dr. Mercola memetik satu kajian yang diterbitkan tahun ini dalam jurnal PLOS yang menyebut tomato yang ditanam secara organik adalah lebih berkhasiat dari tomato yang ditanam biasa kerana mengandungi 55% lebih vitamin c dan 139% lebih jumlah phenol berbanding tomato biasa. Selain itu, antara isi-isi penting yang disentuh beliau dalam artikel itu adalah:

1 – Sayur-sayuran yang dijual pada hari ini dah tak menyihatkan macam dahulu – secara purata semua sayur (bukan organik) kehilangan 5 hingga 40% mineral berbanding 50 tahun yang lalu.

2 – Hasil tanaman organik adalah lebih baik dalam menangani penyakit seperti kanser – menggunakan hujah kajian dalam Journal of Agricultural Food Chemistry (2003)

3 – Menyelar hasil kajian Dr. Smith-Spangler dengan kenyataan berikut: “Many “health” experts insist there is little difference between organic and conventionally raised produce, but their arguments are flimsy at best. For example, a 2012 meta-analysis by Stanford University. received widespread media coverage, and with few exceptions, conventional media outlets used it to cast doubt on the value of an organic diet. You had to be a reader of alternative media to get the real scoop on this study“. Cara beliau meletakkan pembuka kata pada perkataan “health” itu adalah sangat sarcastic (menyindir)! Lihat pula pada kenyataan yang digariskan di bawah (beliau kan anti pemvaksinan)

sarcastic

4 – Tomato perlu dimakan bersama lemak untuk penyerapan nutrien ke dalam badan yang optimum, kerana lycopene yang ada pada tomato adalah nutrien yang larut lemak – disarankan makan bersama lemak sihat seperti minyak zaitun atau lemak tepu dari lembu (cadangan lemak tepu dari lembu tu memang paradoks dengan mainstream nutrition)

5 – Tomato yang dimasak lebih baik dari tomato mentah – apabila tomato dipanaskan pada 88 darjah Celcius selama 30 minit, kandungan cis-lycopene (form lycopen yang paling mudah diserap tubuh berbanding trans-lycopene) meningkat 35% dari tomato yang mentah (menggunakan sumber rujukan kajian dalam Jurnal of Agricultural and Food Chemistry 2002)

6 – Konklusi artikel, kembali kepada penanaman organik adalah seperti “kembali kepada fitrah”. Hidup organik! Hidup organik!

Proses menyembur pesticide (racun serangga) - proses ini ada pada penanaman biasa / konvensional, tetapi tiada dalam penanaman organik.

Proses menyembur pesticide (racun serangga) – proses ini ada dalam penanaman biasa / konvensional, tetapi tiada dalam penanaman organik.

Apa pilihan anda?

Kaji selidik Nielsen di US (2010) mendapati 76% pengguna US membeli hasil tanaman organik kerana PERCAYA ia lebih menyihatkan berbanding hasil tanaman biasa yang lebih murah, 53% memilih organik kerana percaya ia bebas pesticide dan toksin, 51% memilihnya kerana ia lebih bernustrisi berbanding hasil tanaman biasa, manakala 49% lagi memilih kerana teknik penanaman organik adalah yang terbaik untuk alam sekitar.

Di Malaysia pula, senario yang sama tak kurang bezanya. Antara faktor-faktor yang membawa kepada pemilihan hasil tanaman organik di Malaysia adalah jantina (perempuan lebih suka organik berbanding lelaki), faktor harga, faktor mempunyai kualiti yang baik, keselamatan makanan, mesra alam sekitar, dan pengesahan (sijil) dari Malaysian Organic Scheme (SOM).

Namun bagaimana pertimbangan anda pula setelah terbaca ulasan ini? Yang mana satu menjadi pilihan hati anda, hasil tanaman organik atau hasil tanaman biasa yang jauh lebih murah?

Komen SS: Walau apa pun pilihan anda, apa yang lebih penting adalah mempertingkatkan lagi pengambilan sayur dan buah-buahan ke dalam diet harian anda yang mana pada hari ini tidak ramai yang berjaya melakukannya, itu yang cuba disampaikan oleh Dr. Smith-Spangler menerusi komentar beliau dalam laporan yang sama di laman berita USA Today. Secara peribadi, saya cenderung memilih hasil tanaman yang biasa saja buat masa ini kerana ia jauh lebih murah dan ‘mesra dompet’, sesuai dengan bajet saya pada hari ini.

Comments

  1. By Latifah

    Reply

  2. By farahmasda salleh

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *