Tip 3: Buah yang mana pilihan hati? (Bahagian 1)
Aku sering menasihati mereka yang cuba untuk menurunkan atau menaikkan berat badan, agar menjadikan buah-buahan tersebut sebagai ‘rakan karib’ mereka tatkala perut mula berasa lapar (waktu snek). Tiada definisi sahih yang menunjukkan, buah ini tidak patut dimakan jika ingin menurunkan berat badan, dan buah ini harus dimakan untuk menurunkan berat badan. Tiada. Naik berat badan atau turunnya berat badan, semua bergantung kepada jumlah kalori yang diambil dalam sehari. Sila rujuk kepada ruangan ‘Kelas Kalori’ di atas untuk mempelajari lebih lanjut akan hal ini.
Berbalik kepada tajuk perbincangan kita sebentar tadi, iaitu buah. Kenapa aku sarankan buah-buahan ini dijadikan sebagai rakan karib? Pertama, buah-buahan kaya dengan vitamins, minerals, dan phytochemicals yang membantu melancarkan lagi sistem biokimia di dalam tubuh badan. Kedua, buah-buahan merupakan sumber serabut (fibre) yang baik, membantu dalam melancarkan lagi proses pelawasan ketika membuang air besar. Tahukah anda bahawa kita memerlukan sekurang-kurangnya 18g serabut sehari untuk memastikan sistem pelawasan kita sentiasa berada pada tahap lancar?
Di sebalik kebaikan buah-buahan, ramai yang masih keliru dalam memilih jenis buah-buahan yang patut diambil dalam diet seharian. Berikut aku senaraikan dahulu ‘kategori’ buah-buahan yang patut dielakkan.
1 – Buah-buahan dalam Tin
Kalau buah-buahan tersebut memang susah untuk dijumpai dan hanya terdapat dalam produk tin, dan andaikata anda benar-benar kepingin untuk menikmatinya, sila pastikan buang segala sirap yang ada, dan basuh semula buah-buahan tersebut dengan air masak.
Sampai juga kita kepada isi yang paling penting, iaitu memilih buah-buahan yang tepat dan menyihatkan. Memanglah semua buah-buahan asli itu segar dan elok untuk dimakan, namun ketahuilah, ada segelintir buah-buahan juga yang harus kita waspada untuk memastikan kita menggunakan sebaik mungkin kuota kalori yang ada untuk ‘sumber yang berfaedah’. Apakah buah-buahan tersebut En. SS? Dan apakah pula jenis-jenis buah-buahan yang HARUS dimakan? Semua itu, akan aku kupas dalam bahagian seterusnya. (Bersambung di entri ini)
xmakan buah la..cemana ek…huhu
nana, kenapa tak mahu makan buah? bukankah buah-buahan itu sedap, manis, dan juicy? ;)
good sharing,
Thanks cik xxx =)
ade member y jenis LGSG tak sentuh sayur+buah ,, buah ade jugak ,, tp sket sgt dye makan. tp kurus. body lawa. ade bad effect ta klw camtuh ?
*suke buah + sayur ,, mak d0c ,, s0 da biase dr kecik
Long term effect mesti ada… tapi tengok juga, kalau dia ok jer, jarang jatuh sakit, mungkin sebab antibodi dia memang kuat, atau dia dapat vitamin dari sumber lain.. kekacang mungkin.
tinggi jugak ye kalori kurma.baru tahu.
kene amalkan selalu sbb sy pun sdg mncari mknn yg bkalori tinggi :)
tq 4 d info