Tip 5: Susu Kacang Soya mana pilihan hati (Drinho)?

Siapa di sini yang suka minum susu kacang soya? Aku juga suka susu kacang soya. Antara produk yang aku ambil ketika fasa pertama weight loss dulu adalah Soyfresh dan Soyrich (sugarless), sebelum aku beralih kepada Susu Tepung untuk fasa weight loss yang kedua. Pernah juga aku mencuba susu soya V-soy dahulu, tapi aku tak berapa galakkan kerana V-soy ni berkalori tinggi. Tapi jangan salah faham pula ya, kerana kalau nak kurus tak semestinya kena minum susu kacang soya.

Namun, entri kali ini aku cuma nak fokus kepada satu jenama susu kacang soya, jenama yang tidak asing lagi di Malaysia, iaitu ‘Drinho’.

Mungkin tersalah pandang, atau aku sahaja yang tak tahu. Tetapi aku perasan di sebuah minimart di Bangi tadi hanya menjual 3 jenis susu kacang soya Drinho (kotak), iaitu Drinho Soya Bean Milk (25% kurang gula), Homesoy Original (resipi tradisi asli), dan Homesoy Brown Sugar (resepi tradisi gula perang).

Perhatikan info makanan ketiga-tiga jenis susu kacang soya Drinho ini, di bawah.

Tak berapa nampak? Tak pe, meh aku susun kembali maklumat tersebut dalam jadual berikut:

(klik untuk perbesarkan)

Susu soya di atas disusun dari kiri ke kanan, dari yang paling rendah kalori dan paling rendah kandungan karbohidrat/gula, hinggalah kepada yang paling tinggi kalori dan paling tinggi kandungan karbohidrat/gula.

Bagi aku, yang mana satu paling berbaloi dan sesuai untuk diminum, adalah sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada matlamat/gol masing-masing. Sekiranya korang begitu menjaga pengambilan kalori (jika TIADA spesifik gol sama ada untuk turun atau naik berat badan), pilihlah jenis yang paling kiri sekali, Drinho Soya Bean Milk. Disamping rendah kalori, harganya juga sedikit murah.

Sekiranya paras gula dalam badan korang sememangnya rendah, mungkin atas faktor penyakit mahupun faktor gaya hidup, boleh pilih antara Homesoy original atau pun Homesoy brown sugar, kerana kandungan gula kedua-duanya sedikit tinggi berbanding yang pertama tadi (rujuk ‘Carbohydrate‘ dan ‘Total Sugars‘). Tambahan, kedua-dua jenis susu soya ini juga rendah kandungan sodium berbanding yang pertama tadi, sekaligus sesuai buat mereka yang mengawal pengambilan sodium dalam sehari.

Buat mereka yang ingin menurunkan berat badan pula, aku sarankan cari jenama produk yang lain selain yang dinyatakan di atas, yang lebih rendah gula dan rendah kalori seperti Soyfresh atau Soyrich.

En. Susu pilih yang mana? Aku akan pilih yang berada di tengah-tengah (Homesoy original) atas faktor keseimbangan yang ia miliki – tinggi protein, seimbang kandungan gula, dan rendah sodium, dan amat sesuai untuk diminum ketika bersarapan pagi di pejabat, tatkala badan memerlukan sedikit sumber glucose untuk bekerja.

P/S: Tak semestinya aku review produk Drinho ni bererti produk ini merupakan yang paling bagus dan berbaloi (dari segi harga dan kualiti) untuk diminum. Aku review ni pun kerana secara kebetulan ternampak promotion kat minimart tadi. Hakikatnya mungkin ada banyak lagi produk yang lebih bagus dan berkualiti. Tunggulah bila aku ke Tesco atau ke Giant nanti, baru boleh review kesemua produk susu kacang soya secara menyeluruh.

Comments

  1. By Wahida Jumaat

    Reply

  2. By Joy Kalonas

    Reply

  3. By cik xxx

    Reply

  4. By Joy Kalonas

    Reply

  5. By Wahida Jumaat

    Reply

  6. By Joy Kalonas

    Reply

  7. By Anonymous

    Reply

  8. By Joy Kalonas

    Reply

  9. By ash

    Reply

    • Reply

  10. By haslina

    Reply

  11. By zaidah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *