Tip 3: Buah yang mana pilihan hati? (Bahagian 2)

Pada entri yang lepas, aku sudah menceritakan mengenai jenis-jenis buah yang patut dihindari kerana kalorinya yang ‘tersembunyi’, dan jika diamati, semua jenis-jenis buah yang dinyatakan adalah tergolong dalam makanan yang telah diproses.

Azalinya, semua buah-buahan yang wujud di atas muka bumi ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun, adakah kita benar-benar pasti kita telah mengambil buah-buahan yang tepat bersesuaian dengan perancangan diet kita? Adakah kalori semua buah-buahan itu sama? Kali ini, tiba pula giliran untuk aku menceritakan buah-buahan (nama) yang harus dimakan kerana kualitinya/kebaikannya, dan buah-buahan yang harus kita waspada, kerana kandungan kalorinya yang tinggi.

Yang patut dimakan…

1) Apricots – (3 apricots = 51kcal): Sumber beta-carotene, yang kemudiannya akan ditukar kepada vitamin A oleh tubuh badan.

2) Betik [papayas] – (1 cup, cube = 55kcal): Secawan betik mengandungi 86mg Vitamin C, 2.5g serabut, berserta sedikit beta-carotene dan calcium.

3) Blackberries – (1 cup = 74kcal): Secawan Blackberries mengandungi 10g serabut, merangkumi kira-kira 1/2 yang diperlukan dalam sehari! Makan 2 cawan Blackberries sehari dan sistem pelawasan anda pasti menjadi lancar.

4) Blueberries – (1 cup = 81kcal): Menyekat pertumbahan bakteria pada salur urine, sekaligus mencegah jangkitan bakteria pada ginjal.

5) Epal [apple] – (1 medium = 80kcal): Sebiji epal mengandungi 3g serabut (fiber), merangkumi kira-kira 1/6 yang diperlukan oleh kita dalam sehari. Diet tinggi serabut boleh mengurangkan risiko sakit jantung.

6) Kiwi – (1 medium = 46kcal): Sebiji buah kiwi mengandungi 74mg Vitamin C dan 2.8g serabut.

7) Mangga [mango] – (1 mango = 135kcal): Sebiji mangga sudah cukup untuk membekalkan anda beta-carotene (Vitamin A) disamping mengandungi 57mg Vitamin C.

8) Oren [orange] – (1 orange = 61kcal): Sebiji oren mengandungi tidak kurang daripada 50mg Vitamin C, 40mcg Folic Acid, dan 52mg Calcium.

9) Pear – (1 medium = 103kcal): Sebiji pear membekalkan 5.5g serabut, mewakili 1/4 yang diperlukan dalam sehari, disamping mengurangkan kadar kolesterol dalam darah dan memastikan kita ‘hidrat’ sepanjang hari.

10) Pisang [banana] – (1 medium = 105kcal): Sumber potassium yang terbaik, yang membantu fungsi kesihatan jantung dan otot. Aku sarankan pisang sebagai sumber karbohidrat yang bagus untuk diambil ketika awal pagi, sebelum dan selepas ‘senaman pemberat’ (dan bukannya selepas makan nasi, seperti yang biasa dibuat orang ketika lepak mamak).

11) Strawberries – (1 cup = 50kcal): Secawan strawberri mengandungi ellagic acid dan anthocyanins yang tinggi, disamping 95mg Vitamin C dan 3.8g serabut.

12) Tomato – (1 medium = 35kcal): Buah yang paling popular dikalangan mereka yang berdiet untuk turun berat badan di negara-negara barat. Mengandungi antioksidant yang membantu mencegah keletihan, kekejangan, hypertension, dan penuaan kulit. Mengandungi Vitamin A, C, beta-carotene, potassium, phosphorus, zat besi dan serabut.


…dan buah yang anda patut waspada..

1) Durian – 5 ulas durian bersamaan dengan 64kcal. Dan aku tahu, 10 ulas durian tu tidak mencukupi buat mereka yang ‘hantu’ durian.

2) Kurma – 5 biji sahaja sudah mengandungi sekurang-kurangnya 100kcal.

3) Pejibaye – juga dikenali sebagai “Calorie Fruit”, adalah buah yang paling tinggi nilai kalorinya di dunia. Buah ini boleh didapati di benua Amerika Selatan, terutamanya di Peru. Secara purata, sebiji buah Pejibaye (saiz seperti jambu air) mempunyai kira-kira 1096kcal, iaitu kira-kira separuh daripada kuota Kalori kita untuk sehari!!

Buah yang tersenarai dalam senarai yang harus dimakan ini adalah berdasarkan pendapat aku sahaja. Hakikatnya, terdapat banyak lagi buah yang boleh dimakan, bergantung pada selera masing-masing. Dan pastikan anda ketahui jumlah kalori setiap buah-buahan sebelum makan, Ok?

****************************************************************
Setinggi penghargaan buat Fadhli Hamdan yang telah membuat design untuk banner susu sejat yang baru.

Comments

  1. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *