Tip 8: Supplemen Multivitamin yang mana pilihan hati? (Bahagian 2)
Rasa-rasanya, entri semalam tidak berapa mendapat sambutan pembaca: tak ramai yang komen (di Blogspot, Facebook), mahupun yang recommend. Apa, tak ramai yang baca? Tak juga, kerana ‘page loads‘ dan ‘unique visitors‘ masih konsisten, bererti entri tersebut memang ada pembacanya. Namun aku fikir, hanya terdapat satu sahaja sebab mengapa entri tersebut tidak mendapat sambutan:
Persepsi sedemikian sudah menjadi lumrah, dan manusia, secara azalinya inginkan sesuatu yang ‘mudah’ dan menyenangkan. Perlukah setiap kali kita bertanya diri kita, “Untuk menjaga penglihatan, aku kena pastikan aku mengambil Vitamin A, dan untuk itu aku harus makan lobak merah…” atau “oh, aku kena makan tiram hari ini kerana aku memerlukan mineral zinc..” (“oh, kenapa aku sangat skema?”) Terlalu banyak fakta, manusia tak suka ini!
Oleh yang demikian, wujudlah apa yang dikenali sebagai supplemen Multivitamin. Multivitamin adalah penyelesaian kepada masalah-masalah di atas. Sebiji pil multivitamin dah cukup untuk membekalkan lebih 20 jenis micronutrient yang diperlukan! Hakikatnya, ia bukan sahaja untuk mereka yang ingin menguruskan badan, malah perlu untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira matlamat berat badan, daripada yang kecil hinggalah yang veteren.
10 sebab mengapa anda harus mengambil 1 biji pil multivitamin sehari?
1 – Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
Dalam entri bahagian 1, aku berulangkali menyebut istilah ‘metabolik’ (metabolisma) dan ‘kuning telur’. Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika aku katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.
Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru aku ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!
Pernah dengar ungkapan ini, “ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”. Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet.
2 – Faktor sibuk
Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.
3 – Termusnah akibat dimasak
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.
4 – Stress (tekanan perasaan, kerja)
Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya.
5 – Kualiti makanan yang semakin rendah
Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.
6 – Pencemaran Alam sekitar
Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi.
7 – Tabiat makan memilih
Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.
8 – Tahap penyerapan nutrien yang rendah
Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.
9 – Harganya yang murah
Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau sebungkus Keropok Moni (hari-hari tengok iklan ni di TV), mengapa harus memberikan 1000 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?
10 – Role Model kita
Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah “Shaklee”).
Itulah dia 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan supplemen multivitamin dalam dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus, teruskan amalan mengambil 1 pil multivitamin setiap hari. Buat mereka yang belum, apa yang ditunggu lagi? Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang masih belajar). Semua orang harus memilikinya, dan ia tidak terhad untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan sahaja!
Mereka yang belum pernah membeli Multivitamin ini, pasti akan bertanya soalan-soalan lazim ini:
Terdapat banyak produk-produk multivitamin yang terdapat di pasaran, namun bagaimana untuk memilih produk yang sesuai untuk kita?
Faktor harga dan kualiti? Macam mana nak tahu?
Jenis pil, cair, atau kapsul? Yang kotak atau yang dibotolkan? Status Halal sesebuah pil multivitamin?
Semua itu akan aku ceritakan dalam bahagian 3, bahagian yang penghabisan “Tip 8: Supplemen Multivitamin yang mana pilihan hati?”.
shaklee tu agak pricey jugak kan? huhuhu.. saya selalu makan multivitamin blackmores and EPO appeton..
Blackmores OK jugak, rasanya dari Australia. sejak semenjak ni produk kesihatan dari USA mmg semakin mahal..EPO memang bagus utk wanita..
hai joy, lin li here…sebiji multivitamin ada kalori juga tak..?sori..maybe stupid question..tapi pernah terfikir sebab kadang2 vitamin kadang2 manis kan..terutama kanak2…so pandangan u..? thanks :)
Farah-Izzaty: Yup.. but Blackmores dgn Appeton pun excellent choice jugak, in terms of money.. bahagian 3 akan dicerita dengan lebih lanjut..
toffee: selalunya MV yang diimport, kemudian di pek kan semula di Malaysia adalah lebih murah, seperti Appeton :)
Lin Li: kalau yang tablet, tiada kalori. kalau capsul, mungkin ada, tapi sangat trace which is boleh diabaikan pun. kalau dalam bentuk liquid yang manis-manis tu, memang ada beberapa puluh kalori juga. So, my opinion is, go for the first choice, ok?
tokDet vitamin dia sebulan pun dah makan beribu RM joy! har har.
bro, kalau nak naikkan berat badan boleh tak amalkan multivitamin ni?
Mungkin ada org lihat Shaklee a little bit pricey namun bagi saya untuk sebiji multivit dengan harga 59 sen dan tiada silika gel sangat berbaloi :)
betul tu :)
Saya pengamal vitamin dan pengedar Shakle juga. Shaklee mahal (bagi saya tak mahal pon sbb saya kerja gomen, kuli je mampu beli huhu) kerana ia adalah vitamin berasaskan sumber semulajadi iaitu tumbuh-tumbuhan. Ada banyak jenis vitamin, sintetik, asli, organik dan bla bla dan terpulang pada poket kita juga. Saya kenal Shaklee kerana fully breastfeed dan saya teruskan walaupun dah tak menyusu. Shaklee tade bahan perasa ye, mmg tak manis, tiada pewarna.
berapa harga sebotol tu azrina? price per capsul?
Nak share dlm blog ye!!
silakan azrina, terima kasih :)
Saya pun nak share diblog juga. Bolehkan? nanti saya creditkan ke sini ya.
Tolong jawab bg pihak Azrina, harga Multivitamin Shaklee, rm71 untuk 120 biji. Jadi RM0.59, 2 biji sehari jika tak ambil vitamin2 lain dah. RM1.20 sehari untuk kesihatan yang optimum. Berbaloi tak?
Eh? Murahnya.. saya ingat MV Shaklee ni mahal, plus jarang nampak kat farmasi-farmasi utama.. Ada maklumat nutrien dia tak? Saya ingat one day saya nak cuba.. :)
Vita-Lea Iron Formula (multivitamin) 120 biji RM74
sorry…RM71
Ijoy…Shaklee tidak dijual di farmasi2, kalau nak boleh order dengan saya hehehehe, dpt harga ahli.
Ini blog saya > http://www.allaboutshaklee.com/
Tapi jgn ler terkejut kalau tgk entri saya byk ttg breastfeeding kerana customer saya ramai dari ibu menyusu dan saya pula salah seorang sukarelawan penyusuan. Shaklee sgt-sgt-sgt menjaga kualiti produk mereka. Kalau nak beli sendiri boleh juz guna my ID.
Maklumat dia taklah detail sgt http://www.shaklee.com.my/bm/main.asp
Salam tuan pemilik blog
tahniah, blog anda sangat penuh dengan informasi hebat
saya berminat nak share entry2 tuan berkenaan supplement di blog saya
sekiranya tuan izinkan
terima kasih
w’salam.. boleh, silakan.. sertakan kredit sekali ya untuk entri2 yang terlibat… terima kasih kerana mengikuti blog saya.. moga ilmu yang ada bermanfaat.. :)
Assalamu’alaikum Wrmbth Tuan blog,
Blog puan memang terbaik, banyak maklumat yang saya belajar dari sini. Taks angka yang vitamin pun ada yang sintetik dan asli. Lepas baca baru saya buat kajian, kalau sintetik tu dia buat dari sumber bukan tumbuhan termasuk dari tar.
Ya, tar jalan raya tu, entah macam mana mereka buat. Kalau macam tu lebih baik saya pilih jenis organik. Dari sumber semulajadi seperti tumbuhan dan haiwan.
Ops, bila sebut tentang haiwan terfikir pula halal ke? So kita pilihlah dari sumber tumbuhan, habis cerita. Makan vitamin pun kena sensitif juga kan.
Sebab tujuan utama kita nak jaga kesihatan, supaya badan sihat bertenaga untuk bekerja. Tapi.. walaupun vitamin dah halal, bahan kapsul pun boleh jadi haram pula.
Hari tu ada tengok agen halal, kapsul vitamin dan ubat didunia ni banyak guna gelatin. Kalau gelatin tumbuhan takpe, majoriti guna gelatin haiwan dari sumber tak halal. Kerbau kaki pendek. Ngeri.
Sebab tulah keluarga saya pakai set vitamin shaklee dengan harga yang berpatutan. Ada sijil halal dan sumber organik.
Artikel puan saya memang betul betul suka terutama tentang, faktor umur, kualiti makanan, stress termusnah semasa memasak. Kalau harapkan sumber makanan, ibu bekerja macam kita ni mana sempat sangat nak makan kan?
Bila sebut pasal vitamin, mesti ramai yang tak suka kan.. Alasannya, tak boleh nak telan pil-pil ni.. tapi boleh ke kite telan segala macam jenis sayur mayor semata-mata nak dapatkan nutrisi untuk tubuh badan kita?.. Lagilah tak boleh kan.. So, penyelesaiannya adalah MULTIVITAMIN.. kan kan kan…
Nak sharing jugak :)
Saya sangat tertarik dgn entri ini dan juga entri2 lain dlm blog ini. Saya mohon izin untuk share. Nanti saya ‘credit’kan kepada Joy / susu sejat..
saya bingung, mau milih multivitamin yang mana,